+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, April 26, 2008

Khairy: Tiada kiraan semula di Rembau

Malaysiakini

Apr 25, 08 3:44pm

Naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menjelaskan bahawa tiada pengiraan semula undi di parlimen Rembau yang dimenanginya dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu dengan majoriti 5,726 undi.

Menantu perdana menteri itu menjelaskan demikian dalam suratnya kepada Malaysiakini yang menyiarkan berita mengenai perkara itu.

khairy jamaluddin and badrul hisham and rembauDalam suratnya, Khairy menafikan laporan tersebut yang menyatakan beliau kalah kepada calon PKR Badrul Hisham Shaharin dalam kiraan kali pertama, dan menang selepas pengiraan semula undi diadakan.

Laporan mengenai perkara itu, tambahnya, terkandung dalam berita 'Ku Li: Power transition unconstitutional' pada 18 April.

Menurut ahli parlimen itu lagi, dakwaan tersebut tidak benar dan tidak berasas.

Sebaliknya, kata Khairy, tiada pengiraan semula undi dan oleh itu isu beliau kalah dalam "kiraan kali pertama" tidak berbangkit.

Perkara itu, katanya, dinyatakan dengan jelas oleh Suruhanjaya Pilihanraya dalam laporan media bertarikh 13 Mac.

"Mereka telah mengira undi pos terlebih dahulu dan bukannya selepas pengiraan semula dibuat. Jika undi pos tidak dikira sekalipun, saya tetap menang lebih 500 undi," kata Khairy.

Menurut penjelasan Malaysiakini, berita pada malam pengiraan undi itu bersumberkan maklumat pencabarnya, calon PKR Badrul Hisham yang mendakwa telah dimaklumkan oleh seorang pegawai SPR bahawa pengiraan semula undi akan diadakan.

"Laporan kami pada malam tersebut mencerminkan hakikat itu. Bagaimanapun, kami mendapat tahu kemudiannya bahawa tidak ada pengiraan semula undi," penjelasan pengarang Malaysiakini dipetik.

"Oleh itu, kami ingin memohon maaf kepada Khairy kerana menyiarkan laporan tersebut dan menyebutnya dalam laporan-laporan berikutnya."

Selain malam itu, Badrul Hisham turut mengulangi wujudnya pengiraan semula undi dalam satu kenyataannya di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur pada 11 Mac. Berita

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |