+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, April 26, 2010

Zaid terima kalah, salahkan ‘politik beli undi’.

Malaysia Insider

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

HULU SELANGOR, 25 April — Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menerima kekalahan dengan hati terbuka tetapi pada masa sama menyalahkan strategi “membeli undi” yang dilakukan Barisan Nasional sebagai punca kekalahan beliau.

“Sudah tentu apabila kalah kita tidak akan berasa gembira.

“Tetapi bagi saya itu tidak mengapa yang penting kita telah mencuba.

“Selain itu, dalam setiap pertandingan kita mesti menjangkakan sama ada menang ataupu kalah,” katanya kepada wartawan selepas menyampaikan ucapan di Stadium Mini Kuala Kubu Baru dekat sini.

Terlebih dahulu dalam ucapannya, beliau mengatakan kekalahnya dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor berpunca daripada stategi BN yang “membeli undi”.

“Kita kalah kerana mereka (BN) menggunakan taktik kotor dengan membeli undi daripada pengundi.

“Kita perlu atasi masalah ini kerana apa yang kita hadapi ialah satu sistem politik yang teruk dan pemimpin yang tidak hormat pada undang-undang,” katanya di hadapan kira-kira 300 penyokong PKR.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mendakwa pilihan raya kecil kali ini adalah yang paling buruk dan penuh dengan rasuah dalam sejarah pilihan raya kecil berlangsung.

“Kita berdepan dengan mereka yang membeli dan menghalalakan undi tidak kira di waktu siang mahupun malam.

“Kita boleh lihat bagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak membelanjakan sehingga RM64 juta untuk membeli undi pada pilihan raya ini.

“Jadi saya harap penyokong-penyokong kita bersabar dan usah risau dengan keadaan ini kerana saya boleh menghadapi cabaran ini.

“Saya berjanji saya akan sama-sama dengan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekerja keras dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya.

Read More...

‘Pengundi hantu’ wujud di Hulu Selangor

Harakahdaily

HULU SELANGOR, 25 April: Pengundi hantu yang sering kali diperkatakan oleh pembangkang pada pilihan raya sama ada umum atau kecil sememangnya wujud termasuk dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, hari ini.

Apa yang berlaku kali ini ialah pengundi yang tidak dikenali telah terlebih dahulu mengundi bagi pihak pengundi asal sebagaimana yang terdapat dalam buku daftar pemilih tanpa pengetahuannya.

Ini ekoran seorang pengundi, Lee Fong Thye, 56, hari ini membuat laporan polis berikutan ada orang lain telah mengundi bagi pihaknya.

Beliau yang tinggal di No 28, Jalan 2/24 Taman Bukit Rawang membuat laporan di Balai Polis Serendah pada jam 2.29 petang ini.

Menurutnya, lebih kurang jam 12.30 beliau sampai di pusat mengundi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Serendah.

Beliau telah membuat semakan di pondok panas dan namanya ada tersenarai dalam senarai pengundi di saluran 2.

Beliau masuk ke pusat mengundi di saluran 2 dan memberikan KPT (Kad Pengenalan) kepada calling agent SPR serta ketua tempat mengundi (KTM).

Bagaimanapun, katanya, beliau diberitahu namanya telah ditanda sebagai sudah mengundi.

Berikutan itu, beliau membuat bantahan kepada KTM dan telah dibenarkan untuk membuang undi setelah disahkan dokumen pengenalan diri.

“Saya membuat laporan polis kerana terdapat keraguan bagaimana nama saya telah ditanda sebagai pengundi walaupun saya belum mengundi.

“Saya juga takut sekiranya KPT saya telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya dalam laporan polis itu.

Read More...

YB Kamalanathan kotai janji pindah ke Hulu Selangor

Malaysiakini


Salhan K Ahmad
Apr 26, 10
12:21am

Ahli parlimen Hulu Selangor yang baru, P Kamalanathan mengadu suaranya sudah "tak ada lagi" semasa keputusan rasmi pilihan raya kecil diumumkan malam ini.

Katanya, beliau berasa amat terharu atas kemenangan tersebut kerana pengundi Hulu Selangor memberi kepercayaan kepadanya.

Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.

"Saya sedar tanggungjawab ini mencerminkan BN akan berkhidmat kepada rakyat di sini," katanya dengan suara yang agak serak.

Selain memberi ucapan terima kasih kepada jentera dan pemimpin BN, beliau turut merakamkan penghargaan khas kepada warga media yang membantu kempennya.

"Saya ambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan media, yang telah mengikut saya sejak mula penaman calon hingga hari ini.

"Tanpa bantuan media saya pasti tidak akan mencapai kemenangan sebegini," katanya.

Tambahnya, beliau akan memenuhi janjinya yang dibuat semasa kempen, termasuk berpindah ke Hulu Selangor.

"Saya dah katakan sekiranya ada peluang wakili mereka di Hulu Selangor, saya akan pindah ke Hulu Selangor. Saya akan uruskan secepat mungkin.

"Saya dalam masa secepat mungkin akan sekali lagi melawat semua pengundi, tidak kisah dia undi saya atau tidak," katanya lagi.

Ditanya mengenai rancangannya untuk memulihkan sokongan masyarakat Cina di Hulu Selangor, Kamalanathan berkata sasaran beliau bukan sahaja masyarakat Cina tetapi semua kaum.

Read More...

Najib Habiskan RM64 juta dalam PRK Hulu Selangor

Buletin Online

E-mail Print PDF

http://buletinonline.net/images/stories/berita25/BERIBASIKAL.jpgPerdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah menghabiskan RM64 juta untuk membeli undi dalam pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor.

Bekas calon Pakatan Rakyat bagi pilihanraya kecil berkenaan, Datuk Zaid Ibrahim berkata, kerana amalan membeli undi adalah ‘halal’, menyebabkan beliau kalah dalam pilihanraya semalam.
(Gambar - awal-awal lagi Najib 'menjaja' berpuluh-puluh basikal untuk membeli undi penduduk Felda)

"Ini adalah masalah kita perlu diatasi.
(Perdana Menteri) Najib (Tun Razak) menghabiskan RM64 juta untuk memenangi pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menutup mata, "katanya dihadapan lebih 500 orang penyokong Pakatan Rakyat di Stadium Mini, disini.

Beliau yang juga bekas Menteri Undang-undang berkata, Malaysia mempunyai sistem politik yang tidak menghormati pilihan raya yang bersih.

"Pada tahun 2008, Pak Lah (bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi) telah membenarkan kami menang,

"Tapi kemudian mereka (UMNO) menendang dia (Pak Lah) keluar dan sekarang kita kembali (at square one)," katanya.

Beliau menekankan beliau bukanlah tidak membuat alasan ekoran kekalahannya, Zaid menegaskan, peri pentingnya mendesak untuk pilihan raya bersih dan adil.

"Saya boleh menerima kekalahan saya, tapi kami tidak diberi peluang untuk satu pertarungan yang adil, dan rakyat tidak yahin dengan sistem yang ada," katanya.

Last Updated ( Monday, 26 April 2010 01:22 )

Read More...

Tahniah! walaupun kalah undi Pakatan meningkat di Hulu Selangor

syukran.wordpress

Tahniah kepada Datuk Zaid Ibrahim dan jentera Pakatan Rakyat, khususnya kepada petugas PAS yang berusaha bersungguh-sungguh di Hulu Selangor. Tidak lupa juga pada sokongan media seperti Harakah, Suara Keadilan, Malaysiakini, Roket dan semua jaringan termasuk blogger Pakatan yang berkerjasama menangkis fitnah BN dan menyebarkan fakta yang benar kepada rakyat.

Walau pun Pakatan kalah kali ini tetapi jika diperhatikan jumlah undi yang diterima, cuma mengembirakan.

Undi Pakatn tidak merosot malah bertambah. 2004 pakatan dapat 13, 324 undi, 2008 dapat 23,177 dan 2010 dapat 23,272 undi…..boleh dikatakan bahawa Pakatan kini mpunyai 23,000 pengundi tetap untuk 2013…

sedangkan BN yg menang dgn majoriti 14 483 undi pada 2004 kini hanya mampu memperoleh majoriti 1,725 undi.

Walaupun kehilangan kerusi Hulu Selangor, namun itu sedikitpun tidak merencatkan perkembangan sokongan rakyat kepada Pakatan. BN belum boleh menabik dada dengan mengatakan sokongan rakyat telah pulih kerana mereka hanya menerima 24,997 undi kali ini berbanding 2004 dimana mereka begitu gagah dengan 27,807 undi. Mereka masih hilang hampir 3,000 pengundi.

Hulu Selangor memang sangat mendebarkan buat Pakatan kerana hanya menang tipis pada 2008 dengan majoriti 198 dengan BN menguasai 3 DUN dalam Parlimen ini. Sebab itu saya anggarkan sebelum ini peluang Pakatan BN adalah 50/50.

BN boleh kata ‘undi mereka meningkat’….tapi Pakatan lebih layak mengunakan perkataan itu sekarang.

Ada yang mengatakan bahawa kemenangan Kamalanathan ini umpama kemenangan K.Parthiban di DUN Ijok satu ketika dahulu sebelum Pakatan merampas Kerajaan Selangor….

Jika Pakatan gunakan semangat kekalahan ini untuk melawan lebih hebat lagi selepas ini, maka kehilangan 1 kerusi Parlimen hari ini akan digantikan dengan kemenangan menguasai Kerajaan Persekutuan 2013 nanti.

Yang pasti, ada hikmahnya kekalahan dan penambahan undi ini. Ini juga satu peringatan agar Pakatan jangan terlalu selesa dengan kemenangan kecil sebelum ini.

Semua ini adalah satu latihan buat jentera Pakatan dimasa akan datang.

Tahniah buat semua….

Read More...

Hulu Selangor: BN Menang Tetapi Hilang Sokongan Pengundi Cina

Mstar Online

HULU SELANGOR: Menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor sebagai kemenangan yang baik, para pemimpin BN berkata parti masing-masing telah dapat menawan hati dan fikiran rakyat di kawasan tersebut.

Namun Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata walaupun menang dengan majoriti 1,725, tetapi pengundi Cina didapati tidak menyokong BN, bukan sahaja dalam pilihan raya kecil itu tetapi juga semasa pilihan raya umum 2008.

"Kita perlu melihat di mana silap kita. Saya akan berjumpa dengan parti-parti komponen untuk membincangkan perkara ini, tetapi kita gembira kerana pengundi India kembali menyokong BN. Begitu juga dengan pengundi Melayu.

"Kita hilang kerusi pada pilihan raya 2008 dengan majoriti kecil 198 undi tetapi kini mengekalkan kembali kerusi dengan majoriti yang lebih besar. Ini menunjukkan rakyat menyambut baik konsep yang diutarakan pucuk pimpinan seperti gagasan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru," katanya selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor diumumkan di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Bharu di sini.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pula berkata MCA memerlukan anjakan paradigma bagi mendekati masyarakat Cina yang dilihat tidak begitu memberi perhatian kepada soal kehendak dan keperluan asas.

"Anjakan paradigma ini mesti datang dari pemimpin MCA. Selain itu Hulu Selangor mempunyai masalah dalamannya sendiri. Bagi saya dan pemimpin parti yang lain, banyak perkara yang perlu dilakukan.

"Ia satu lagi isyarat, jika mereka tidak meletak ke tepi perbezaan antara mereka, maka MCA akan menjadi bakul sampah politik atau dinosur politik.

"Kami perlu melihat kembali diri kami, sama ada selepas 50 tahun menumpukan perhatian kepada masyarakat peringkat setempat, kami perlu melihat lebih lagi. Anda boleh pasti bahawa kami akan menjadi lebih vokal selepas ini," katanya.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata walaupun BN menang, tetapi terdapat pelbagai isu yang perlu ditangani dan diselesaikan.

"Sokongan di kalangan masyarakat Cina tidak bertambah. Apabila kita mula berkempen di sini, tahap sokongan hanya sekitar 12 hingga 15 peratus. Selepas perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) turun menemui rakyat, ia meningkat kira-kira 25 peratus.

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu pula berkata partinya perlu menggandakan usaha untuk menarik kembali sokongan pengundi India.

"Ya, kami mendapat sedikit kejayaan dalam memenangi pengundi India. Dalam pilihan raya ini kami mendapat kira-kira 65 peratus sokongan. Ia pernah mencapai 80 peratus sebelum 2008. Kami perlu mencapai sasaran ini," katanya.

Timbalannya Datuk G. Palanivel yang juga bekas wakil rakyat Hulu Selangor sebelum tewas pada pilihan raya 2008 berkata, sementara kejayaan kali ini meningkatkan motivasi BN, ia perlu menilai semula dan memperbaiki kelemahannya.

"Kemenangan ini adalah baik, kita mendapat majoriti yang lebih baik tetapi terdapat kelemahan yang perlu difikirkan," katanya.

Beliau berkata MIC perlu melakukan bedah sasat dan terus berusaha mendapat sokongan pengundi India menerusi pelbagai strategi.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula menyifatkan keputusan pilihan raya kecil itu sebagai kemenangan Najib dan juga kemenangan rakyat Malaysia yang ingin melihat kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara.

"Wanita Umno telah menjalankan tugas dengan penuh komitmen, disiplin dan kesungguhan sebagai jentera utama parti dalam menentukan kemenangan ini. Adalah amat penting juga untuk kita tunaikan setiap janji yang telah dibuat," katanya.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kemenangan itu menunjukkan rakyat yakin dengan dasar yang di bawa Perdana Menteri berbanding keyakinan mereka terhadap pembangkang.

"Rakyat telah pilih parti yang lebih jamin masa depan, itu tanda pemulihan rakyat dan keyakinan rakyat pada BN. Saya harap ini akan menjadi titik tolak untuk BN untuk pilihan raya kecil yang lain pada masa depan," katanya. - BERNAMA

Read More...

Sunday, April 25, 2010

BN rampas semula kerusi Hulu S'gor

Malaysiakini

Apr 25, 10 6:18pm

Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Keputusan itu diumumkan oleh pengurus pilihan raya kecil itu, Nur Hisham Ahmad Dahlan pada jam 9.20 malam.

____________________________________________________

9.27pm: Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan di Stadium Kuala Kubu Bahru. Ia dihadiri Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, calon PKR Datuk Zaid Ibrahim, pemimpin DAP Lim Kit Siang, ahli parlimen Batu Tian Chua dan ahli parlimen Gombak Azmin Ali serta kira-kira 300 penyokong PKR

"Ini bukan kali pertama kita kalah. Kekalahan ini tidak akan mematahkan semangat kita. PKR pernah kalah teruk sehingga tinggal satu kerusi sahaja. Kita akan terus berjuang," kata Tian Chua.

9.20pm: Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Undi rosak 731. Keputusan itu diumumkan oleh pengurus pilihan raya kecil itu, Nur Hisham Ahmad Dahlan pada jam 9.20 malam.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu tiba ketika Nur Hisham sedang membuat pengumuman keputusan pilihan raya kecil tersebut.

9.10pm: Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon BN Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.

9.05pm: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di pusat penjumlahan undi, untuk menunggu keputusan rasmi diumumkan.

Ketibaan beliau disambut dengan laungan 'Hidup BN' serta ucapan tahniah.

8.37pm: Timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel dan setiausaha agung PKR yang juga menteri sumber manusia, Datuk Dr S Subramaniam turut berada di pusat penjumlahan undi. Turut kelihatan ialah naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

8.30pm: Calon BN, P Kamalanathan tiba di pusat penjumlahan undi, dengan ditemani oleh isterinya.

8.20pm: Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di pusat pengiraan undi sambil tersenyum lebar.

8.150pm: Beberapa pemimpin BN, termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengucap tahniah kepada calon BN Kamalanathan melalui blog mereka.

Sehingga ini, dalam 10 sepuluh pilihan raya kecil selepas 2008, Pakatan Rakyat kalah di tiga kawasan - DUN Batang Ai (Sarawak), DUN Bagan Pinang (Negeri Sembilan) dan parlimen Hulu Selangor.

Dan ini merupakan kekalahan pertama Pakatan di negeri yang dikuasainya.

Dengan ini juga, PKR kehilangan satu lagi kerusi parlimen dan kini tinggalkan25 kerusi.

MIC pula menambah satu lagi kerusi parlimen menjadi tiga sekarang, selain Segamat (Datuk Dr S Subramanian) dan Cameron Highlands (SK Devamany).

Keputusan itu juga menunjukkan bahawa BN telah berjaya memperolehi semula sokongan pengundi, yang enggan mengundi Datuk G Palanivel pada 2008.

Read More...

Tidak rasmi: BN menuju kemenangan di Hulu S'gor

Malaysiakini


Apr 25, 10 6:18pm

Pengundian tamat jam 5 petang. Proses pengiraan bermula jam 6 petang. Manakala keputusan dijangka diumumkan sekitar jam 9.30 malam.Klik 'Refresh' atau 'Reload' di browser anda untuk maklumat terbaru.

___________________________________________________

8.12pm: Undi untuk calon BN meningkatkan kepada 24,669 undi selepas lebih banyak peti undi dikira. Calon PKR pula kini memperolehi 22,986 undi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan juga sedang dalam perjalanan ke tempat pengiraan undi di dewan serbaguna Komplek Sukan, Pejabat Daerah Hulu Selangor.

8.07pm: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan dalam perjalanan ke pusat pengiraan undi. Ini dilihat sebagai petanda bahawa BN menuju kemenangan.

8.05pm: Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon BN terus menambah undi kepada 22,395 undi, manakala PKR memperolehi 2,0815 undi.

7.50pm: Sumber-sumber BN mendakwa calon BN P Kamalanathan memang pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor dengan majoriti kira-kira 1,500 undi.

Difahamkan, sehingga ini, Kamalanathan mendapat 21,919 undi, manakala PKR mendapat 20,305 undi.

Secara tidak rasmi, difahamkan kepimpinan PKR menerima kekalahan dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

7.36pm: Sumber-sumber BN mendakwa mereka mendahului dengan sebanyak 3,000 hingga 4,000 undi.

BN - 19,067
PKR - 17,554
Majoriti - 1,513

Keputusan rasmi SPR (7.41pm)

PKR - 4,082
BN - 3,398
Majoriti - 497

Keputusan rasmi SPR (7.22pm)

PKR - 3,153
BN - 2,888
Majoriti - 234

Keputusan rasmi SPR (7.20pm)

PKR - 2,722
BN - 2,468
Majoriti - 258

7.15pm: Ulasan

Kemenangan awal menunjukkan PKR memang dua pertiga undi daripada kawasan majoriti pengundi Cina - di bawah 85 peratus yang menurut pemimpin PKR, Lim Kit Siang, perlu diperolehi calon PKR.

PKR dijangka kalah besar di gugusan Felda yang majoriti pengundinya adalah Melayu.

Keputusan rasmi SPR


PKR - 2,173
BN - 1,934
Majorii - 239

_________________________________________________

7.128pm: Keputusan tidak rasmi

PKR - 9,133
BN - 7,261
Majoriti - 1,872

Kira-kira 33 peratus undi telah dikira

7.08pm: Keputusan tidak rasmi

PKR - 8,557
BN - 7,116
Majoriti - 1,639

7pm: Ulasan

Undi di sebahagian besar kawasan majoriti pengundi Cina telah dikira, dengan PKR mendahului dengan 1,226 undi. Kira-kira 30 peratus telah dikira.

Pengiraan undi dari kawasan majoriti Melayu belum diperolehi. PKR difahamkan tidak dapat banyak undi dari kawasan berkenaan.

6.58pm: Keputusan tidak rasmi

PKR - 7,770
BN - 6,504
Majoriti - 1,266

6.57pm: Keputusan tidak rasmi

PKR - 7,410
BN - 6,339
Majoriti - 1,071

6.54pm: Keputusan tidak rasmi


PKR -7,053
BN - 6,010
Majoriti - 1,034

6.45pm: Keputusan tidak rasmi


PKR - 6,389
BN - 5,385
Majoriti - 1,004

Kira-kira 11,674 undi, atau 25 peratus, telah dikira.

6.43pm: Keputusan tidak rasmi

PKR - 5,596
BN - 5,041
Majoriti - 555

6.41pm: Keputusan tidak rasmi

PKR - 4,204
BN - 3,592
Majoriti -612

6.34pm: Keputusan tidak rasmi

Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 2 - PKR 203, BN 77
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 4 - PKR 256, BN 73
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 1 - PKR 207, BN 56

Tidak rasmi - PKR 666, BN 206

6.29pm: Unofficial results (PKR 2,972, BN 2,259)

Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 1 - PKR 135, BN 82
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 2 - PKR 272, BN 212
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 3 - PKR 490, BN 205

Tidak rasmi - PKR 897, BN 499

6.23pm: Keputusan tidak rasmi

Kg Baru Batang Kali (Chinese area), saluran 1- PKR 220, BN 58
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184
Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168
Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172

Tidak rasmi - PKR 901, BN 798

6.23pm: Keputusan tidak rasmi


Kg Baru Batang Kali (kawasan Cina), saluran 1- PKR 220, BN 58
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184
Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168
Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172

Tidak rasmi - PKR 901, BN 798

6.18pm: Keputusan tidak rasmi

Kg Sungai Tengi Selatan (Malay Felda), saluran 1 - PKR 62, BN 176
Kuala Kalumpang (mixed area), saluran 1 - PKR 98, BN 128
Kg Baru Rasa (Chinese area), saluran 1 - PKR 301, BN 75
Kg Bahru Kerling (Chinese area), saluran 1 - PKR 268, BN 122

Tidak rasmi - PKR 729, BN 501

6.13pm: Keputusan tidak rasmi

Kuala Kalumpang, saluran 1 - PKR 98, BN 128
Ulu Yam Barat, saluran 1 - PKR 171, BN 94
Kg Bharu Kerling, saluran 1 - PKR 172, BN 83
Pertak Bukit Fraser - PKR 22, BN 15
Pertak, saluran 2 - PKR 18, BN 98
Ampang Pecah, saluran 1 - PKR 105, BN 155

Tidak rasmi - PKR 491, BN 445

6.10pm: Proses pengiraan undi sudah bermula. Menurut keputusan tidak rasmi, BN menang undi pos.

BN: 767
PKR: 120

Read More...

Keputusan Terkini/Tidak Rasmi Pilihanraya Kecil Parlimen P094 Hulu Selangor - Real time update!!

Pakatan Blogger





Keputusan ini akan dikemaskini oleh para blogger-blogger dan petugas parti yang membuat liputan disekitar kawasan pengundian di Hulu Selangor dan ianya berdasarkan "Live Real Time Update".Paparan "Keputusan Terkini" akan dikemaskini secara automatik setiap 1-2minit tanpa perlu anda menekan butang "refresh" pada web browser anda.Sebarang keputusan rasmi adalah tertakluk kepada Suruhanjaya pilihanraya(SPR).Harap Maklum...kepada sesapa nak widget boleh copy masuk dalam sendiri..amik kat sini http://politikglobal.co.cc/widget_keputusan.php

Read More...

PRK P94 Hulu Selangor : LIVE dari pusat mengundi

Sila masuk ke blog ini untuk latest update.

7pm: On-the-spot analysis

Most of the Chinese-majority areas have been counted, with PKR leading by 1,226 votes. The votes in the Malay-majority areas have not to come in. PKR is expected not to do well in these areas. The race for Hulu Selangor is still tight.

6.59pm: Unofficial results

PKR – 7,770
BN – 6,504
Majority – 1,226

6.57pm: Unofficial results

PKR – 7,410
BN – 6,339
Majority – 1,071

6.54pm: Unofficial results

PKR -7,053
BN – 6,010
Majority – 1,034

6.48 pm PKR 5969 BN 5026

6.45 pm PKR 5673 BN 4853
6.35 pm : PKR 4364 BN 3868

6.32 pm PKR 4204 BN 3592

6.30 pm : Results expected by 9.30pm. According to unofficial results, BN has won the postal votes.

6.23pm: Unofficial results

Kg Baru Batang Kali (Chinese area), saluran 1- PKR 220, BN 58
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 – PKR 205, BN 184
Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 – PKR 148, BN 216
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 – PKR 224, BN 168
Kg Gumut (Malay area), saluran 1 – PKR 104, BN 172

6.18pm:

Kg Sungai Tengi Selatan (Malay Felda), saluran 1 – PKR 62, BN 176
Kuala Kalumpang (mixed area), saluran 1 – PKR 98, BN 128
Kg Baru Rasa (Chinese area), saluran 1 – PKR 301, BN 75
Kg Bahru Kerling (Chinese area), saluran 1 – PKR 268, BN 122

6.13pm:

Kuala Kalumpang, saluran 1 – PKR 98, BN 128
Ulu Yam Barat, saluran 1 – PKR 171, BN 94
Kg Bharu Kerling, saluran 1 – PKR 172, BN 83
Pertak Bukit Fraser – PKR 22, BN 15
Pertak, saluran 2 – PKR 18, BN 98
Ampang Pecah, saluran 1 – PKR 105, BN 155

Unofficial result – PKR 491, BN 445

6.00 pm:

5.45 pm : Panitia Zentrum PENGUNDIAN DITUTUP – Prediksi Semua Pihak:

Army info 58% PR 42% BN
SB Info 52% PR 48% BN
BN Penerangan info 51% BN 49% PR
PR Penerangan Info 54% PR 46% BN

5.15 pm : Seramai 47,615 pengundi atau 73.82 peratus daripada 64,500 pemilih berdaftar keluar mengundi sehingga 4 petang tadi.

Terdapat 799 pemilih pos pada pilihan raya kecil kali ini. Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya berkata, proses pengundian berjalan lancar sejak 136 saluran di 48 pusat mengundi dibuka mulai 8 pagi.

Namun, berlaku beberapa insiden tolak menolak dan membaling botol air di antara penyokong parti bertanding berhampiran beberapa pusat pengundian.

Seramai enam lelaki dilaporkan ditahan polis kerana mencetuskan kekecohan.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan di antara calon Barisan Nasional (BN), P Kamalanathan, 44, dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim, 59.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, daripada PKR pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum 2008, Zainal menewaskan calon BN yang juga Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel, dengan majoriti tipis 198 undi

5:00 Petang: Semua pusat pengundiaan ditutup secara rasmi. Liputan untuk keputusan akan bermula pukul 6 petang nanti.

4.35 pm : Ketua petugas Pakatan Rakyat di Sek Ren. JK (C) Khing Ming membahagikan petugas kepada 5 kumpulan.

Mereka masing-masing ditugaskan menjaga pintu masuk ke pusat mengundi bagi mengelakkan sebarang penipuan berlaku di saat-saat akhir waktu pengundian.

4.30pm: Voter turnout at 4pm was 72%.

4.15 pm : Jam terakhir waktu pengundian, beberapa pengundi kaum Cina dilihat masuk ke tempat pengundian di Sek Ren. JK (C) Khing Ming

4.00pm: Tinggal sejam lagi sebelum tempoh pengundian tamat jam 5 petang dan langit mulai gelap di pekan Kuala Kubu Bahru.

3.40 pm : Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shahrin ditahan selepas membuat laporan polis bahawa beliau diserang dengan parang oleh penyokong BN.

Kini masih di balai polis serendah.

Beliau tengah hari tadi diserang dengan sebilah parang selepas beliau melawat pusat pengundian di Felda Sungai Buaya.

Kejadian berlaku sekitar pukul 12.30 tengahari selepas beliau dan beberapa petugas keluar dari pusat pengundian di tempat tersebut.

3.39 pm: 32 orang ditahan polis kerana pelbagai kesalahan sepanjang tempoh pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, termasuk enam orang yang ditahan hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata kesemua mereka berumur dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan di pelbagai lokasi kerana dipercayai menjadi “tukang kecoh” dan cuba menimbulkan kekacauan.

“22 termasuk tiga wanita ditahan sepanjang tempoh dari hari penamaan calon (17 April) hingga tempoh (tamat) berkempen (12 tengah malam tadi) manakala enam lagi ditahan pada hari ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua 22 orang itu telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan mereka diambil.

Katanya sementara lima daripada enam lelaki yang ditahan hari ini disiasat mengikut Seksyen 147, Kanun Keseksaan kerana merusuh manakala seorang lagi disiasat mengikut Seksyen 427 kanun yang sama kerana khianat.

Khalid berkata polis akan menyiasat laporan sebuah portal berita yang disiarkan hari ini yang mendakwa polis menahan pengundi hantu yang membawa senjata ke pusat pengundian.

“Saya nafikan laporan tersebut yang dilihat boleh menimbulkan perasaan takut kepada pengundi dan kita akan buat laporan polis terhadap media terbabit dan memanggil wartawan yang menulisnya,” katanya sambil memberi jaminan bahawa keselamatan pengundi adalah terjamin.MENTERI Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersalam dengan penyokong BN di pusat mengundi di Sekolah Rendah Agama Kampung Pasir Putih, Kalumpang.

3.30 pm : Lagi SMS kemenangan kepada Zaid tersebar. Kini maklumat yang didakwa diperoleh dari risikan tentera.

SMS itu mendakwa Zaid akan terus mendahului Kamalanathan sekiranya tren keluar mengundi perlahan atau normal sehingga jam 5 petang.

SMS itu juga mendakwa Zaid mungkin mendapat majoriti 3,725 undi dengan pecahan undi Melayu 55 peratus, Cina 75 Peratus dan India 60 Peratus.

Kebanyakan undi yang diperolehi Zaid dakwa SMS itu adalah dari peneroka selepas MB Selangor semalam mengumumkan Zaid mengetuai Task force menyelesaikan isu hak milik tanah.

Bagaimanapun belum ada pihak yang berani mengesahkan perkara tersebut.

3.25 pm : Peratus keluar mengundi hingga jam 3 petang adalah 67.18 peratus bersamaan 43,333 pengundi.

3.00 pm : Seorang budak Iskandar Hanafiah, 12 tahun mengaku dibayar RM2 untuk membawa bendera BN dengan basikal bersama rakan-rakannya.

“Umno bagi RM2 sahaja, yang lain Umno dia masih belum bayar lagi,” katanya kepada wartawan Harakahdaily.

2.45 pm : Di Sek. Keb Taman Bunga Raya (1), keadaan pengundi yang datang mula lengang kembali.

Penyelia pusat mengundi, Hamidah Nipah berkata di sini saluran 2 mencatat bilangan pengundi paling tinggi iaitu 263 dari keseluhan jumlah pengundi 940.

2.35 pm : Peratus keluar mengundi sehingga jam 2 petang adalah 63.74 peratus iaitu 41,112 pengundi.

2.30 pm: Sehingga jam 2 petang, 63.74 peratus atau 41,112 sudah keluar mengundi.

2.05 pm: Restoran mamak dan restoran Melayu di Hulu Bernam sesak dengan penyokong BN. Manakala petugas Pakatan sudah kembali semula ke pusat pengundian untuk mencari undi.

Juga tiada tanda hujan akan turun walaupun Jabatan Kajicuaca meramalkan petang ini akan hujan.

01.55 pm : BN’s @Pkamalanathan expresses confidence due to rousing response from voters thus far.

01.50 pm: EC says 56.82pc or 36,650 have cast ballots out of total 63,701 electorate.

1.45 pm : Sekali lagi pergaduhan hampir berlaku antara sukarelawan India dari Pakatan Rakyat dengan petugas India BN ekoran berebut memberi perkhidmatan kepada para pengundi India di SJK (T) Sungai Choh.

01.40 pm :@Pkamalanathan visits SRJKC Rasa, part of whistlestop tour across Hulu Selangor to meet voters.

01.18 pm: DAP national chairman Karpal Singh arrives at Kg Chuang Rasa, greets Chinese & Indian voters who flock to him.

01.16 pm : PKR officials confident of close win, forecasting to win 51.8pc of votes.

01.10 pm : PAS polling agents say Malay voter turnout in Ulu Bernam is low.

01.00 pm : Both @zaidibrahim & @Pkamalanathancontinue to do their rounds at polling stations.

12.55 pm : Police say situation calm in most areas in Hulu Selangor but traffic remains congested.

12.50 pm : Shouting match between supporters continue at SRJK (Cina) Rasa but no violence reported.

12.40 pm : EC says 31,632 have cast their ballots by 12 noon or 49.04pc out of 63,701 voters.

12. 20 pm : Ketua AKM Selangor, Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin ketika mengulas peratus sedikit keluar mengundi sebelah pagi berkata “Ini mungkin protes senyap orang Melayu kepada Kamalanathan (calon BN)”.

12:15 Petang: Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim berhenti makan tengah hari di Kuala Kubu Baru sebelum melawat ke pusat pengundiaan Rasa

12.05 pm : All roads choked leading to Batang Kali polling stations, KKB town & Kg Chuang Rasa.

12.01 pm : Penyokong BN mula mempamer aksi lucah kepada penyokong PR di Sek. Men. Ampang Pecah. Mereka saling berbalas sorakan. Keadaan masih terkawal.

12.00 pm : Aide says @zaidibrahim didn’t stop at polling centres due to rowdy BN crowd.

11.58 am : Exco Selangor, Elizabeth Wong mengesahkan‘halangan’ di dua kampung Orang Asli telah dibuang selepas jam 3 pagi tadi, setelah laporan polis dibuat mengenainya.

11.56 am : AMK tahan 10 bas didakwa bawa ‘pengundi hantu

11.55 am : Suasana sekali lagi tegang di Sek. Keb. Bandar Baru Batang Kali. Kedua-dua penyokong saling berbalas sorakan.

Pergaduhan hampir tercetus ekoran jarak kedua-dua penyokong hanya sebelah menyebelah.

11:50 am: BN supporters at SK Ulu Yam Baru outnumber PKR.

11.40 am : Pelbagai spekulasi mula tersebar melalui khidmat pesanan ringkas SMS mendakwa PKR bakal menang besar.

Ada yang mendakwa PKR akan menang besar berdasarkan maklumat briged Welsh, pemimpin Umno didakwa sudah beransur ansur meninggalkan Hulu Selangor.

Manakala ada juga SMS mengatakan PKR akan tewas jika hanya 60 peratus sahaja pengundi keluar mengundi. Namun jika Peratus keluar mengundi lebih 61 peratus, PKR dijangka menang besar.

11.35 am : EC says 24,645 have cast their ballots by 11am or 38.21pc out of 63,701 voters.

1130am : Taman Bunga Raya 2 Centre: SK Taman Bunga:

Kicking match between opponents. PKR cars ferrying voters are pelted at, Duty officer Md Faisal made police report. A few BN supporters

11.28 am: EC officials begin to allow polling agents entry into polling stations.

11:25 am: Police prevent pro-BN IPF members from fighting with PKR supporters at SK Bukit Beruntung.

11:20 am: PKR’s @zaidibrahim arrives at SK Bandar Utama Batang Kali, drives by without stopping but waves at supporters.

11:18 am: Police break up a scuffle between rival supporters in Ulu Bernam town.

11:15 am: Large group of voters now arriving at SK Bukit Beruntung after lower turnout earlier.

11.00 am : Sukarelawan PKR, Maznah Abdul Aziz, 59 mendakwa seramai empat pengundi kaum Tionghua di Sek. Keb. Batang kali Baru terkejut apabila dimaklumkan SPR bahawa nama mereka masing-masing telah dipindahkan ke Parlimen Kepong.

10:50 am: Traffic crawls in Ulu Bernam with police presence to contain rival supporters in shouting match neart main polling station.

1045 am : EC says 16,932 voters cast ballots between 9am & 10am or 26.25pc turnout.

10.40 am : PDRM mengawal keadaan. Mengesyorkan agar Zuraida Kamaruddin tidak melayan karenah para penyokong BN. Zuraida bertenang dan kembali ke SRK Bandar Utama Batang Kali

1038 am : Berlaku sedikit kekecohan antara Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dengan penyokong BN. Orang PKR telah diserang dan pergaduhan telah dileraikan oleh PDRM

10.35 am : Di Sek. Keb. Bukit Rasa- Ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut laungan ‘Yahudi’, ‘Israel’, ‘Umno Israel’ dan ‘rasuah’ oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Jumlah keluar mengundi di sini seramai 366 orang setakat jam 10 pagi ini.

10:20 Pagi: Ramai orang mengundi diestet Changkat Asa, kubu kuat MIC. Penyokong yang ramai dari kedua belah parti menyebabkan kesesakan lalulintas.

10:15 : 4 buah tarak FRU lagi dilihat tiba di sini menjadikan jumlah keseluruhan 9 buah.

10:00 Pagi:Pasukan PDRM membuat tinjauan udara menggunakan helikopter bagi memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

9.50 am : Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim akan memulakan sesi lawatan ke pusat mengundi di Sek. Men. Keb Kuala Kubu Bharu jam 10.00 pagi ini.

9:45 Pagi: Pengundi muda di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Rasa semakin meningkat.

Pusat ini mempunyai 1,300 pengundi dengan dua saluran mengundi

9.40 am : Pimpinan PAS Kelantan termasuk Exco kerajaan YB Baihaqi Atiqullah serta Ahli Parlimen Rantau Panjang bersama penyokong Pakatan merayu undi di Sek. Keb. Batang Kali.

Sekumpulan remaja lelaki membuat aksi ‘wheely’ sambil mengibar bendera BN dihadapan pemimpin dan penyokong pakatan.

9:32 Pagi: Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek melawat pusat mengundi SRJK (C) Kalumpang di sini.

Suasana di pusat mengundi terkawal ketika ini.

9:30 Pagi: Timbalan Perdana Menteri, Tan sr Muhyiddin Yassin melawat peti undi di Sekolah Kebangsaan Sg Buaya.

Suasana di peti undian berkenaan meriah dengan kehadiran ramai penyokong kedua-dua parti.

9.27 am: Sekumpulan pemuda Pakatan Rakyat sedang berbalas sorakan dengan puteri Umno dan pemuda BN di Sek. Keb. Batang Kali.

Pemuda PR melaungkan ‘tutup aurat’ dan dibalas sorakan oleh pemuda BN.

9.25 am : Exco Selangor, Rodziah Ismail bertemu pengundi di Sek. Keb. Batang Kali.

9:15 Pagi: Jumlah orang ramai yang keluar mengundi sehingga pukul 9 pagi – 7,891 atau 12.23 peratus.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar melawat pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Rasa.

9:00 Pagi: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melawat pusat mengundi di SRJK (C) Khing Ming, Kuala Kubu Baru.

8:45 Pagi: Suasana di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Rasa meriah dengan kehadiran penyokong kedua-dua parti bertanding.

Penyokong PKR melaungkan laungan reformasi.

8:15 Pagi: Jalan-jalan utama pekan Kuala Kubu Baru mulai sibuk.

8:10 Pagi: Tinjauan mendapati rata-rata pengundi yang keluar mengundi adalah daripada kaum wanita.

8:02 Pagi: Orang ramai mula masuk ke pusat-pusat pengundian bagi menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

8:00 Pagi: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor bermula.

7:50 Pagi: Tinjauan di Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru mendapati orang ramai mula hadir untuk menyemak saluran mengundi masing-masing.

7:35 Pagi: Tinjauan di pusat mengundi SRJK (C) Khing Ming mendapati parti pembangkang ingkar larangan SPR dengan mendirikan barung panas berhampiran pusat mengundi berkenaan.

Barung yang digantung dengan bendera DAP itu terletak pada jarak kurang 100 meter dari pusat pengundi.

7:30 Pagi: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim dijangka berada di Sekolah Menengah Ulu Kali Batang Kali pada pukul 8:30 pagi nanti.

7:15 Pagi: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula membuka barung-barung panas di sekitar perkarangan pusat mengundi bagi memudahkan pengundi menyemak saluran mengundi masing-masing.

Bagaiamanpun suasana lenggang kerana tiada pengundi yang datang menyemak saluran masing-masing.

7.00 Pagi: Pasukan Polis Diraja Malaysia mula mengawal lalu lintas ke tiga kawasan Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Hulu Selangor, iaitu Kuala Kubu Baru, Batang Kali dan Ulu Bernam.

Setakat ini keadaan trafik masih lagi terkawal.

Read More...

Hulu Selangor: PKR dakwa 10 bas bawa pengundi hantu

Malaysiainsider

HULU SELANGOR, 25 April — Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat mendakwa mengesan kira-kira 10 bas yang menurut mereka membawa pengundi-pengundi ‘hantu’ untuk mengundi pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor awal pagi ini.

“AMK mengesan bas disyaki membawa pengundi hantu di IKBN Ampang Pecah (dekat Kuala Kubu Baru) kira-kira 3.30 pagi tadi,” kata Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin kepada The Malaysian Insider pagi ini.

Menurut Shamsul Iskandar, pihaknya menahan bas berkenaan kira-kira 3,30 pagi dan membuat laporan setengah jam kemudian.

Bagaimanapun menurut Shamsul, pihak polis yang datang kira-kira 6 pagi tadi tidak mengambil tindakan menahan bas-bas berkenaan.

Kata beliau, penumpang-penumpang bas berkenaan meninggalkan tempat selepas cuba merempuh ahli-ahli AMK yang dianggarkan sekitar 80 orang.

“Apabila mereka cuba merempuh kami, dianggarkan 500 penumpang, kesemuanya orang-orang muda, kami terpaksa mengalah kerana kami cuma sekitar 80 orang.

“Kami sebenarnya mengharapkan polis akan mengambil tindakan tetapi tidak berbuat demikian,” kata Shamsul Iskandar.

Bagaimanapun beliau mengakui wakil penumpang berkenaan, dipercayai dari Umno, memang adakan perundingan dengannya tetapi gagal apabila mereka meminta penumpang-penumpang berkenaan dibiarkan atas alasan adalah pekerja jentera BN.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar pula berkata, polis tidak menahan sebarang bas.

“Itu tidak benar,” katanya pada sidang media di sini petang ini.

Proses pengundian membabitkan 64,500 pengundi bermula 8 pagi ini.

Read More...

Pengundian bermula dengan jangkaan 56.2 % memihak Zaid

Harakahdaily

Zulkifli Sulong

HULU SELANGOR, 25 April: Berbekalkan anggaran kemenangan 56.2 untuk Pakatan Rakyat sebagaimana yang diramalkan oleh Zentrum Future Studies, 63,701 pengundi Hulu Selangor mula membuang undi pagi ini.

Mereka membuang undi di 48 pusat pengundian yang menyediakan 136 saluran mengundi di 47 buah sekolah bermula jam 8.00 pagi ini.

Proses pengundian ini diketuai oleh pegawai pengurus pilihan raya, Nor Hisham Ahmad Dahlan iaitu Pegawai Daerah Hulu Selangor.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandingnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia bulan lalu akibat barah otak.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara ketua penerangan MIC P.Kamalanathan dari BN dan bekas ahli parlimen Kota Bharu Datuk Zaid Ibrahim dari PKR yang mewakili Pakatan Rakyat.

Polis pula menggerakkan lebih 1,000 petugas dan beberapa helikopter bagi memastikan proses mengundi berjalan lancar.

Pilihan raya ini menyaksikan kedua-dua pihak turun dengan sepenuh tenaga yang mereka ada samada di pihak BN atau PR. BN misalnya menurun semua pemimpin utamanya termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir.

Menjadi satu yang luar biasa juga apabila PM turun sendiri secara penuh masa dengan berkempen di seluruh kawasan pilihan raya sedangkan menjadi amalam BN sebelum ini pilihan raya kecil biasanya diserahkan kepada timbalan sahaja.

Malam tadi, Pakatan Rakyat menamatkan sessi kempennya di stadium mini Kuala Kubu Baru. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan lain-lain pemimpin Pakatan berucap di situ. Stadium itu penuh sesak dengan manusia dan dianggarkan sekurang-kurangnya 20,000 memenuhinya.

Sebelum itu, Nik Aziz berucap di Dewan Komuniti Serendah yang penuh sesak dengan orang ramai dari pelbagai kaum.

Namun begitu, dalam pilihanraya ini Nik Aziz dilihat tidak perlu memberikan ucapan yang hebat, cukup sekadar meminta pengundi mengundi Zaid. Beliau hanya perlu hadir, lambaikan tangan dan orang ramai akan memenuhi tempat beliau datang.

Para pemimpin BN, menurut laporan media mereka, yakin akan menang dalam pilihan raya ini. Najib sendiri memberitahu kebinetnya BN akan menang.

Bilik gerakan PAS pula menjangka, calon PR akan menang. "Jika keluar mengundi 75 peratus, kami jangka akan menang sekitar 556 undi," kata Pengarah Operasi jentera pilihanraya PAS, Jamaliddin Elias kepada Harakahdaily dua hari sebelum mengundi.

Bilik gerakan PKR pula melaporkan, sasaran mereka untuk mendapat 43 peratus pengundi Melayu bolehkan dikatakan tercapai. Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, pihaknya menjangka akan menang.

Zentrum pimpinan Dr Abu Hassan Hasbullah yang membuat kajian lapangan secara agresif kali ini telah mengeluarkan laporan setiap jam semalam. Ia bermula dengan kemenangan berpihak kepada PR diwaktu pagi, BN menang di waktu tengahari tetapi berakhir dengan kemenangan bergaya di pihak PR pada akhir malam tadi 56.2 peratus untuk PR dan 43.8 peratus untuk BN.

Berikut antara statistik yang diberikan oleh Zentrum.

10:00 pagi - BN 47.6% PR 52.4%

11:00 pagi - BN 49.4% PR 50.6%

12:00 tengah hari - BN 50.2% PR 49.8%

1:00 petang- BN 49.3% PR 50.7%

2:00 petang - BN 47.2% PR 52.8%

Read More...

Langsung : Hari Pengundian PRK Hulu Selangor

Harakahdaily

Hazayani Zakaria, Dzulfikar Mashoor, Syukri Mohamad

10.45 am : Di Sek. Men. Ampang Pecah- Kekecohan berlaku antara penyokong kedua-dua pihak. Mereka pada mulanya salang berbalas sorakan sehingga membawa kepada perang mulut yang hampir-hampir mencetuskan pergaduhan.

Beberapa anggota polis dilihat berkawal ditengah-tengah kedua-dua penyokong.

10: 40 am: Pemimpin Pakatan Rakyat bersama penyokong sedang giat menjalankan tugas meraih undi di Sek. Men Batang Kali Baru.

Zaid Ibrahim dijangka tiba di sini sedikit masa lagi. Para wartawan sedang berkumpul di sini difahamkan mahu bertemu dengan Timbalan Pengerusi SPR berhubung isu jumlah pengundi Kampung Tanjong yang sebelum ini sebahagian besar dipindahkan ke Selayang.

10.35 am : Di Sek. Keb. Bukit Rasa- Ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut laungan 'Yahudi', 'Israel', 'Umno Israel' dan 'rasuah' oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Jumlah keluar mengundi di sini seramai 366 orang setakat jam 10 pagi ini.

10:30 am : Menurut SPR, sehingga jam 10 pagi tadi, seramai 16,932 atau 26.25 peratus sudah keluar mengundi.

10.23 am : Di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu-Sekumpulan petugas SPR mengarahkan pondok panas yang didirikan kedua dua parti bertanding berdekatan pusat membuang undi dialihkan.

Penyokong bagaimanapun dilihat akur dengan arahan tersebut, dan beramai ramai mengusung khemah yang dijadikan pondok panas dan dialihkan ke kasawan lain.

10.20 am : Tercetus kekecohan apabila Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Salleh sampai di sini.

Sekumpulan penyokong BN menolak beliau sehingga hampir jatuh.

Dua remaja dari pihak masing-masing hampir bertumbuk tetapi sempat ditenangkan pihak Polis

10: 17 am : Sek. Keb. Bandar Bharu Batang Kali. suasana mula hingar bingar mula berlaku ekoran saling berbalas sorakan oleh kedua-dua belah pihak penyokong.

Para wartawan berkumpul di sini sekoran menunggu ketibaan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

10:15 am: 4 buah tarak FRU lagi dilihat tiba di sini menjadikan jumlah keseluruhan 9 buah.

10.00 am : 5 buah trak FRU penunh dengan anggota tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu untuk megawal sebarang kemungkinan. Suasana bagaimanapun masih terkawal manakala lalu lintas masih bergerak perlahan.

9.50 am : Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim akan memulakan sesi lawatan ke pusat mengundi di Sek. Keb. Bandar Bharu Batang Kali jam 10.00 pagi ini.

9.40 am : Pimpinan PAS Kelantan termasuk Exco kerajaan YB Baihaqi Atiqullah serta Ahli Parlimen Rantau Panjang bersama penyokong Pakatan merayu undi di Sek. Keb. Batang Kali.

Sekumpulan remaja lelaki membuat aksi 'wheely' sambil mengibar bendera BN dihadapan pemimpin dan penyokong pakatan.

9.30 am : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu meninjau suasana pengundian.

Beliau disambut penyokong dan juga pengundi di kawasan berkenaan.

Sehingga kini, hanya penyokong Pakatan Rakyat sahaja berbaris di tepi jalan menuju ke pusat pengundian di sini manakala penyokong BN masih belum kelihatan.

9.27 am: Sekumpulan pemuda Pakatan Rakyat sedang berbalas sorakan dengan puteri Umno dan pemuda BN di Sek. Keb. Batang Kali.

Pemuda PR melaungkan 'tutup aurat' dan dibalas sorakan oleh pemuda BN.

9.25 am : Exco Selangor, Rodziah Ismail bertemu pengundi di Sek. Keb. Batang Kali.

9.20 am : Pengarah Pilihanraya PKR, Fauziah Salleh tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming meninjau suasana.

9.15 am : Penyokong Pakatan Rakyat dan BN sedang hangat berbalas sorakan di sepanjang jalan Sek. Keb Batang Kali. Jalan pada waktu ini penuh sesak.

Para pengundi dilihat mula ramai datang dan masuk ke kawasan pusat mengundi.

9.00 am : Jalan menghubung pekan-pekan utama di Hulu Selangor kini sesak dengan kenderaan.

Kenderaan dari jalan Kuala Kubu menuju ke Batang Kali juga kini dilaporkan tidak bergerak akibat kesesakan.

8.50 am: Di pusat pengundian Sek. Ren J.K.C Khing Ming, kawasan pengundi Cina, keadaan juga masih lagi lengang.

Peyokong Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP berbaris di sepanjang jalan membawa bendera dan poster calon.

Hadir sama, Exco kerajaan negeri Selangor, Ronie Liu. Penyokong BN bagaimanapun tidak kelihatan.

8.30 am : Didapati suasana pengundian sehingga jam 8.30 pagi ini masih belum rancak. Kehadiran pengundi masih lengang di kebanyakan pusat mengundi.

8.20 am : Sekumpulan penyokong BN dipercayai pemuda lasak Umno mula menunjukkan aksi nakal kepada penyokong PR di Sek Keb Bukit Sentosa. Keadaan bagaimanapun masih lagi terkawal.

8.15 am : Difahamkan jam 5 pg tadi, pemuda AMK menahan sebuah bas yang didakwa membawa pengundi hantu berdekatan IKBN Ampang Pecah. Mereka kemudiannya dikepong oleh sekumpulan pemuda lain namun berjaya dikawal pihak keselamatan.

8.05 am : Di Sek Keb. Rasa, Para petugas dari PAS dan Keadlilan memulakan tugas di barung dan tepi jalan dengan mengibarkan bendera parti dan poster calon.

8.00 am : Proses pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor bermula sebaik sahaja 48 pusat mengundi dibuka tepat jam 8.00 pagi.

Ianya akan tamat jam 5 petang dan semua peti undi akan dikumpulkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Hulu Selangor.

Read More...

Perkembangan Hari Mengundi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor


Mstar Online

HULU SELANGOR: Berikut ialah perkembangan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor hari ini:

10:50 Pagi: Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat pusat mengundi di SMK Ampang Pecah.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN meluangkan masa lebih 10 minit berjumpa dengan penyokong BN.

10:40 Pagi: Timbalan Perdana Menteri melawat pusat pengundiaan Sekolah Kebangsaan Rasa.

Beliau melawat khemah BN yang terletak di seberang jalan pusat pengundiaan.

Muhyiddin turut ditemani Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Johari Baharom.

10:30 Pagi: Sehingga pukul 10 pagi, jumlah keluar mengundi - 16,932 atau 26.25 peratus.

10:20 Pagi: Sepuluh trak polis simpanan melalui jalan daripada simpang Rasa menuju ke Batang Kali.

10:10 Pagi: Penyokong BN dan PKR berkumpul di hadapan pusat pengundiaan Sekolah Kebangsaan Rasa dan saling cuba menarik perhatian pengundi dengan penyokong BN menyanyikan lagu 'Inilah Barisan Kita' sementara PKR melaungkan slogan reformasi dan bertakbir.

Bagaimanapun keadaan masih terkawal dengan kehadiran pihak polis.

Kenderaan yang lalu di sini turut memberikan sokongan dengan membunyikan hon mereka kepada penyokong dan perayu undi.

10:00 Pagi: Pasukan PDRM membuat tinjauan udara menggunakan helikopter bagi memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

9:45 Pagi: Pengundi muda di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Rasa semakin meningkat.

Pusat ini mempunyai 1,300 pengundi dengan dua saluran mengundi

9:32 Pagi: Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek melawat pusat mengundi SRJK (C) Kalumpang di sini.

Suasana di pusat mengundi terkawal ketika ini.

9:30 Pagi: Timbalan Perdana Menteri, Tan sr Muhyiddin Yassin melawat peti undi di Sekolah Kebangsaan Sg Buaya.

Suasana di peti undian berkenaan meriah dengan kehadiran ramai penyokong kedua-dua parti.

9:15 Pagi: Jumlah orang ramai yang keluar mengundi sehingga pukul 9 pagi - 7,891 atau 12.23 peratus.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar melawat pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Rasa.

9:00 Pagi: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melawat pusat mengundi di SRJK (C) Khing Ming, Kuala Kubu Baru.

8:45 Pagi: Suasana di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Rasa meriah dengan kehadiran penyokong kedua-dua parti bertanding.

Penyokong PKR melaungkan laungan reformasi.

8:15 Pagi: Jalan-jalan utama pekan Kuala Kubu Baru mulai sibuk.

8:10 Pagi: Tinjauan mendapati rata-rata pengundi yang keluar mengundi adalah daripada kaum wanita.

8:02 Pagi: Orang ramai mula masuk ke pusat-pusat pengundian bagi menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

8:00 Pagi: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor bermula.

7:50 Pagi: Tinjauan di Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru mendapati orang ramai mula hadir untuk menyemak saluran mengundi masing-masing.

7:35 Pagi: Tinjauan di pusat mengundi SRJK (C) Khing Ming mendapati parti pembangkang ingkar larangan SPR dengan mendirikan barung panas berhampiran pusat mengundi berkenaan.

Barung yang digantung dengan bendera DAP itu terletak pada jarak kurang 100 meter dari pusat pengundi.

7:30 Pagi: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim dijangka berada di Sekolah Menengah Ulu Kali Batang Kali pada pukul 8:30 pagi nanti.

7:15 Pagi: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula membuka barung-barung panas di sekitar perkarangan pusat mengundi bagi memudahkan pengundi menyemak saluran mengundi masing-masing.

Bagaiamanpun suasana lenggang kerana tiada pengundi yang datang menyemak saluran masing-masing.

7.00 Pagi: Pasukan Polis Diraja Malaysia mula mengawal lalu lintas ke tiga kawasan Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Hulu Selangor, iaitu Kuala Kubu Baru, Batang Kali dan Ulu Bernam.

Setakat ini keadaan trafik masih lagi terkawal.

Read More...

Saturday, April 24, 2010

Sebelum undi BN, ingat darah dan air mata rakyat Palestin!

Penarikbeca

Berikut ialah kenyataan yang saya dapat hari ini:

Saya memohon kepada anda yang akan mengundi di Hulu Selangor esok termasuk pengundi hantu yang dieksport ke Hulu Selangor (kalau ada), ingatlah, sebelum mengundi Barisan Nasional (BN), ingat Apco Worldwide yang menjadi tempat memohon petunjuk Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaannya.

Ingat Apco, ingatlah bahawa Apco itu dimiliki dan dikuasai Yahudi Zionis yang memerintah dunia secara proksi.

Lebih penting lagi, ingatlah darah dan air mata rakyat Palestin yang dijajah yang menjadi mangsa pembunuhan dan penyiksaan kejam Yahudi Zionis termasuk mereka yang kini menjadi tuan peneraju di dalam Apco yang menjadi tempat Najib dan kerajaannya memohon petunjuk. Dulu orang-orang itu berada di dalam Shin Bet atau polis rahsia Israel yang membunuh dan menyiksa rakyat Palestin.

Ingatlah, jika hati menyokong Yahudi Zionis serta mereka yang memohon petunjuk Yahudi Zionis, duduk saja tak buat apa pun berdosa. Bayangkan betapa besarnya kemurkaan Allah s.w.t. jika anda memberi undi kepada gerombolan yang memohon petunjuk Yahudi Zionis Israel!

Sebelum undi BN, ingat darah dan air mata rakyat Palestin!
Berkaitan:
Apco diterajui musuh-musuh Islam

Tokoh-tokoh utama Apco Worldwide yang diambil oleh kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai konsultan komunikasi atau tempat memohon petunjuk terdiri dari mereka yang memusuhi umat Islam.

Antaranya ialah Naib Presiden Kanan Apco Worldwide di Washington DC, Jonathan Winer, yang pernah mengemukan laporan yang menuduh Ikhwan Muslimin serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas.

Beliau malah pernah berusaha agar dipatahkan segala aktiviti kewangan kepada badan-badan tersebut.

Salah seorang ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, Marc Ginsberg pula menyifatkan mujahid Islam, asy-Syahid Sayyid Qutb sebagai musuh dan membandingkannya dengan Adolf Hitler. Syed Qutb ialah penulis karya-karya besar seperti Ma'alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur'an.

Apco dibayar sebesar RM23 juta dengan duit rakyat negara ini oleh kerajaan Najib kononnya untuk mengendalikan strategi komunikasi dan membina imej negara.

Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel, iaitu bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Stein dan bekas duta Israel ke kepada Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich.

Ahli lembaga Apco juga turut dianggotai bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency atau ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet.

Beliau ialah Doron Bergerbest-Eilon, yang pernah dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin.

Jawatan beliau dalam Shin Bet setaraf dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang akan dijadikan sasaran mangsa pembunuhan melalui serangan udara tentera Israel.

Shin Bet juga amat terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat.

Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, menceritakan bahawa beliau pernah ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata - mengakibatkan beliau terpaksa dirawat selama seminggu di hospital.

Mahkamah tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet adalah keterlaluan, melanggar hak asasi manusia dan bersifat menyeksa.

Penglibatan Shin Bet dengan Apco tidak terhad kepada seorang individu di mana tiga lagi bekas anggota Shin Bet menganggotai syarikat yang bersekutru dengan Apco, iaitu Asero Worldwide.

Selain menjadi ahli lembaga Apco, Bergerbest-Eilon juga adalah pengasas, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Asero.

Asero berkait rapat secara terbuka dengan Apco dan mempunyai pengkhususan dalam hal-hal keselamatan dalaman negara.

Selain Bergerbest-Elion, tiga lagi pemimpin utama Asero adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin Bet - David Harel, Oded Raz, dan Gadi Kalai.

Selain itu, Naib Presiden Asero, Carl Truscott dan penasihat Asero, Don Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat.

Apco dan Asero tidak ubah seperti satu keluarga, di mana kedua-duanya mempunyai pemimpin-pemimpin yang sama.

Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden Asero, manakala Mara Hedgecoth - anak kepada Presiden Apco, Margery Kraus, adalah Naib Presiden Apco dan juga Asero.

Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua firma yang didominasi Yahudi Zionis itu.

Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah pengarah APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.

Read More...

Nik Aziz: ‘Undi Zaid, orang Kelantan tahu halal haram’

MalaysiaInsider

Oleh G. Manimaran

BATANG KALI, 24 April — Tinggal kurang enam jam sebelum kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor berakhir, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pengundi kawasan ini termasuk 300 warga Kelantan mengundi calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, esok.

Kata Nik Aziz, pengundi-pengundi wajar memberikan sokongan Zaid kerana yakin terhadap kepimpinannya sebagai seorang yang berprinsip.

“Beliau seorang yang sanggup meletakkan jawatan kerana prinsip... mana ada menteri yang sanggup meletakkan jawatan,” kata Menteri Besar Kelantan ini ketika berucap di hadapan penyokong PAS di Batang Kali, petang ini.

Majlis ini diadakan untuk pengundi-pengundi dari Kelantan.

Bagaimanapun hampir 3,000 orang termasuk pengundi tempatan hadir untuk mendengar ucapan Nik Aziz — persinggahan kedua terakhir hari ini. Malam ini beliau akan berucap di stadium mini Kuala Kubu Baru bersama Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nik Aziz memberitahu, beliau juga yakin dengan kepimpinan Zaid kerana bekas Ahli Parlimen Kota Baru itu adalah kelahiran Kelantan yang tahu “soal halal haram.”

“Dulu dia minum arak masa dalam Umno, bila rapat dengan PAS sudah tak minum arak,” kata beliau.

Zaid menyertai PKR awal tahun lalu selepas dipecat Umno akhir 2008.

Zaid yang diturunkan Pakatan Rakyat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor berhadapan dengan serangan peribadi beliau seorang kaki sosial termasuk minum arak.

Umno-BN menggunakan isu itu sebagai bahan kempen.

Awal minggu ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Zaid sudah berubah selepas kembali dari Mekah.

Dalam ucapannya beliau juga menyentuh soal mengapa PAS harus menjalin kerjasama bersama DAP dan PKR dalam membentuk Pakatan Rakyat.

Sebab itu kata Nik Aziz, beliau banyak kali menolak kerajaan perpaduan antara PAS-Umno termasuk ketika Muktamar PAS 2008 dan 2009.

“Dulu (1960-an) dia letih (BN dalam suasana sukar) panggil kita, tetapi selepas itu ketepikan kita.

“Sekarang dia letih balik, hilang beberapa negeri, dia (BN) panggil kita balik, mana boleh? Tidak!” katanya.

Read More...

Harga Foto Ini 80 Juta!

Detik Daily

Read More...

Zaid Dilantik Ketua Petugas Penyelesaian Tanah Felda

Buletin Online

Hulu Selangor - Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan pelantikan calon pakatan rakyat Dato’ Zaid Ibrahim sebagai ketua psasukan petugas penyelesaian pemilikan tanah-tanah Felda di negeri Selangor

Manakala masalah penempatan dan perumahan generasi kedua Felda di negeri Selangor akan di laksanakan di bawah perbandanan kemajuan negeri Selangor

Tan Sri Khalid memaklumkan keputusan tersebut kepada org ramai ketika merasmikan penutup Himpunan Warga Felda Kebangsaan kali kedua yang berlangsug di Felda Kg. Sungai Tengi, di sini petang tadi, 23 April 2010.

Beliau dalam ucapannya berkata Felda telah terbagi kepada dua golongan, ‘Felda Peneroka’ dan ‘Felda Koporat’.

“Selepas berpuluh-puluh tahun dua rupa bentuk timbul dalam Felda golongan felda peneroka dan felda koporat”,

“Felda peneroka masih miskin tapi felda koporat memakai Tie(tali leher) dan mempunyai kuasa untuk menjual harta benda felda dengan mendapat keuntungan berjuta ringgit”, ujarnya .

Justeru itu beliau sedar golongan Felda Peneroka perlu dibela kerana menurutnya, walaupun Felda Koporat mengusahakan tanah, mereka tidak mendapat pembalasan yang setimpal.

Sedangkan kata beliau felda koporat memperolehi pendapatan lumayan bermula dari kerja keras golongan Felda Peneroka

Read More...

Peneroka digesa bangkit dari terus ditipu

Harakahdaily

Nazri Abdullah

HULU SELANGOR, 24 April: Warga peneroka digesa berani mempertahankan hak mereka dari terus ditipu dan ditindas Felda dan kerajaan BN khususnya dalam isu hak pemilikan tanah.

Peguam Wan Rohimi Wan Daud berkata, Felda kini menggunakan Akta Kumpulan Penempatan Berkelompok atau Group Settlement Act (GSA) 1960 untuk menindas peneroka.

Peneroka jelasnya ditekan akan dibuang dari rancangan Felda jika melanggar akta itu, sedangkan Felda langsung tiada kuasa berbuat demikian.

"Itu tahyul belaka, selama 52 tahun Felda guna akta GSA ini takutkan peneroka.

" Isu tanah ini adalah kuasa kerajaan negeri bukan Felda," katanya sewaktu membentangkan kertas kerja di Himpunan Warga Felda Kebangsaan Kali Ke-2 di Sg. Tengi hari ini.

Rohaimi yang juga peguam kes Felda Kemahang 3, Kelantan yang menang baru baru ini berkata, beberapa penindasan lain juga wujud, dan didakwa dirancang secara teliti pihak Felda tanpa pengetahuan peneroka.

"Tiga benda Felda tipu peneroka secara tidak sedar iaitu isytihar buah reject, curi buah reject dan isytihar kualiti minyak rendah," katanya lagi.

Menurutnya, hasil penyiasatan yang dilakukan mendapati dalam purata 7 tan kelapa sawit, Felda mengisytiharkan setengah tan adalah buah yang di reject.

Ianya bersamaan lebih kurang 19 dari 38 tandan kelapa sawit.

Namun dedahnya, buah yang diisytihar reject itu bagaimanapun tidak dibenar diambil semula oleh peneroka berkenaan.

"Pada malamnya, lori akan datang ambil buah reject itu dibawa ke kilang untuk diproses.

"Tapi Felda tidak pernah agihkan wang dari buah reject ini kepada peneroka," katanya lagi.

Ekoran itu tambahnya, setiap peneroka rugi atas angin RM250 sebulan ditipu Felda dangan "buah reject".

Selain itu, setiap kilang Felda juga jelasnya turut mewujudkan kolam minyak busuk.

Bagaimanapun, pada sebelah malamnya, 'lori hantu' diarah datang menyedut minyak tersebut untuk dijual.

"Minyak busuk ini ada harga, Felda jual mianyak ini tetapi langsung hasilnya tidak diberikan kepada peneroka," katanya lagi.

Membuat pendedahan seterusnya Rohaimi berkata duit hasil minyak dari biji kelapa sawit juga tidak diwartakan Felda kepada peneroka.

Apa yang diberikan kepada peneroka katanya hanya hasil minyak dari sabut buah kelapa sawit sahaja.

"Jenis apa ke ini, dapat nasihat dari Apco la ni," katanya.

Sehubungan itu katanya, nasib peneroka hanya akan terbela jika kerajaan negeri berpihak kepada mereka.

Maka ujarnya, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah yang terbaik membela nasib mereka.

Perubahan jelasnya harus dimulakan pada pilihan raya Hulu Selangor ini dengan mengundi calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

Read More...

Friday, April 23, 2010

Calon BN pengundi hantu??

Malaysiakini

Pembangkang label calon BN pengundi hantu

Apr 23, 10 1:08pm

Exco kerajaan Selangor, Xavier Jayakumar pada ucapannya di sebuah ceramah malam semalam mendakwa P Kamalanathan sebagai pengundi hantu di parlimen Sungai Siput.

Sungai Siput merupakan kubu kuat MIC yang dipegang oleh presiden parti itu, Datuk Seri S Samy Vellu sejak sekian lama sebelum ditumbangkan oleh Jeyakumar Devaraj dari PSM pada pilihan raya umum 2008.

Ahli dewan undangan negeri Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dari PKR juga membuat dakwaan yang sama dalam twitter dengan mengemukakan nombor MyKad Kamalanathan (kiri).

Mesej twitter itu berbunyi: “Mengemparkan! Dr Xavier baru mendedahkan bahawa Kamalanathan adalah Pengundi Hantu di P62 Sungai Siput. Semak sendiri 651018-10-XXXX".

Malaysiakini menjalankan semakan melalui laman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan nombor yang dibekalkan dan mendapati Mykad itu milik seseorang yang bernama P Kamalanathan, yang merupakan pengundi di parlimen Sungai Siput dan juga dewan undangan negeri, Jelong.

Menurut data SPR alamat Kamalanathan adalah di Heawood Garden, dan dia mengundi di Simpang Tiga.

Xavier (kanan) kemudiannya memberitahu Malaysiakini bahawa Kamalanathan tinggal di Rawang,dan alamat di MyKadnya tertera alamat di Rawang itu.

Beliau sekarang adalah calon BN bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor.

"Saya fikir jika seseorang ingin menjadi ahli parlimen beliau harus berprinsip dan bertanggung jawab berhubung apa yang dilakukannya sebelum ini.

“Ini menujukkan bahawa beliau seorang yang tidak boleh dipercayai dan sanggup membelakangkan undang-undang.”

Malaysiakini menghubungi P Kamalanathan untuk penjelasannya tetapi beliau berkata akan menjelaskan perkara itu pada masa yang sesuai.

"Saya sedang fokus pada pilihan raya Hulu Selangor, saya mahu berjumpa pengundi dan bermesra dengan mereka. Saya tidak akan komen sekarang.

"Saya akan komen pada masa yang sesuai. Saya terpaksa menghadiri mesyuarat sekarang. Selamat tinggal.”

Read More...

PAS Ada Bukti Kerajaan Malaysia Promosikan Israel Dalam Negara

Tranungkite

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan Kerajaan Malaysia yang mempromosikan negara Israel dan produk perdagangan mereka melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

PAS telah mendapat maklumat dan beberapa bukti bergambar mengenai perpustakaan MITI yang telah menyediakan satu rak khas untuk bahan bacaan, majalah dan informasi perdagangan negara Israel. Perpustakaan di tingkat 11 ini terbuka bukan sahaja kepada kakitangan tetapi kepada orang ramai terutamanya ahli perniagaan Malaysia untuk rujukan. Oleh itu tindakan MITI ini sekaligus dianggap sebagai satu usaha mempromosikan perdagangan dan Industri Israel dalam negara.



Antara yang boleh ditemui diperputakaan berkenaan adalah majalah Israel-Asia Trade, Israel Review, Buku Advantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.

Ini bertentangan dengan dasar Kerajaan yang sebelum ini tidak mengiktiraf negara berkenaan. Malah dalam senarai garis panduan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ada disebutkan bahawa sebarang iklan atau bahan dari negara Israel atau yang berkaitan adalah diharamkan dinegara ini termasuk dalam bentuk majalah atau buku.

PAS hairan, macam mana buku dan majalah ini boleh masuk ke negara ini sedangkan selama ini Menteri MITI mengumumkan di Parlimen bahawa mereka langsung tidak berhubung dengan negara berkenaan. Berkali-kali ahli parlimen tanya tentang hubungan perdagangan Malaysia-Israel tetapi MITI menafikan di parlimen.

Kehadiran rak khas untuk Israel ini membongkar kesangsian rakyat selama ini terhadap dasar Kerajaan yang pada tahun 1994 telah meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel.

PAS juga difahamkan bahawa MITI secara rahsia sebenarnya membenarkan urusan import-eksport ke negara itu dan segala urusan hendaklah dibuat terus kepada Bahagian Kawalan Import Eksport yang mana setiap permohonan akan ditimbang oleh satu jawatankuasa khas.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Perdagangan dan Industri Israel dalam majalah Israel-Asia Trade terbitan bulan Mac 2006 dimana beliau begitu gembira dengan cadangan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Mahathir Mohamad dan Menterinya Rafidah Aziz yang berminat untuk mengadakan hubungan perdagangan dengan Israel.

Nampaknya hingga ke hari ini Kerajaan Malaysia yang dipimpin BN masih lagi bermain kayu tiga dengan Israel di belakang rakyat. Jika Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihanraya umum 1986, Najib hari ini mengunakan APCO Worldwide untuk persediaan Pilihanraya ke-13. Dan Mukhriz pula diletakan di MITI sebagai Timbalan Menteri bagi melindungi rahsia kepimpinan ayahnya yang begitu banyak bergantung harap dengan kepakaran Israel.

Begitulah akrabnya pemimpin Umno-BN dengan organisasi Israel-Yahudi yang mendokong fahaman Zionis.

PAS yakin, lebih banyak maklumat sulit mengenai hubungan dagang Malaysia-Israel serta lawatan sulit pemimpin negara disembunyikan oleh Kerajaan. PAS mahukan jawapan kerajaan terhadap hubungan kayu tiga ini dan mengapa Malaysia beria-ria mahu mempromosikan perdagangan dengan Israel.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Nota : untuk melihat gambar-gambar bahan bacaan dari Israel sila ke link ini-http://idrisahmad.wordpress.com/2010/04/23/pas-ada-bukti-kerajaan-malaysia-promosikan-israel-dalam-negara/

Read More...

Heret Anwar takut terdedah APCO, Israel

Harakahdaily

Ali Hashim


PULAU PINANG, 23 April: Tindakan Umno mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen adalah satu perancangan yang telah dilakukan bagi tujuan untuk mematahkan usaha Anwar mendedahkan segala kebenaran yang jelas terbukti dijalinkan oleh kepimpinan negara dengan APCO Worldwide yang mempunyai hubungan dengan zionis Israel.

Menurut Timbalan Pengerusi Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Sim Tze Tzin, apa yang direncanakan oleh Umno/BN untuk menyekat kebebasan yang ada pada Ketua Pembangkang.

Katanya, ia juga bagi mengaburi mata rakyat seolah-olah Anwar berada di pihak yang salah walaupun pada hakikatnya kebenaran yang dibawa oleh Anwar itu adalah satu pendedahan yang jelas dan nyata.

"Kita juga hairan dengan tindakan pemimpin BN yang begitu gentar dan takut apabila isu APCO Worldwide ini mendapat pendedahan yang meluas di kalangan rakyat,” ujarnya.

Tambahnya, apa yang lebih menimbulkan keraguan kenapa mereka mesti melenting dan melatah sehinggakan membawa usul di Parlimen bagi menyekat kebebasan yang ada pada seseorang Ahli Parlimen mendedahkan keburukan demi kebaikan rakyat dan negara ini.

Menurutnya, itu bukti jelas bahawa Umno dan BN adalah sebuah kerajaan yang tidak layak untuk menerima sokongan daripada rakyat negara ini bagi meneruskan pemerintahan dalam negara.

“Sejajar dengan itu maka rakyat haruslah menolak Umno dan BN daripada terus menipu mereka dengan pelbagai akta dan sistem undang-undang yang tidak adil yang mereka ciptakan semata-mata untuk manfaat mereka sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas Dewan Rakyat yang meluluskan usul membawa Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, semalam.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |