Harakahdaily Tue | Apr 15, 08 | 3:43:43 pm MYT | |
KLANG, 15 April (Hrkh) - 54 Adun Barisan Nasional (BN) dalam pentadbiran dahulu membelanjakan peruntukan tahunan sebanyak RM27 juta bagi 2008 hanya dalam masa 50 hari daripada permulaan tahun itu, kata Exco Selangor, Ronnie Liu. "Amat mengejutkan dan sukar dipercayai apabila para exco mendapati peruntukan tahunan sebanyak RM500,000 seorang yang bertujuan untuk memperbaiki jalan raya dan longkang telah habis digunakan dalam bulan Februari," katanya. Katanya, kerajaan negeri akan meminta penjelasan daripada 36 bekas Adun BN dan 18 yang lain yang masih mengekalkan kerusinya tentang bagaimana peruntukan tersebut digunakan. Ronnie Liu, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kajian dan Penyelidikan Kerajaan Tempatan, berkata demikian kepada wartawan selepas melakukan lawatan ke Majlis Perbandaran Klang, semalam. Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil keputusan minggu lepas untuk mendapatkan penjelasan daripada Adun terbabit sebagai tanggung jawab. "Kesemua surat kepada Adun terbabit akan dihantar dalam masa seminggu dan mereka perlu menjelaskan dengan terperinci bagaimana wang tersebut digunakan dan siapa kontraktor yang terbabit melakukan kerja-kerja berkenaan," katanya. "Kami tidak berpuas hati dengan cara peruntukan itu digunakan. Kami ingin tahu bagaimana wang pembayar cukai itu dihabiskan. tapi buat masa ini kami tidak membuat sebarang spekulasi tentang bagaimana wang itu digunakan, kita tunggu penjelasan mereka," katanya. Ronnie berkata, ekoran itu Adun dalam pentadbiran sekarang terpaksa memohon peruntukan baru untuk kegunaan mereka. "Kami akan memperkanalkan satu sistem di mana setiap sen akan diteliti. Matlamat kami supaya semuanya berjalan secara telus dan rakyat boleh menyemak perbelanjaan kerajaan," katanya. |
Tuesday, April 15, 2008
RM27 juta untuk Selangor hangus dalam masa 50 hari
Posted by
Sang Pemantau
at
11:52 PM
Labels: Harakahdaily, pemimpin haprak, UMNO haprak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment