+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, April 28, 2008

Kekeliruan Tanggapan 'Melayu Itu Islam' Perlu Diperbetulkan - MACMA

Buletin Online

Ditulis oleh SM Noor
Sunday, 27 April 2008
The image “http://buletinonline.net/images/berita2/macma.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Kekeliruan terhadap tanggapan umum bahawa 'Melayu itu Islam' dan ‘Islam itu Melayu’ perlu diperbetulkan kerana terana terdapat perbezaan diantara ugama dan kecondongan budaya.

Laporan Bernama memetik Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Datuk Mustapha Ma demikian pada Mesyuarat Agung ke-14 MACMA di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM)

"Oleh itu kita tidak boleh samakan Islam dengan Melayu, semua orang Melayu adalah Islam mengikut perlembagaan tetapi bukan semua orang Islam adalah Melayu,
”dan kita tidak sepatutnya mempunyai konsep yang apabila sahaja memperkatakan tentang Melayu (maka) Melayu itu mesti Islam, yang sebenarnya ia tidak benar," kata Mustapha

Beliau berkata kekeliruan tanggapan itu begitu ketara terutama dalam kalangan masyarakat Cina menyebabkan masyarakat itu menyamakan mereka yang ingin memeluk Islam sebagai 'masuk Melayu'.

"Ini merupakan halangan kami yang paling besar,
“ia tidak bermakna apabila seseorang Cina itu memeluk Islam dia perlu meninggalkan nama keluarganya, “saya masih menggunakan nama Ma," katanya.

Mustapha berkata MACMA turut berkempen untuk mewujudkan satu suasana bahawa makanan halal adalah untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama, selain memperkenalkan Islam sebagai agama universal.

"Makanan halal bukan hanya untuk orang Islam,
”selain mematuhi syarak, makanan halal juga bersih, sihat dan halal, juga membayangkan kesaksamaan dan amanah,
”jika jual kopi, mestilah betul-betul kopi dan bukannya campuran.

"Harga juga mesti berpatutan dan berat timbangan barangan mestilah seperti yang sepatutnya. Konsep halal mencakupi semua," tegas Mustapha.

Beliau berkata Malaysia juga perlu menggunakan kepelbagaian makanan masyarakatnya untuk mempromosikan negara ini sebagai 'syurga makanan halal'.

"Kita mempunyai pelbagai makanan halal yang terbaik pada harga paling berpatutan. Apa jua makanan boleh kita dapati di Malaysia, jadi kita boleh memanfaatkannya dan bersama-sama mempromosikannya," kata beliau.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |