+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, April 26, 2008

Malaysiakini mohon maaf kepada Khairy

Utusan Online

KUALA LUMPUR 25 April - Akhbar dalam talian, Malaysiakini hari ini memohon maaf kepada Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berhubung laporan dan dakwaan berterusan bahawa beliau memenangi kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum lalu setelah melalui proses pengiraan semula undi.

Permohonan maaf itu dibuat kerana pada pilihan raya umum 8 Mac lalu tidak berlaku pengiraan semula undi di kerusi Parlimen itu yang menyaksikan Khairy menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin dengan majoriti 5,726 undi.

Dalam kenyataan yang dilampirkan di laman webnya, Malaysiakini berkata, pihaknya dimaklumkan oleh lawan Khairy, Badrul Hisham dari PKR bahawa satu pengiraan semula akan diadakan pada malam pengundian itu.

Menurut kenyataan itu lagi, Badrul Hisham memberitahu, dia menerima maklumat tentang pengiraan semula itu daripada seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Bagaimanapun, kini kami mendapat tahu bahawa tidak ada sebarang pengiraan semula yang dilakukan.

"Justeru kami ingin memohon maaf kepada Khairy kerana menerbitkan dakwaan itu dalam berita-berita kami yang menyusul selepas itu," demikian menurut Malaysiakini dalam kenyataan itu.

Kenyataan maaf yang diletakkan di bawah nama Nota Pengarang itu disiarkan di laman web berkenaan bermula pukul 3.35 petang.

Turut disertakan sekali ialah penjelasan oleh Khairy berhubung dakwaan pengiraan semula itu.

Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO antara lain menekankan bagaimana laporan berterusan Malaysiakini mengenai perkara itu membayangkan beliau tewas pada peringkat awal dan hanya menang setelah meminta pengiraan semula undi dilakukan.

''Sedangkan jumlah undi yang diterima oleh lawan saya pada malam itu tidak memerlukan sebarang pengiraan semula mengikut Peraturan Pilihan Raya 1981.

''Saya diumumkan pemenang dengan majoriti 5,746 undi selepas satu-satunya pusingan pengiraan undi (tidak ada pengiraan semula) yang dibuat malam itu.

''Malah, saya yakin Badrul Hisham juga sebenarnya tidak hadir di pusat pengiraan undi berkenaan pada 8 Mac lalu,'' kata Khairy.

Sementara itu, Khairy dalam reaksinya terhadap permohonan maaf itu berkata, beliau menerima permohonan maaf Malaysiakini.

''Walaupun saya terima permohonan maaf Malaysiakini, saya masih tidak pasti sama ada punca kesilapan mereka adalah kecuaian wartawan atau pun niat jahat terhadap saya.

''Memandangkan kesilapan ini diulang beberapa kali, tak mungkin ia berpunca daripada kecuaian,'' katanya.

2 comments:

Haji Yaziz Yunus said...

Betul ke tiada recount semasa pilihanraya Parlimen Rembau baru-baru ini? Saya sendiri percaya habis bahawa YB Khairi kalah dan hanya menang setelah dibuat recount dan terus dapat majoriti 5,000+. Implikasi nya banyak orang yang beranggapan bahawa YB Khairi telah menang dengan cara yang tidak sah.

Cerita ini dikembangkan dengan beberapa versi lagi. Semasa di Bandar Baru Bangi, saya telah berbual dengan kawan-kawan saya mengenai cerita recount ini. Tiba-tiba seorang yang mendengar percakapan kami menyampuk dengan menyatakan bahawa recount itu bukan sekali tetapi sebanyak 5 kali. Setiap recount dari nombor 1 hingga 4, dikatakan YB Khairi masih kalah sehinggalah recount terakhir, barulah Khairi menanag dengan majoriti 5,000+. Untuk menguatkan lagi dakwaaannya itu beliau mengaku bertugas sebagai polis semasa recount dijalankan.

Nampaknya terdapat pakatan untuk berbohong sehingga menyebabkan rasa naik marah oleh rakyat Malaysia. Apahalnya ini? Saya membantah penyebaran penipuan sebegini.

Kalau pun ada anggapan bahawa terdapat penipuan oleh BN dalam PR12, saya masih berharap Pakatan Rakyat (PR) akan mengambil pendekatan bersih dalam memperjuangkan objektif politik mereka. Kalau begitu apa bezanya PR dan BN yang dituduh tidak bersih?

Sang Pemantau said...

tulaa....saya pun tak paham jugak...
xtau citer sebenar.....ada dengar jugak citer KJ ni recount banyak kali baru menang.....
tula saudara Yaziz....saya wujudkan blog ni pun untuk serlahkan kebenaran...berita di kedua-dua pihak yg nampak sahih, saya akan siarkan....
terpulang pada kita nak menilai....
tima kasih atas komen saudara......

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |