+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, April 16, 2008

Najib serah kepada Pak Lah


Berita Harian


TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama Timbalan Pengerusi New Straits Times Press Malaysia Berhad Datuk Seri Kalimullah Hassan (kanan) dan Pengerusi RHB Bank Berhad Datuk Azlan Zainol memekap tangan sebagai simbolik perasmian RHB New Straits Times Spell-it-right Challenge di Auditorium Kompleks Perbadanan Putrajaya di sini, hari ini. Turut sama tiga pengacara berbakat (dari kiri) Amelia Thaipura Henderson, Lim Jinq Shiou dan Mohamad Thaqif Ahmad Taufek. - Foto Bernama

Kebijaksanaan PM diyakini bagi membuat keputusan terbaik untuk parti, negara

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak yakin dengan kebijaksanaan Datuk Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno bagi membuat sebarang keputusan yang terbaik untuk parti dan negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau turut menyerahkan kepada Abdullah bagi menetapkan tempoh pelaksanaan proses peralihan kuasa kepadanya.


"Biarlah Perdana Menteri sendiri menentukan jangka masa bagi melaksanakan peralihan kuasa.


Saya yakin dengan kebijaksanaan beliau untuk membuat sebarang keputusan terbaik demi Umno dan negara," katanya selepas melancarkan Cabaran Mengeja Dengan Betul anjuran Kumpulan RHB Bank dan akhbar New Straits Times (NST) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai tempoh peralihan kuasa daripada Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) kepada beliau.
Kelmarin, Abdullah menegaskan peralihan kuasa kepada Najib akan dilakukan apabila parti berada dalam keadaan baik supaya proses itu berjalan lancar. Bagaimanapun, Perdana Menteri tidak menyatakan tempoh peralihan kuasa itu akan dilaksanakan.

Perdana Menteri juga mengesahkan akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti, Disember ini.

Najib percaya keputusan Abdullah untuk mempertahankan jawatan Presiden Umno itu selaras dengan hasrat Perdana Menteri bagi memastikan parti berada dalam keadaan mantap sebelum melaksanakan proses peralihan kuasa.

Beliau berkata, keputusan Abdullah itu juga bagi menentukan supaya Umno terus berada di landasan kukuh untuk menghadapi sebarang cabaran politik.

"Beliau sudah membuat kenyataan akan mempertahankan jawatan Presiden dan saya percaya ia satu keputusan yang selaras dengan hasrat untuk memastikan keadaan dalam parti dimantapkan, memulihkan semangat dan menentukan parti berada di landasan kukuh untuk menghadapi sebarang cabaran politik," katanya.

Mengenai kenyataan Naib Presiden Umno yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bahawa parti akan hanyut sekiranya perubahan pucuk pimpinan tidak dilakukan segera, Najib berkata, Umno adalah parti demokrasi dan membenarkan ahlinya untuk mengeluarkan pendapat serta pandangan masing-masing.

"Ada amalan demokrasi dalam Umno dan ahli boleh memberi pandangan dan pendapat masing-masing terhadap sesuatu isu," katanya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |