+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, April 28, 2008

PKR: Azizah bukan ketua pembangkang lemah

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Apr 28, 08 1:07pm

Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail - dengan gayanya yang lemah lembut dan tidak agresif - tidak akan menjadi ketua pembangkang yang lemah di Dewan Rakyat, kata naib presidennya Mohd Azmin Ali.

"Walaupun dalam kelembutannya tetapi mesej yang akan disampaikan itu cukup tegas untuk memastikan agenda reformasi diteruskan.

"Dan saya percaya beliau sedang menyiapkan ucapan sulungnya yang akan disampaikan pada pertengahan minggu depan," kata Azmin, yang juga ahli parlimen Gombak, dalam wawancara dengan Malaysiakini, Jumaat lepas.

black 14 questioning 160408 wan azizahWan Azizah, ahli parlimen Permatang Pauh, terpilih sebagai ketua pembangkang selepas partinya menguasai 31 kerusi, manakala DAP 28 dan PAS 23.

Beliau mencipta sejarah sebagai ketua pembangkang wanita pertama di parlimen.

Ketua pembangkang sebelum ini Lim Kit Siang, seorang tokoh utama DAP yang lantang, memegang jawatan itu hampir tiga dekad.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah memegang jawatan itu selepas menggantikan allahyarham Datuk Mohd Fadzil Noor antara 1999 hingga 2004.

Dalam wawancara eksklusif itu, Azmin juga mengakui beliau salah seorang yang terlibat dalam rundingan untuk memujuk wakil-wakil BN melompat kepada Pakatan Rakyat.

"Saya tidak menyatakan bahawa saya penggerak utama. Ketua umum (Datuk Seri Anwar Ibrahim) penggerak utamanya yang memimpin perbincangan dengan mereka tetapi saya menolongnya kerana beliau jua ada komitmen lain," katanya.

"Saya akan memastikan perbincangan diteruskan dan saya laporkan langsung padanya tentang perkembangan terkini tentang perkara ini."

Beliau juga menafikan Anwar tidak serius apabila membuat kenyataan peralihan sokongan lebih 30 ahli parlimen BN itu akan berlaku selewat-lewatnya 16 September ini.

"Beliau mengumumkan perkembangan terkini. Semuanya berasaskan fakta dan nombor (angka mereka yang akan meninggalkan BN) ... Tetapi apa yang penting sekarang, apabila kita mengisytiharkan kerajaan persekutuan yang baru, ia mesti ada kredibiliti.

azmin interview 260408 office"Kita tak mahu membentuk kerajaan yang lemah. Jika majoriti (yang menyertai Pakatan) sangat tipis, ia tidak bagus untuk negara dan rakyat. Jadi, kita ada masa yang cukup. Mereka (BN) yang dikejar masa. Jadi, kita akan terus menguatkan posisi kita sebelum buat pengumuman tersebut."

Ditanya kenapa tanggal 16 September dipilih sedangkan tempohnya tidaklah terlalu panjang dari sekarang, Azmin berkata:

"(Tanggal) ini tentang strategi, bagi saya lebih cepat lagi bagus. Tapi kita tidak tergesa-gesa, asas kepada pengumuman kami ialah untuk pastikan pembinaan kerajaan yang kuat dan berwibawa. Itu keutamaan sekarang."

Beliau juga mendedahkan, ahli-ahli parlimen BN yang didekati parti itu bukan sahaja Malaysia timur tetapi juga Semenanjung.

"Tidak saja dari Sabah dan Sarawak, tapi juga daripada Semenanjung, (termasuk) dari ahli parlimen Umno dan seperti saya cakap di awal tadi, isu duit tidak dibincangkan, apa yang kami tawarkan mereka adalah perwakilan yang adil untuk Sabah dan Sarawak.

"Kita akan pastikan mereka dapat perwakilan yang lebih baik (di parlimen dan kerajaan persekutuan) dan hak orang Sarawak dilindungi. Begitu juga dengan pembangunan.

"Jika kita lihat pada Sarawak dan Sabah selepas 50 tahun merdeka, dengan semua petroleum dan royalti ... semua orang Sarawak - Iban, Kadazan, Murut dipinggirkan oleh kerajaan.

"Dan saya tak rasa kita akan sambung dasar (peminggiran) ini."

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |