+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, April 28, 2008

Jom Heboh: PAS Perak sanjung langkah TV3

Harakahdaily

Izwan Abdul Halim
Mon | Apr 28, 08 | 4:45:54 pm MYT


KUALA LUMPUR, 28 April (Hrkh) - PAS Negeri Perak menyanjung hasrat TV3 menarik diri daripada menganjurkan Karnival Jom Heboh di Perak tahun ini dan berharap salah satu pengisian utamanya, konsert ditiadakan terus pada karnival itu di negeri-negeri lain.

Penghargaan itu dinyatakan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi bagi mengulas laporan menyatakan TV3 menarik diri daripada menganjurkan acara itu di Perak yang kini diterajui kerajaan Pakatan Rakyat. �

Menurut Ustaz Ahmad, perkembangan di Perak itu satu permulaan yang diharap berlaku juga kepada negeri-negeri lain.

Katanya, pihaknya mengambil pendekatan itu berdasarkan pandangan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria. Pada 30 Julai 2004, selepas satu persidangan ulama, Harussani mengisytiharkan karnival berkenaan, ketika itu dikenali sebagai Sure Heboh, adalah haram atas alasan ia menggalakkan kegiatan tidak bermoral di kalangan muda-mudi.

Karnival itu kemudiannya ditukar kepada Jom Heboh pada 2006, dan diadakan di setiap negeri berasingan pada setiap bulan.

Ustaz Ahmad meminta semua pihak termasuk pendukung Umno menyokong pembatalan tersebut kerana wujud unsur-unsur kurang sihat seperti pergaulan bebas lelaki-perempuan dalam konsert. �

"Macam karnival, jualan dan pameran itu tidak jadi masalah sangat tetapi konsert, itulah masalah utamanya. Lagipun telah jelas penganjuran konsert itu mengundang perkara bertentangan dengan etika ketimuran, apatah lagi agama. �

"Harapan saya ini sebagai permulaan ke arah mempertingkatkan martabat ummah dan menjauhi daripada kelalaian," jelasnya. �

Ustaz Ahmad percaya Kerajaan Negeri Perak sangat prihatin terhadap hal ehwal rakyatnya termasuk perkara-perkara yang boleh menjerumuskan mereka kepada gejala sosial.

Oleh itu beliau menyifatkan tindakan TV3 tersebut sebagai menghormati Kerajaan Negeri Perak walaupun pihak berkenaan belum menetapkan apa-apa peraturan berhubung hiburan sekali gus menghindari kontroversi. - lanh

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |