Berita Harian Oleh Azman Zakaria dan Saufi HamzahKUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, semalam memohon maaf berhubung tindakannya menghunus dan mencium keris Panca Warisan pada Perhimpunan Agung Umno sebelum ini, jika ia menjadi antara faktor menjejaskan prestasi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum 2008. "Kalau realitinya begitu, saya bukanlah seorang yang angkuh dan bongkak sehingga tidak boleh menerima hakikat. "Fenomena baru dalam keadaan politik selepas pilihan raya lalu menuntut Pemuda BN melihat secara realistik. Ini paradigma baru yang perlu diterima dan disesuaikan," katanya sambil menegaskan perjuangan membela nasib orang Melayu akan tetap diteruskan. Beliau berkata, mesyuarat semalam antara lain membincangkan hasil 'bedah siasat' keputusan pilihan raya 8 Mac lalu dan azam Pemuda BN membuat pembaharuan dalam tempoh 100 hari, khususnya berhubung isu yang dekat di hati rakyat. Katanya, Pemuda BN juga mengiktiraf sumbangan sayap pergerakan itu dari Sabah dan Sarawak serta bertekad untuk membawa mereka memperjuangkan lebih banyak isu dalam arus perdana politik di peringkat nasional. Katanya, Pemuda BN juga akan memastikan hubungan dengan pemimpin dan ahli parti komponen BN di negeri yang diperintah pembangkang sentiasa diperkukuhkan untuk memulihkan semangat perjuangan mereka. Hishammuddin berkata, mesyuarat semalam juga membincangkan banyak perkara lain, termasuk mengenai punca kemerosotan prestasi BN dalam pilihan raya umum lalu, secara ikhlas dalam usaha mencari penyelesaiannya. | |
Saturday, April 26, 2008
Hishammuddin mohon maaf isu hunus keris
Posted by
Sang Pemantau
at
1:10 PM
Labels: Berita Harian, pemimpin haprak, UMNO haprak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment