+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, April 26, 2008

Najib tunduk pada Amerika: Anwar

Malaysiakini

Apr 25, 08 10:47pm

Menteri pertahanan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak menamatkan penyertaan Iran daripada pameran senjata di Kuala Lumpur kerana "telah tunduk kepada desakan dari Amerika Syarikat dan rakan-rakan sekutunya", kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia sebagai negara berdaulat dan bermaruah sepatut mengamalkan dasar laur yang bebas dan tidak boleh tunduk kepada arahan dari Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa lain," katanya dalam satu kenyataan.

"Saya berasa dukacita dengan tindakan timbalan perdana menteri merangkap menteri pertahanan terhadap (negara) tetamu kita,
Iran."

Bekas timbalan perdana menteri itu mengulas kenyataan Najib hari ini bahawa negara Asia Barat itu telah melanggar resolusi 1747 dan 1803 Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila membawa masuk dan mempamerkan senjata-senjata terlarang bawah resolusi tersebut.

Akibatnya, ruang pameran milik Iran ditutup mendadak pada Selasa, hari kedua Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2008 yang diadakan sehingga semalam.

Walaupun Iran telah dimaklumkan tentang larangan itu, tambah Najib, negara itu masih berbuat demikian.

Anwar menambah, DSA 2008 dianjurkan untuk semua negara berdaulat yang ingin mengambil bahagian secara bebas, bukan untuk menjual senjata dan alat pertahanan lain.

"Oleh itu, Malaysia sebagai tuan rumah bebas menjemput negara yang sanggup mengambil bahagian tanpa syarat. Kerana itu Iran telah dijemput oleh Malaysia untuk mengambil bahagian dalam DSA 2008.

"Mustahil sekali apabila Malaysia membuat keputusan tergempar tentang (menghentikan) penyertaan Iran itu."

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |