Mstar Online
15-04-2008 05:11:02 PM
KUALA LUMPUR: Perlaksanaan ladang penternakan babi moden dapat menghalang pengwujudan masalah alam sekitar yang berkaitan pencemaran air dan udara, kata seorang saintis hari ini.
Seorang professor di jabatan Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr CT Tan berkata, ladang yang memiliki kemudahan terkini dan canggih juga dapat mencegah sebarang jangkitan 'viral encephalities' di kawasan penternakan babi, seperti yang pernah berlaku antara 1998 dan 1999 di Perak, Negeri Sembilan dan Selangor.
"Projek-projek ladang babi moden adalah lebih kepada perkaitan dengan isu-isu alam sekitar, dan bukannya isu penyakit. Bagaimana cara mengawalnya supaya ia tidak mencemarkan alam sekitar.
"Ia adalah perkara yang baik, untuk meningkatkan mutu pengurusan ladang-ladang babi ini kepada pengurusan lebih moden supaya ia dapat menampilkan persekitaran yang boleh diterima," katanya kepada pemberita selepas merasmikan syarahan saintifik yang bertajuk "Saga of Nipah Encephalities", di sini hari ini, Selasa.
Beliau berkata demikian semasa mengulas keputusan kerajaan negeri Selangor meluluskan projek ladang babi bernilai RM100 juta di Kuala Langat.
Katanya ladang-ladang penternakan babi seharusnya ditempatkan jauh dari sebarang habitat kelawar, kerana virus "Nipah Encephalitis" (Nipah) biasanya ditemui di kawasan habitat haiwan ini.
"Orang ramai lebih arif tentang penyakit (Nipah) ini sekarang, mereka biasanya enggan menanam pohon buah-buahan berhampiran dengan ladang babi kerana tidak mahu menarik kehadiran kelawar yang akan memakan buah, yang sisanya akan dimakan babi," katanya. BERNAMA
0 comments:
Post a Comment