+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, April 15, 2008

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat mahu slot daripada RTM

Berita Harian

IPOH: Lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat melalui pilihan raya umum lalu, mahu media massa terutama media elektronik bersikap adil dan memberi ruang untuk menghebahkan aktiviti negeri walaupun mereka masih parti pembangkang di peringkat Persekutuan.

Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin mahu Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) memberikan slot program untuk menghebahkan dasar dan polisi baru yang digariskan oleh kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

“Rakyat perlu tahu apa yang kerajaan negeri yang baru lakukan untuk mereka dan satu caranya media elektronik perlu membantu kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Pidato Negeri Pakatan Rakyat di Stadium Perak di sini, malam tadi.


Majlis itu yang dihadiri kira-kira 15,000 penyokong Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP adalah sebagai menyatakan terima kasih pemimpin ketiga-tiga parti itu yang menyokong mereka dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.


Hadir sama, Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali yang mewakili Menteri Besar.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Husam dalam ucapannya yang mahu lima kerajaan negeri itu diberikan lesen untuk melancarkan stesen radio dan televisyen. Mohammad Nizar berkata, tidak ada cara lain untuk menghebahkan kepada rakyat dalam jumlah yang besar, mengenai dasar kerajaan negeri yang baru selain media elektronik, dan mereka akan memohon RTM memperuntukkan satu slot program selama sejam.

Katanya program “Bersama YAB” yang disiarkan RTM sebelum kerajaan negeri baru dibentuk perlu diteruskan kerana program berkenaan memberi peluang kepada Exco kerajaan negeri atau wakil rakyat berinteraksi dan menjelaskan visi serta misi kepada rakyat dalam kelompok yang lebih besar.

Ditanya sama ada kerajaan negeri akan memohon kepada Kementerian Penerangan untuk siaran program berkenaan beliau berkata: “Adalah menjadi tanggungjawab kementerian itu untuk menyebarkan polisi dan program kerajaan kepada rakyat.” - Bernama


orangkita -

pembetulan sikit....bukan 15 ribu eh....70 ribu...tolong sikit.......tak abis-abis nak tipu rakyat......hampeh punya wartawan.....

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |