+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, April 26, 2008

'Anwar lepas peluru kosong' - Shabery Cheek

Utusan Online

KOTA KINABALU 25 April - Dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pihak pembangkang akan menubuhkan Kerajaan Persekutuan yang baru sebelum 16 September ini, sekadar 'melepaskan peluru kosong'.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kenyataan tersebut tidak memberi sebarang makna atau kesan kepada Barisan Nasional (BN) kerana semua yang diperkatakan itu tidak berasas sama sekali.

"Anwar melepaskan peluru kosong dan buat apa kita perlu berlindung daripada peluru kosong," katanya pada sidang akhbar selepas sesi taklimat Jabatan Penerangan Sabah di Wisma Dang Bandang di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Anwar kelmarin, bahawa pakatan pembangkang dijangka dapat menubuhkan kerajaan baru dan sudah pun mempunyai Ahli-Ahli Parlimen BN yang bersedia untuk menyertai pembangkang.

Shabery berkata, BN tidak khuatir dengan kenyataan Anwar itu, sebaliknya pihak pembangkang yang perlu bimbang kerana hubungan mereka yang rapuh, khususnya kerajaan campuran di empat negeri di bawah pembangkang.

"Baru-baru ini, ramai wakil rakyat daripada parti pembangkang yang berjumpa dengan saya, meluahkan rasa tidak senang hati dan bosan dengan PKR yang disifatkan sebagai kuku besi.

"PKR terlalu tamakkan kuasa, merasakan seolah-olah mereka adalah parti dominan yang memerintah tetapi sebenarnya, parti ini terpaksa bergabung dan menumpang dengan parti lain untuk memerintah," katanya.

Katanya, wakil-wakil rakyat pembangkang tersebut sudah pun menemuinya dan menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai BN.

"Saya tidak sepatutnya mendedahkan perkara ini (keinginan pembangkang menyertai BN) dan perlu memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terlebih dahulu," katanya.

Katanya lagi, pihak pembangkang tidak akan berjaya menarik wakil rakyat BN menyertai mereka kerana BN mempunyai hubungan yang rapat di antara parti komponennya.

"Susah untuk parti pembangkang menggugat BN kerana kita mempunyai jalinan kukuh dan hubungan sangat rapat termasuk dengan rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak," katanya

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |