cina islam
Poster Besar BN mula di pasang dimerata tempat dalam Parlimen Bukit Gantang dengan tema "Mohon Restu Rakyat". Slogan itu di letakkan di tiga keping gambar utama, Najib, Zambry dan Ismail.
Bagi saya slogan yang diletak itu tidak aan memberi kesan dan penambahan undi kepada BN. Kerana slogan yang diletakakan ini tidak cukup untuk memujuk rakyat yang tidak sabar untuk menghukum BN di Bukit Gantang.
Saya ucapkan dibeberapa tempat ceramah yang diikuti bahawa kedatangan pemimpin BN ke Bukit Gantang setelah mereka melaui proses pemilihan yang diselubungi dengan politik wang alias Jenayah Rasuah yang jijik itu.
Ribuan laporan yang hanya disiasat cuma beberapa kerat, yang tidak lebih dari "kambing hitam" bagi mengatakan bahawa Lembaga Displin sudah pun mengambil segala langkah dan tindakan untuk meghukum mereka yang terlibat.
Bukti yang jelas kita lihat apabila pertembungan pemilihan jawatan yang telah berlangsung itu adalah semacam membeli jawatan itu dengan sejumlah wang yang banyak.
Yang sedikit berbelanja, atau tidak cukup berbelanja sudah pun kalah walaupun mereka MB ataupun menteri termasuklah timbalan menteri.
Perwakilan tidak akan menilai jasa mereka menjaga rakyat tetapi perwakilan nampaknya akan melihat sejauh mana dan sebanyakmana kebajikan dalam bentuk sejumlah wang sebagai ganti untuk mengundi.
Tragedi perebutan kuasa itu berakhir sebelum mereka ke Bukit Gantang, jadi mereka datang dengan peluh yang masih tidak kering dari PWTC, iaitu peluh rasuah yang sangat maklum oleh seluruh rakyat termasuklah di bukit Gantang.
Jadi buatlah slongan Mohon Restu Rakyat sebanyak manapun saya kira tidak akan merubah pespektif pengundi bahawa kalau undi BN cuma untuk restu kemanangan semata-mata, dan disebalikan dengan habuan keduaniaan yang diharapan,walau dijanjikan atau tidak. Inilah trend lama politik UMNO dan BN termasuk dalam PRK Bukit Gantang.
Sebaliknya Restu dan Ridha Allah SWT yang sangat di fahami oleh penduduk Bukit Gantang khususnya yang beagama Islam, sebab itu saya yakin mereka tetap akan meneruskan hasratnya memangkah calon PAS, Ir. Hj. muhammaad Nizar jamaluddin.
Wednesday, April 1, 2009
"Mohon restu rakyat" Poster besar BN tidak beri kesan.
0 comments Labels: bloggers united, PRK, tolak BN
BUKTI BARISAN NASIONAL MEMUTAR BELITKAN FAKTA DI PERAK .

Umno Perak terutama Dato’ Zambry ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak antara orang yang lantang menuduh Dato’ Seri haji Nizar boneka kepada China DAP kerana beri tanah kepada orang China di Perak. Modal yang sama juga sedang difitnah oleh jentera Umno/BN kepada pengundi Bukit Gantang. Fitnah kalau undi Pas/Pakatan Rakyat bermakna menggadai tanah orang melayu kepada bangsa asing.
Ini adalah jawapan kepada Dato’ Zambry dan kuncu-kuncu Umno, bahawa yang khianat tanah orang Melayu ialah pemimpin Umno, bukan Pas, bukan DAP dan bukan PKR
Fakta yang Dato’ Seri haji Nizar kemukakan sudah cukup untuk membuktikan Umno pengkhianat kepada orang Melayu bukan Pakatan Rakyat. Sebagaimana kita sudah buktikan Umno kepala bapa penderkahaka kepada Raja-Raja Melayu.
Sekarang fakta menunjukkan Umno yang khianat tanah orang melayu dan rakyat di negeri Perak.
Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
Melayu sangatkah Umno, sehingga buat bising fasal tanah 3000 ekar yang diberi kepada orang China yang memang haknya untuk dapat kerana mereka adalah rakyat di negara ini, mereka bukan China Singapura atau China Vietnam.
Kalau Umno tuduh Pakatan Rakyat boneka China dan khianat tanah orang Melayu kenapa tanah yang dipohon oleh Tuan Guru Haji Abdul Latif (Pondok Pak Teh Kroh Grik Perak) sejak 1996 telah diluluskan oleh Exco PR pada 2008 sebanyak 45 ekar. Kalau kerajaan yang dipimpin oleh Dato’ Seri Haji Nizar boneka China sudah tentulah permohonan ini tidak diluluskan. Adakah pemimpin Umno ingat Pak Teh ini China Taiwan sehingga permohonan beliau tidak diluluskan. 12 tahun Pak Teh menunggu kelulusan. Tiba-tiba kerajaan yang kononnya boneka China meluluskan permohonan tersebut walaupun tidak sampai sepuluh bulan memerintah. Manakala Umno yang mendakwa tonggak orang Melayu telah kianat kepada bangsa sendiri walaupun tanah itu untuk kegunaan pondok.
Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu;
22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12)
9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.
Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.
sumber : Blog YB Idham Lim
0 comments Labels: bloggers united, penjelasan isu, Perak
KENAPA RAKYAT HARUS TOLAK NAJIB
Esok Abdullah Ahmad Badawi akan mengadap Sultan, adakah Sultan akan merestui permohonan Pak Lah untuk melepaskanjawatan PM kepada Najib? Itu kita akan tahu keputusannya esok. Apapun diminta semua rakyat Malaysia mendoakan perkara
ini tak akan terjadi.
Kenapa aku kata Najib tak layak jadi PM. Rasa2nya dah ramai rakyat malaysia yang tahu. Selain diselubungi dengan pelbagai
skandal dan kontrovesi yang belum dijawab secara telus oleh Najib, cara dan corak bakal digunakan akan membawa negara
kita ke zaman kegelapan.Muncul spekulasi mengenai kebangkitan kembali legasi pemerintahan Dr Mahathir Mohamad melalui
kepemimpinan Mohd Najib Razak sebagai perdana menteri yang keenam.
Jika Najib menjadi perdana menteri, “Mahathirisme” akan kembali di Malaysia. Lebih parah lagi, ramai turut meramalkan
bahawa Dr Mahathir akan menjadi perdana menteri de facto di belakang Najib.Ini dapat dilhihat dalam PAU baru2 ini.
Pembersihan dilakukan ke atas orang2 yang berpihak kepada Pak Lah dan Dr Mahatdir mengumumkan akan kembali kepada umno.
Ketika pemerintahan Dr Mahathir selama 22 tahun, rakyat menyaksikan bagaimana kerasnya beliau apabila berhadapan dengan penentang-penentangnya – sama ada dalam atau luar kerajaan dan partinya.Dalam Umno, Musa Hitam dan Anwar Ibrahim terpaksa membayar kos politik yang besar sewaktu menjadi timbalannya kerana kekhuatirannya mereka boleh mencabar kedudukan teratasnya.Hanya pemimpin seperti Abdullah yang boleh mengiyakan apa sahaja tindakan Dr Mahathir sehingga akhirnya berjaya menjadi perdana menteri kelima.Lagipun kerana Mahathir sedar, jika beliau terus menerajui pemerintahan negara, nasibnya mungkin akan sama seperti apa yang berlaku kepada Soeharto di Indonesia dan Marcos di Filipina – ditumbangkan oleh gerakan rakyat yang menuntut reformasi.Dalam kalangan penentang-penentang Dr Mahathir di luar Umno, nasib mereka lebih parah lagi. Pada November 1985, berlaku tragedi Memali di Baling, Kedah yang sungguh menyayat hati. Ibrahim Libya dan tiga belas orang penyokongnya terkorban, manakala 159 penduduk kampung itu ditahan polis untuk menutup tragedi berdarah di kampung terpencil itu.Dr Mahathir cuci tangan daripada insiden itu, dan sebaliknya menyalahkan Musa, timbalan perdana menteri merangkap menteri dalam negeri yang berada di dalam negara pada ketika itu. Dr Mahathir berada di luar negara.Mengenali cara pemerintahan Dr Mahathir, tanpa restunya, tidak mungkin Musa berani
mengeluarkan arahan kepada polis untuk bertindak.Pemimpin-pemimpin pembangkang dan aktivis sosial turut menjadi mangsa kekejaman politik Dr Mahathir. Pada Oktober 1987, Operasi Lalang membaham 106 orang, memaksa mereka berdekam bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Tokoh-tokoh politik yang menjadi mangsa antaranya Lim Kit Siang, Karpal Singh, Kua Kia Soong, Lim Guan Eng, Ibrahim Ali, Chandra Muzaffar, Mohammad Sabu, Mahfuz Omar, dan Yunus Ali.Kestabilan ekonomi sering dijadikan alasan Dr Mahathir menghalalkan tindakan menutup ruang demokrasi – walaupun jelas ia ditujukan kepada pengkritik-pengkritiknya.
Najib, yang berjinak dengan politik Mahathirisme, adalah tokoh Umno yang mampu untuk menjalankan pemerintahan bekas pemimpin itu.Di dalam kempen pilihanraya kecil di Bukit Gantang contohnya, Najib mula menunjukkan taring. Polis dan FRU berada di setiap pelosok kampung dan diceramah2 oleh dianjurkan pihak pembangkang. Apakah patut rakyat diperlakukan dengan kekerasan hanya kerana ingin mendengar ceramah yang disampaikan oleh pembangkang. Alsan2 yang tidak munasabah digunakan untuk menghalalkan perlakuan2 oleh anggota keselamatan. Tidak cukup dengan itu, polis mengeluarkan arahan agar tidak membangkitkan isu titah Tuanku menghalalkan kerajaan haram di Perak dan isu Altantuya
dalam kempen pihak pembangkang. Di pihak umno, bebas melakukan apa sahaja namun tidak dapat dijawab kembali oleh pembangkang kerana dipantau oleh pihak polis dan ejen2 SPR yang hadir memantau ceramah2 yang dilakukan oleh pihak pembangkang. Adakah ini yang dipanggil Demokrasi. Sekiranya perkara ini ditanya kepada saudara isham melalui Blog Tukar Tiub pasti jawabnya.... ini Demokrasi taik kucing. Ya, aku pun sokong kenyataannya. Lihatlah bukti yang paling nyata, sekatan yang dilakukan kepada media, Harakah dan Suara Keadilan digantung. Dimana demokrasi yang dilaung2kan. Kebebasan yang sepatutnya diberikan di tarik balik. Namun media2 pengampu BN yang banyak memutarbelit masih boleh beroperasi. Hak yang sepatutnya dirasai oleh rakyat untuk menilai disekat. Apa yang diucapkan oleh BN harus di'YA'kan. Kalau tidak balai cerita.
Oleh kerana anak Razak Hussein itu, bekas perdana menteri, tidak dikenali sebagai seseorang yang mempunyai ideologi atau pemikiran asli, mudah baginya untuk melaksanakan pemerintahan dengan menggunakan nasihat Mahathir.Selain dibelenggu bayang-bayang Dr Mahathir. Najib turut dibayangi oleh imej isterinya Rosmah Mansor – seumpama Imelda Marcos, isteri presiden Filipina yang digulingkan oleh kekuatan rakyat pada 1986. Imelda terkenal dengan kehidupan bergaya dan pernah dilaporkan membelanjakan USD5 juta ketika membeli-belah di New York, Rom dan Copenhagen pada 1983 di kala majoriti rakyat Filipina dibelenggu kemiskinan.Imelda juga pernah membelanjakan USD51 juta untuk membeli Crown Building di kawasan mewah Manhattan pada 1980-an.Rosmah tidak kurang juga hebatnya.
Jika Malaysia kembali lagi ke era ala Dr Mahathir, rakyat berundur semula ke zaman yang lebih gelap.
Pilihanraya kecil di 3 kawasan kali ini akan menjadi medan untuk rakyat menyampaikan mesej bahawa Najib tidak layak untuk menjadi PM Malaysia yang keenam. Rakyat harus bijak dalam membuat keputusan. [SINI]
Kini anda mampu menilai, KENAPA RAKYAT HARUS TOLAK NAJIB.
AKIRA8047.kedaikopitepimasjid.blogspot.com
0 comments Labels: bloggers united, najib razak, pemimpin haprak
Altantuya, raja dilarang jadi isu kempen
| Malaysiakini |
| Mar 31, 09 12:33pm |
| Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan larangan mengejut hari ini kepada parti-parti bertanding di tiga kawasan pilihanraya kecil agar tidak membangkitkan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan keputusan kontroversi raja. Menterinya Datuk Seri Syed Hamid Albar mengesahkan arahan terbaru itu - setelah masuk hari ketiga berkempen - bagi kerusi parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak Beliau mengulas pendedahan PKR Kuala Sepetang - satu daripada tiga DUN dalam kawasan parlimen tersebut - yang membantah larangan polis berhubung dua isu tersebut. Kematian tragis wanita muda Mongolia itu sering dikaitkan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kes kenalan akrabnya Abdul Razak Abdullah Baginda. Larangan ganjil itu diketahui sewaktu seorang pembantu ADUN Kuala Sepetang, Tai Sing Ng ke balai polis Taiping semalam. Lau Teck Hai diberikan senarai larangan tambahan tersebut dalam program ceramah anjurannya pada pilihanraya kecil parlimen itu. Dihubungi Malaysiakini hari ini, Lau berkata apabila bertanyakan arahan tersebut kepada seorang pegawai berpangkat ASP, "beliau hanya tersenyum". Dalam arahan yang sama, tambahnya, polis juga melarang penceramah "mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh institusi raja." Larangan ini dipercayai bagi menghalang Pakatan Rakyat menjelaskan krisis perlembagaan dan peralihan kuasa Perak antara pembangkang dengan BN sejak Februari lalu. Kerajaan campuran DAP, PAS dan PKR masih mendakwa mereka sah mentadbir negeri itu walaupun BN melantik menteri besarnya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.Susulan itu, sesetengah pihak menyifatkan pilihanraya kecil ini "pungutan suara" terhadap Najib, yang terlibat dalam rampasan kerajaan negeri itu, dan menteri besar gabungan pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, kini sebagai calon PAS. Beliau dicabar calon BN Ismail Saffian dan Kamarul Ramizu Idris (bebas) pada 7 April ini. Keputusan mahkamah kes pembunuhan wanita kenalan Razak itu akan diketahui dua hari selepas tiga pilihanraya tersebut yang diadakan serentak sejak 29 Mac. Abdul Razak, yang dituduh bersubahat dengan dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) cif inspektor Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar, dibebaskan daripada kes tersebut. Isu Altantuya sering menjadi bahan kempen pembangkang untuk memburukkan Najib dengan mengaitkan wanita itu dengan bakal perdana menteri itu. Najib bagaimanapun menafikan pernah mengenalinya. Mengulas larangan itu, PKR berikrar akan mengabaikannya dan mencabar polis menyiasat mereka jika berbuat demikian. Selain dua larangan tersebut, polis juga menuntut PKR mengawal kehadiran orang ramai yang mendengar ceramahnya. "Jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon, pihak polis akan mengambil tindakan," larangan itu dipetik. Polis turut melarang jentera PAS mengadakan ceramah lebih 11 malam di kawasan kampung. |
0 comments Labels: Altantuya, malaysiakini, PRK, Sultan
Monday, March 30, 2009
PAS: Imam serah mikrofon kepada Nizar, bukan rampas
| Malaysiakini |
| Mar 30, 09 2:03pm |
| PAS mendakwa imam masjid Simpang, dekat Taiping, menyerahkan mikrofon kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, menolak dakwaan menteri besar Pakatan Rakyat itu cuba merampas majlis solat hajat dan tahlil BN semalam. Pengarah pilihanraya parti itu Datuk Mustafa Ali menambah, Mohamad Nizar yang juga calon PAS dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang yang sedang berlangsung sehingga 7 April. "Apa yang berlaku ialah Nizar tak rampas majlis BN, beliau cuma beri tazkirah mengenai ayat al-Quran yang dibacakan ketika mengimamkan solat Maghrib."Jika BN dakwa Nizar dan PAS guna masjid, bermakna Umno dan BN sebenarnya terlebih dulu guna masjid untuk kempen mereka," Mustafa dipetik berkata pada sidang akhbar di Markas PAS Kampung Air Kuning pagi ini. Beliau mengulas kenyataan menteri besar BN Perak mendakwa Nizar merampas mikrofon dari imam untuk memberi ceramah sedangkan ketika itu sepatutnya untuk majlis anjuran BN. Datuk Dr Mohd Zambry Abdul Kadir berkata Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid itu dan terus mengimamkan solat Maghrib. "Bagaimanapun, dia kemudian bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak," katanya, seperti laporan laman web Berita Harian. Zambry berkata kejadian turut disaksi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Mohamad Nizar berdepan dengan calon BN Ismail Safian dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris. |
0 comments Labels: malaysiakini, penjelasan isu, Perak, PRK
Gempar: 20 Minit Nizar imamkan Solat Maghrib dalam program Umno
TKO beliau telah diundang oleh imam Masjid Simpang untuk berucap menjelaskan ayat-ayat yang dibacakan semasa mengimamkan solat Maghrib. Selama ini, mereka hanya tahu baca Yaasin sahaja. Bila bagi ayat lain mereka sudah ketakutan. Nizar hanya nak terangkan maksud ayat bukan nak bagi ceramah Politik. Sebenarnya merekalah yang berpolitik, kerana terang-terang anjur majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat sempena Pilihanraya. Selama ini, tak pernah pun nampak muka pemimpin besar Umno kat situ. Tak pasal-pasal bila Pilihanraya mereka datang buat program Baca Yaasin dan Solat Hajat. Eloklah baca Yaasin tu, moga dibukakan hati untuk terima kebenaran sebelum mati dan orang lain bacakan Yaasin untuk mereka pula. Herman-Harap-harap Imam Masjid Simpang tidak kena pecat pula kerana benarkan Nizar jadi Imam.
Oleh hermansamsudeen
"
Terkejut beruk! begitulah reaksi pemimpin Umno yang berkumpul untuk mengadakan program bacaan Yaasin dan solat hajat di Masjid Simpang semalam setelah melihat calon PAS bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengimamkan solat Maghrib.
Mereka tak menyangka bahawa Nizar akan hadir dan bersolat disitu. Dalam kenyataannya beliau bersama mStar,
"Saya dijemput oleh imam supaya mentafsirkan ayat-ayat yang saya bacakan selama 20 minit sebelum itu... saya juga sejak awal telah diminta supaya tidak menyelitkan elemen politik sebab masjid bebas politik.
“Jadi, saya diminta membuat tafsiran ayat-ayat yang saya bacakan sebelum itu… ketika takzirah… jadi saya tidak merampas mikrofon untuk berucap, cuma memenuhi kehendak imam,” kata beliau kepada mStar Online ketika ditemui di Markas PAS Bukit Gantang pagi tadi.Kata Nizar, apabila beliau meminta mikrofon untuk menyampaikan ucapan tafsiran ada pihak yang membantah dengan alasan ia bukan tempat untuk berpolitik.“Bagi mengelakkan suasana kecoh, saya memutuskan untuk tidak meneruskannya dan kemudian meninggalkan masjid… apa terjadi selepas itu saya tidak tahu,” katanya.
0 comments Labels: MB perak, pemimpin rakyat, tranungkite
N29 Batang Ai: Program ‘Anak Angkat’ strategi Pakatan Rakyat untuk sampai ke akar umbi
Anna Yusof
LUBOK ANTU, 30 Mac (SK) : Timbalan Pengarah Pilihanraya KeADILan Foziah Salleh telah melantik 150 wakil Orang Iban dalam program ‘Anak angkat’ yang menghuni dalam 128 buah Rumah Panjang di sekitar N29 Batang Ai untuk mereka mendekati kesemua pengundi untuk memahami menifsto Pakatan Rakyat.
“Dalam program ini, mereka dilatih bagaimana menangani masalah penipuan Barisan Nasional dalam rampasan hak tanah adat, menjaga hak mereka dari pencerobohan meruntuhkan rumah panjang serta memberi penerangan bagi memahami menifesto Pakatan Rakyat, kata Foziah kepada Suara Keadilan.
“Logistik adalah masalah paling utama untuk mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, maka program ‘Anak Angkat’ ini amat berkesan dimana penerangan yang tepat dan cepat untuk sampai kepada kaum keluarga mereka yang tinggal di kesemua 128 buah rumah panjang akan menjadi mudah dan berkesan,” jelas Foziah.
Foziah juga berkerja sama dengan NGO tempatan seperti pertubuhan Dayak-Iban bersma -sama Angkatan Muda KeADILan (AMK) untuk menangani proses mengira undi semasa piliharaya kecil ini berjalanpada 7 April nanti.
“Persiapan seperti memeriksa kesahihan pengundi dan lain-lain masalah alamat akan di beri penekanan bagi memastikan keadilan dan ketelusan dapat berjalan lancar semasa pembuangan undi kelak,” Foziah berkata.
Sementara itu, Ketua AMK Sarawak Rahmat Aidil Latif, Setiausaha AMK Pusat Zulfikar Ali Ariffin serta wakil-wakil AMK negeri Kedah dan Sabah akan bersama-sama membantu merayu undi dan memberi latihan dalam kerja-kerja mengira undi bagi memastikan tidak ada sebarang penipuan atau pengundi hantu seperti yang sering terjadi di setiap pilihanraya.
“Setakat ini semua persiapan berjalan lancar walaupun agen-agen BN serta polis juga kelihatan disana-sini memerhati pergerakan kami,”kata Rahmat.
“Walau bagaimanapun keadaan tenang dan tidak ada kekecohan yang timbul setakat ini,” tambah beliau.
0 comments Labels: PRK, Sarawak, suara keadilan
Sunday, March 29, 2009
Altantuya, hilang kerja, jual beli jalang
Ketika penamaan calon berlangsung di Bukiit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, Utusan Malaysia melaporkan berita bertajuk "Lebih 26,000 orang hilang pekerjaan" (Lihat juga posting sebelum ini bertajuk "Terus percayai BN, ini masa depan semua - Najib").Kalau kerja sudah tak ada, untuk apa percaya?
Jangan sampai yang terus orang percaya hanyalah tuduhan-tuduhan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu (Lihat posting bertajuk "Isu Altantuya masih relevan, Datuk Seri!")
Apabila tak ada lagi projek mee segera, adakah orang-orang Umno sanggup bertungkus-lumus memastikan kemenangan? Maklumlah, bisnes human trafficking (jual beli orang yang sanggup bagi undi untuk pemilihan Umno) dah tak boleh buat dah. Perhimpunan Agung Umno sudah berlalu. Tunggulah apabila lebih ramai ahli Umno (anggaran 60,000 ahli) memilih kepimpinan tertinggi yang akan dibuat serentak di 191 bahagian. Pada masa itu, tentulah lebih lumayan lagi bisnes human trafficking (Lihat posting bertajuk "Untungnya buruk lantak rasuah Umno!")
Saya sedang menunggu kiriman email seorang pembaca yang akan menulis mengenai human trafficking di dalam Umno. Ada sesetengah orang menterjemahkan human trafficking itu sebagai bisnes persundalan (jual beli jalang). Mana saya tau, saya bukan reti sangat Orang Putih. Yang saya tau, jalang ada macam-macam jalang. Baru-baru ini, hampir setiap hari kita dengar tentang jalang-jalang politik.
Apa pun, Raja Petra Kamaruddin ada menulis mengenai perniagaan persundalan. Beliau mendakwa Najib terlibat. Sila baca artikelnya yang bertajuk "My name is RPK, I am Malaysian, and I am no prostitute". Antara lain, beliau mendakwa:
But I was offered the opportunity to prostitute myself. One day, some time back, a person by the name of Rusdi Mustaffa who works for Deputy Prime Minister Najib Tun Razak, called me and said he wanted to meet me. I was then at the Havana Club in the Concord Hotel in Kuala Lumpur enjoying cigars with my friends.Saya teringat orang kata, "Undi Umno, undi rasuah". (Imej di atas ihsan Malaysiakini)
Rusdi arrived way past midnight and we talked. He wanted to know how much I wanted. I did not understand what he meant and told him so. He repeated the question and asked me how much I wanted to stop writing about Najib and Altantuya. Name my price.
0 comments Labels: Altantuya, bloggers united, najib razak
Kerajaan campuran DAP, PAS dan PKR masih mendakwa mereka sah mentadbir negeri itu walaupun BN melantik menteri besarnya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.
"Apa yang berlaku ialah Nizar tak rampas majlis BN, beliau cuma beri tazkirah mengenai ayat al-Quran yang dibacakan ketika mengimamkan solat Maghrib.