| | |
Oleh Agendadaily | |
Selasa, 15 April 2008 | |
KIRA-KIRA 10,000 orang membanjiri padang Kelab Sultan Sulaiman di Kampong Baru,Kuala Lumpur Isnin malam menghadiri Perhimpunan Black 14 bagi menyambut detik tamatnya ‘tempoh edah’ Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dari larangan menyertai mana-mana parti politik dan bertanding pilihanraya mulai Selasa. Mereka bagaimanapun bersurai secara aman setelah pihak polis terpaksa memberhentikan ucapan Anwar pada jam 10.30 malam.Beliau mula berucap pada jam 9.15 malam. PKR tidak memohon permit polis untuk mengadakan perhimpunan yang bermula jam 8 malam itu. Tiada kekecohan atau kejadian tidak dingini dilaporkan berlaku. Sementara itu bercakap dalam sidang akhbar selepas itu Anwar tetap mendakwa ada sebilangan ahli Parlimen Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak telah menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai pakatan pembangkang.
"Ianya melibatkan sense , kerana dollar and cents itu merupakan budaya politik UMNO", kata Anwar menjawab soalan Agendadaily mengenai dakwaan para pemimpin pembangkang kebelakangan ini adanya wakil rakyat BN yang nak menyeberang "Ianya melibatkan sense , kerana dollar and cents itu merupakan budaya politik UMNO", kata Anwar menjawab soalan Agendadaily mengenai dakwaan para pemimpin pembangkang kebelakangan ini adanya wakil rakyat BN yang nak menyeberang. Tegas beliau, "sesiapa saja yang membicarakan soal wang, pintu terus ditutup, kita sanggup tunggu waima pilihan raya umum sekalipun kalau tidak ada penyertaan berdasarkan agenda kita." Ditanya mengenai dakwaan mereka adanya cubaan untuk beli wakil rakyat pembangkang oleh BN, Anwar berkata,"ya ada, kita ada laporan polis di Perak dan kita juga sedang mengumpul beberapa maklumat berhubung kes seumpama ini untuk dilaporkan". Berhubung isu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilaungkan oleh Pakatan Rakyat sebagai tidak telus sebelum pilihan raya umum baru-baru ini, Anwar berkata,"walaupun kita tidak membesarkan isu SPR dalam pilihan raya baru ini namun kita tidak memadamkan atau menafikan bahawa ada penipuan besar berlaku melibatkan SPR". Anwar mendakwa masih terdapat beberapa penipuan dilakukan oleh SPR dalam pilihan raya umum baru-baru ini. Sementara itu ketika mengulas anggapan sesetengah pihak bahawa kemenangan Pakatan Rakyat baru-baru ini adalah bukan kerana kekuatan gagasan tersebut tetapi sebab faktor Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Anwar dengan ringkas menjawab,"itu tafsiran, pokoknya kita menang…" Dalam ucapannya kepada orang ramai Anwar antara lain menggesa Perdana Menteri menjalankan siasatan terbuka terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu mengetuai kerajaan selama 22 tahun. Anwar mendakwa Dr Mahathir merosakkan sistem kehakiman, menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana awam, termasuk untuk anak-anaknya. Beliau juga berharap penyokongnya menunggu dua minggu lagi sebelum beliau membuat pengumuman untuk bertanding atau tidak dalam pilihan raya kecil. Pada September 1998, Anwar disabitkan beberapa kesalahan rasuah ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan telah dihukum penjara enam tahun. [ VIDEO ] |
0 comments:
Post a Comment