| Malaysiakini |
| Jimadie Shah Othman | Jul 29, 08 12:38pm |
| Laporan perubatan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan mengesahkan bahawa tuduhan liwat yang dibuat terhadapnya "tidak berasas" dan "bermotifkan politik", kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Laporan perubatan yang bocor semalam mengesahkan bahawa tuduhan terhadap saya tidak berasas dan bermotifkan politik, dan pengadunya seorang pembohong besar yang berpakat dengan mereka yang berkuasa untuk mencemarkan keperibadian saya serta melencongkan keinginan ramai melihat perubahan di Malaysia," kata ketua umum PKR. Perkara itu, tambahnya, menguatkan pendiriannya terdahulu untuk tidak memberikan sampel darahnya untuk tujuan analisis DNA. Dengan kemunculan bukti baru itu juga, Anwar berkata, siasatan "harus dihentikan" dan "dibatal serta-merta". "Laporan ini memperkuat kenyataan saya bahawa saya tidak bersalah, (sebaliknya) difitnah dan dikhianati," katanya di sidang media di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya menjelang tengah hari ini. "Ini merupakan langkah terakhir (dalam kes tuduhan liwat) berkaitan kes kerana saya ada urusan lain lebih penting, untuk bersama dalam pilihanraya kecil, untuk ke parlimen dalam tempoh segera," katanya. Kemunculan bukti baru itu "memberikan kelegaan" kepada beliau dan keluarganya yang terkesan dengan tuduhan liwat oleh bekas pembantunya itu. Menjawab soalan pemberita sama ada beliau yakin dengan kesahihan laporan Hospital Pusrawi itu, tokoh pembangkang itu berkata: "Saya yakin ia asli dan sahih. Dan tidak ada sesiapa, sehingga kini, mempertikaikan kesahihannya," katanya. "Saya juga semak dengan beberapa pakar, mereka mengesahkannya tanpa ragu." Ditanya sama ada beliau mengenali Dr Mohamed Osman Abdul Majid, doktor yang membuat pemeriksaan itu, beliau berkata: "Saya tidak kenal beliau. Saya tidak pernah berjumpa dengannya. Inilah kali pertama saya lihat namanya dari laporan itu." Anwar turut menyindir polis yang mendakwa siasatan pasukan itu "profesional" dan tidak memihak tetapi "terlepas pandang" pada bukti tersebut. "Isunya, dari awal polis menyedari wujud laporan itu. Bagaimana anda meneruskan kes, sehingga saya dibogelkan, apabila anda dalam keadaan mempunyai maklumat, kemudian menangkap dan menahan saya semalaman dalam lokap." Berikutan bocornya laporan tersebut, tambah Anwar, beliau bimbang tentang keselamatan doktor itu. "Adanya laporan yang menyebut beliau dan keluarga mungkin berada dalam bahaya tidak boleh dipandang ringan memandangkan beberapa insiden saksi-saksi penting kes berprofil tinggi di Malaysia pernah diugut, dipaksa dan hilang entah ke mana," katanya. Laporan perubatan terhadap Mohd Saiful dibuat pada 28 Jun, kira-kira empat jam sebelum pemuda itu membuat satu lagi pemeriksaan perubatan di hospital Kuala Lumpur dan kemudian laporan polis. Menurut laporan itu yang dijalankan oleh Dr Mohamed Osman, tiada kesan Mohd Saiful diliwat. Mengulas siasatan aduan qazafnya, beliau berkata: "Saya difahamkan fail (siasatan) sudah dibuka. Siasatan telah dimulakan. Saya juga telah dipanggil dan akan ditemuduga." Anwar dijadual hadir di bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) jam 10.30 pagi esok, dipercayai susulan aduan itu pada 9 Julai. Sebelum sidang media itu, PKR mengedarkan laporan pemeriksaan terhadap Mohd Saiful bersama huraian tambahan yang menjelaskan beberapa istilah perubatan yang sukar difahami dan beberapa tulisan doktor itu yang tidak jelas. Laporan yang disahkan milik hospital swasta di Jalan Tun Razak itu mula beredar di internet sejak semalam. |
Wednesday, July 30, 2008
'Bukti dakwaan liwat Saiful tiada asas'
0 comments Labels: DSAI, konspirasi, malaysiakini, sepol bodo
Peguam Saiful Enggan Jawab Soalan Wartawan
KUALA LUMPUR, 30 JULAI (SK)- Peguam Kepada Saiful Bukhari, Zamri Idrus gagal menjawab hampis kesemua soalan yang dikemukan oleh wartawan yang hadir dalam sidang media yang diadakah beliau di sebuah hotel lima bintang di sini.
Kebanyakan jawapan yang diberikan hanyalah, “I dont want to answer that question, let police do their investigations” (saya tidak mahu menjawab biar polis jalankan siasatan).
Peguam berkenaan juga berkata Saiful berada dalam keadaan selamat dalam perlindungan polis, namun beliau enggan memberi sebarang jawapan samada Saiful diugut atau diancam oleh pihak-pihak tertentu, apabila ditanya mengenai keselamatan Saiful.
Wartawan yang hadir ke sidang media berkenaan kelihatan hampa dan kecewa dengan sidang akhbar yang dibuat kali kedua ini.
Sebelum ini, Peguam berkenaan telah mengadakan sidang akhbar yang pertama di Hotel Seri Pacific yang bersebelahan dengan Ibu Pejabat Umno.
Sidang akhbar berkenaan telah dihadiri oleh bapa saudara Saiful yang hanya mahu dikenali sebagai Uncle Pet dan dalam sidang akhbar hari ini pula, kelibat Uncle Pet tidak pula kelihatan.
SI
0 comments Labels: sepol bodo, suara keadilan
Saiful ulangi tidak aniaya Anwar, siasatan polis selesai sebelum 18 Ogos?
Mstar Online
30-07-2008 07:29:41 PM
Oleh G. MANIMARAN dan NURUL AIN HUSSAIN
(Mukahir) KUALA LUMPUR: Bekas pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi dia tidak menganiaya bekas Timbalan Perdana Menteri itu manakala polis mahu menyelesaikan kes dakwaan meliwat secepat mungkin dengan mengambil kira pertimbangan bahawa ia membabitkan kepentingan umum dan negara.
"Insya-Allah kita akan buat secepat yang mungkin... waktu terdekat," kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar kepad mStar Online hari ini.
Ketika ditanya sama ada polis akan menyelesaikan sebelum 18 Ogos ini, beliau berkata:
"Itu tidak penting, yang penting kita meneruskan siasatan dengan bersungguh-sungguh. Ini kerana kes ini menarik minat orang ramai, menyentuh kesejahteraan dan ketenteraman kita.
"Kita akan melakukan yang terbaik untuk menentukan kes ini mendapat keputusan yang benar dan tepat."
Tambah beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menentukan kebenaran bagi memastikan kepentingan pengadu dan orang yang disiasat terpelihara.
"Kedua-dua pihak akan terpelihara. Kita memberi jaminan pada (aspek) itu," katanya lagi.
Dalam pada itu, Saiful dalam kenyataan yang ditulis sendiri dengan tangan berkata: "Saya juga menyatakan bahawa tiada sebab untuk saya memfitnah dan menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes ini." Kenyataan itu dibacakan oleh peguamnya, Zamri Idrus pada sidang akhbar di sini petang ini - beberapa jam selepas Anwar selesai memberi keterangan di JAWI. Sehubungan itu kata Saiful, dia menuntut supaya Anwar tidak berdolak-dalik dalam kes berkenaan. "Saya telah membuat laporan polis berkenaan saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar. Saya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan ke atas laporan polis saya tersebut. "Saya kini sedang menunggu hasil siasatan daripada pihak polis untuk membawa individu yang terbabit ke muka keadilan," katanya dalam kenyataan bertarikh hari ini. |
0 comments Labels: DSAI, konspirasi, mstar online, sepol bodo
Saiful hadir pemeriksaan tetapi bukan untuk liwat - Pusrawi
| Harakahdaily Salmiyah Harun | Foto Wan Zahari Wan Salleh Wed | Jul 30, 08 | 6:43:07 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Hospital Pusrawi menjelaskan Mohd Saiful Bukhari Azlan datang mendapatkan pemeriksaan dengan Pegawai Perubatan Dr Muhamad Osman Abdul Hamid di hospital berkenaan kerana sakit perut bukannya liwat. Dalam kenyataan yang diedarkan kepada wartawan, hospital itu juga tidak mengaku mereka mengeluarkan sebarang maklumat rasmi kepada mana-mana pihak mengenai laporan perubatan Mohd Saiful sebagaimana yang disebar meluas di internet. Pusrawi juga menjelaskan Dr Muhamad hanya merupakan seorang Pegawai Perubatan (General Practitioner) yang bertugas di klinik kemalangan dan kecemasan hospital berkenaan dan bukannya seorang doktor pakar. Menurut Pusrawi Dr Muhamad juga menasihatkan pesakit Mohd Saiful supaya diperiksa lanjut oleh doktor pakar di hospital kerajaan. Dalam sidang media itu, Pengurus Besar Pusrawi Wan Mahmood Wan Yaacob berkata laporan pemeriksaan Mohd Saiful tersebut kelihatan 'genuine' tetapi yang asli ada padanya. Dr Muhamad Osman yang mula berkhidmat di Pusrawi pada Januari 2008 dan kini beliau dikatakan bercuti dan akan mula bertugas semula pada Isnin ini. Wan Mahmood hairan bagaimana laporan pemeriksaan Mohd Saiful boleh bocor dan memberi jaminan akan mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat. Wan Mahmood berkata, terdapat dua orang doktor yang telah memeriksa Mohd Saiful pada hari berkenaan salah seorangnya adalah perempuan. Oleh sebab itu, terdapat jenis tulisan tangan yang berbeza pada laporan tersebut bagaimanapun beliau tidak memberi butiran lanjut berhubung identiti doktor wanita tersebut. - mks._ |
0 comments Labels: Harakahdaily, sepol bodo
Dr Hassan nafi ditawar MB S'gor
| Malaysiakini |
| Jul 30, 08 2:48pm |
Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali menafikan menerima tawaran jawatan-jawatan utama termasuk menteri besar seperti dakwaan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo. "Saya mendapat restu daripada presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) untuk pertemuan itu," katanya."Tidak ada tawaran yang konkrit, sama ada jawatan menteri besar dan empat jawatan exco, saya tidak tahu." Tambahnya, PAS mengadakan pertemuan tanpa niat untuk membincangkan secara khusus jawatan-jawatan tersebut. "Saya tidak tahu saya (ditawarkan) akan dilantik jadi menteri besar," katanya kepada Malaysiakini selepas satu acara di sebuah hotel di Shah Alam. Dr Hassan berkata beliau bertemu dengan Dr Mohamad Khir atas undangan bekas menteri besar itu, dilaporkan sejurus selepas keputusan pilihanraya umum Mac lalu diketahui. Restu presiden Dr Hassan bagaimanapun berkata beliau tidak ingat tarikh tepat pertemuan tersebut. Dalam pertemuan dengan presiden Umno dan juga perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi beberapa selepas itu, Dr Hassan tidak ikut serta - beliau digantikan oleh timbalannya Ir. Khalid Samad. Dalam pertemuan sulit PAS-Umno peringkat tertinggi ini - melibatkan juga timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa - Dr Mohamad Khir berkata beliau mencadangkan agar PAS diberi jawatan menteri besar dan timbalan menteri besar serta empat exco di Selangor. "Kita tidak datang untuk berbincang sebegitu khusus dengar Dr Mohd Khir," kata Dr Hassan lagi. Bagaimanapun, exco kerajaan negeri Selangor itu mengulangi beliau bertemu dengan bekas menteri besar Selangor itu dengan restu presiden parti. Beliau berkata, beliau tidak boleh membuat sebarang keputusan, sebaliknya ia ditentukan oleh Majlis Syura dan Jawatankuasa PAS Pusat. Mengapa Khalid ganti Dr Hassan juga menjelaskan mengapa beliau diganti oleh Khalid semasa rundingan dengan perdana menteri tidak lama selepas itu. "Bukan soal penggantian tetapi kerana Khalid membincangkan isu yang ada kaitan dengan Selangor. "Kalau saya hadiri pertemuan tersebut, (nanti) ada konflik kepentingan," katanya. Katanya, ia kerana beliau telah menghadiri perjumpaan awal dengan Dr Mohd Khir dan perjumpaan kedua itu adalah dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mengenai dakwaan perdana menteri bahawa Umno Selangor mengajak PAS menubuhkan kerajaan negeri bersama di negeri itu, Dr Hassan berkata, PAS menolaknya kerana hendak memperkutakan Pakatan Rakyat. Katanya, tidak ada perkara yang tidak ada kelemahan kerana kekurangan adalah perkara biasa. |
0 comments Labels: malaysiakini, MB Selangor
Kenyataan Pusrawi: Tidak Mengejutkan!
Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi semalam telah mengadakan satu sidang media berhubung laporan perubatan yang dibuat oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid terhadap Saiful Bukhari Azlan. Laporan itu jelas menunjukkan bahawa tuduhan yang dibuat merupakan satu fitnah jahat yang tidak berasas dan bermotifkan politik. Tuduhan itu bertujuan membunuh karakter Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berhasrat untuk menggagalkan aspirasi rakyat yang inginkan perubahan.
Kita sememangnya menjangka dan tidak terkejut akan ada satu tindak balas bagi menunjukkan Dr Mohamed Osman dan laporan yang didedahkan semalam tidak mempunyai wibawa. Petang ini Pusrawi telah mengeluarkan kenyataan lima perenggan menafikan bahawa seorang doktornya telah melakukan pemeriksaan terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan berhubung aduan liwat pada 28 Jun lalu. Kami merasa dukacita kerana Pusrawi turut diheret sama bagi mempertahankan pertuduhan fitnah tersebut.
Kami mengulangi kenyataan Datuk Seri Anwar yang berpandangan negara ini berada dalam kedudukan yang tenat dari aspek ekonomi dan sosial dan pentingnya untuk kita melangkah ke hadapan bersama bagi menjayakan agenda perubahan.
KAKITANGAN PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
0 comments Labels: DSAI, konspirasi
Pusrawi: Pemeriksaan Saiful tidak libatkan soal diliwat
Mstar Online
30-07-2008 08:06:46 PM
oleh NURUL AIN HUSSAIN
(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Hospital Pusrawi hari ini menjelaskan pegawai perubatannya, Dr Muhamad Osman Abdul Hamid hanya melakukan pemeriksaan biasa terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan tetapi bukan aspek yang berkaitan liwat.
Malah, pusat perubatan swasta itu turut menafikan ia pernah mengeluarkan sebarang maklumat rasmi mengenai laporan perubatan Mohd Saiful yang mengadu telah diliwat bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengarah Pusrawi, Wan Mahmood Wan Yaacob pada sidang media petang ini berkata, Dr. Muhamad Osman merupakan seorang pegawai perubatan am yang bertugas di klinik kemalangan dan kecemasan hospital itu dan bukannya seorang doktor pakar.
“Dr. Mohamad Osman telah menasihatkan pesakit Mohd. Saiful supaya diperiksa lanjut oleh doktor pakar di hospital kerajaan.
“Tidak ada pemeriksaan dilakukan selanjutnya berkaitan dengan aduan liwat,” kata beliau ketika membacakan kenyataan lima perenggan.
Pusrawi mengadakan sidang media khas ini selepas kelmarin laporan perubatan yang tidak disahkan daripada hospital itu mendedahkan pemeriksaan ke atas Mohd Saiful, 23, empat jam selepas beliau membuat laporan polis terhadap Anwar pada 28 Jun, didakwa tidak mempunyai bukti berlakunya perbuatan liwat.
Mohd Saiful dikatakan diperiksa oleh Dr. Mohamed Osman.
Bagaimanapun, polis menyatakan laporan berita mengenai perkara itu bertujuan untuk mensabotaj penyiasatan mereka dan mengelirukan orang ramai.
Anwar juga telah meminta supaya polis menghentikan siasatan tersebut.
Sidang itu turut dihadiri Pengarah Perubatan Pusrawi Dr. Kamaruddin Ahmad.
Wan Mahmood menambah, laporan perubatan terhadap Mohd Saiful yang diedarkan melalui internet hampir sama dengan laporan asal.
“Laporan tersebut nampak genuine tetapi yang asli ada pada saya," katanya sambil menegaskan, pihak hospital belum dapat memastikan kesahihan laporan perubatan yang diedarkan itu.
“Pihak hospital telah menubuhkan satu jawatankuasa dalaman untuk menyiasat kesahihan maklumat yang didedahkan itu sama ada ia dengan laporan perubatan yang sebenar.
“Bagaimanapun kami menafikan sama sekali Pusrawi telah mengeluarkan laporan berkenaan secara rasmi,” kata Wan Mahmood.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada laporan perubatan yang tersebar itu palsu ataupun sebaliknya, beliau berkata:
“Doktor tersebut tidak membuat pemeriksaan meliwat, jadi tidak wujud keadaan laporan tersebut adalah palsu.”
Ketika mengulas lanjut, Kamaruddin pula berkata, Saiful telah datang ke hospital itu dengan alasan sakit perut dan tidak dapat membuang air besar.
"Dr. Muhamad Osman telah memeriksa Saiful, pesakit yang mengadu sakit di bahagian dubur, jadi doktor telah memeriksa dia,” katanya.
Katanya, Dr. Osman tidak boleh menjalankan pemeriksaan berkaitan liwat kerana beliau bukan pakar dalam bidang berkenaaan.
Oleh itu, jelas beliau, Dr.Muhamad Osman telah menasihatkan Mohd. Saiful supaya menjalani pemeriksaan di hospital kerajaan.
Dr. Kamaruddin menambah, tiada pemeriksaan lanjut dilakukan berkaitan aduan liwat dijalankan di Pusrawi.
Dalam pada itu, ketika ditanya di mana Dr. Muhamad Osman berada ketika ini, Kamaruddin menjelaskan, Dr. Muhamad Osman sedang bercuti dan akan kembali bertugas minggu hadapan.
Beliau menjelaskan, Dr. Muhamad Osman telah mula berkhidmat dengan hospital swasta berkenaan sejak Januari lalu.
Difahamkan doktor yang berusia 56 tahun ini merupakan seorang pegawai perubatan yang berdaftar dengan Persatuan Perubatan Malaysia dan berasal dari Myanmar.
Dr. Kamaruddin mengakui sebelum Dr Muhamad Osman bercuti, beliau ada menemui doktor tersebut.
Ditanya apa yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut, beliau berkata, Dr. Muhamad Osman hanya menceritakan kejadian yang berlaku semasa Saiful datang membuat pemeriksaan.0 comments Labels: DSAI, konspirasi, mstar online, sepol bodo
Polis tak berganjak
Berita Harian
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim
bhnews@bharian.com.my
Datuk Seri Anwar Ibrahim |
Siasatan kes Anwar tidak dipengaruhi dakwaan portal berita
KUALA LUMPUR: Polis tidak akan terpengaruh dengan tindakan pihak tertentu yang cuba menggagalkan siasatan terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, juga mengulangi bahawa laporan sebuah portal berita berhubung pemeriksaan perubatan Mohd Saiful di Hospital Pusrawi Sdn Bhd yang menyatakan tiada kesan liwat, tidak berasas.
Malah, katanya, polis tidak menahan doktor terbabit atau memaksanya memalsukan bukti terhadap suspek seperti dilaporkan Malaysia Today bertajuk 'Doctor on the run: Police want him to fabricate evidence against Anwar'.
Pihak berkuasa perubatan pula menegaskan, pihaknya berpegang kepada hasil pemeriksaan terhadap Mohd Saiful di Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun lalu walaupun laporan perubatan ke atasnya di Hospital Pusrawi sebelum itu dilaporkan bocor.
Berikutan pendedahan laporan itu, Anwar dalam sidang akhbarnya semalam, meminta polis menghentikan segera siasatan dakwaan liwat terhadapnya.
Dalam pada itu, pengurusan Pusrawi menubuhkan jawatankuasa khas siasatan dalaman bagi menyiasat kesahihan laporan perubatan sulit, yang didakwa bocor itu.
Ismail, dalam satu kenyataan petang semalam, menegaskan polis menjalankan siasatan kes itu dengan profesional dan tidak akan menjawab semua tuduhan dilemparkan kepada pasukan itu kerana siasatan masih berjalan.
"Polis dalam apa cara sekalipun tidak akan terpengaruh atau diugut mana-mana pihak yang mahu menggagalkan penyiasatan kes ini," katanya.
Laporan perubatan di Hospital Pusrawi yang didakwa dibuat oleh Dr Mohamed Osman itu, dikatakan mendapati Mohd Saiful tidak diliwat, tetapi polis kononnya memaksa beliau menukar laporan pemeriksaan bagi mengaitkan Anwar dalam kes itu.
Ismail berkata, laporan berkenaan tidak berasas kerana polis tidak menahan doktor terbabit atau memaksanya memalsukan bukti terhadap suspek.
"Laporan itu hanya berasaskan cakap dengar, bersifat spekulasi dan satu tuduhan tidak adil. Laporan itu berniat hanya untuk memesongkan persepsi pihak awam dan menjatuhkan polis. Polis menjalankan siasatan secara profesional dan pantas, bukan sebaliknya kerana kes ini menarik kepentingan awam.
"Polis sedar bahawa kes ini perlu dikendalikan secara adil serta saksama supaya pihak awam mempunyai keyakinan terhadap cara kita mengendalikannya. Jadi kita meminta orang ramai tidak terus membuat kesimpulan tanpa mengesahkan kebenaran sesuatu dakwaan," katanya.
Ismail berkata, polis akan menyerahkan kertas siasatan serta mengemukakan bukti diperoleh sepanjang siasatan kepada Jabatan Peguam Negara.
"Keputusan sama ada mahu mendakwa suspek berada sepenuhnya dalam tangan pihak Pejabat Peguam Negara," katanya.
0 comments Labels: Berita Harian, DSAI, konspirasi, polis
"Tidak ada pemeriksaan dilakukan selanjutnya berkaitan dengan aduan sodomi," sebagaimana dipetik dalam kenyataan itu.
Dalam pada itu, Pengarah Perubatan Dr Kamaruddin Ahmad yang turut serta dalam sidang media itu, tidak menolak ada pihak tertentu yang diupah untuk membocorkan maklumat pemeriksaan Mohd Saiful.
"Saya mendapat restu daripada presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) untuk pertemuan itu," katanya.