Bab 1 Khairy Jamaludin sangat berbeza. Dia tidak bertanding untuk kerusi Timbalan Ketua Pemuda UMNO. Kerusi tersebut diserahkan kepadanya apabila ramai dikalangan Pemuda UMNO Bahagian dinasihatkan untuk mencalonkan beliau ketika perhimpunan Agung UMNO 2004. Dia tinggalkan tugasnya sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Sulit di Pejabat Perdana Menteri untuk membeli RM 9 juta syer Peudo Investment Bank. Dia menunjuk-nunjuk kekayaan dan mempengaruhi tanpa batasan. Dia mengelilingi daratan dengan helicopter yang bernilai 20 juta dollar. Bermesyuarat dengan Pemuda UMNO Bahagian dan merasmikan mesyuarat Pemuda Bahagian yang lain, satu persatu. Ibunya baru-baru ini membeli sebuah banglo lama di Damansara Height, robohkannnya supaya dapat dibina yang baru.” – http://www.bigdogdot.com “Melalui temubual yang kami buat dengan pemuda Melayu Islam di Bachok, Kota Bharu, Kuala Kerai, Macang dan Besut, bebrapa orang dari meeka mengenali Khairy yang digambarkan sebagai rumah besar yang ia tinggal didalamnya, kereta besarnya, helikopter kepunyaannya, kekayaan yang dimiliki dan perhatikan pada hubungan kekeluargaannya.” – http://www.othermalaysia.org Bab 2 Catatan diatas adalah gambaran yang dipaparkan didalam bebrapa laman/blog berkenaan Khairy Jamaluddin, suami Nori Abdullah, menantu kepada Perdana Menteri Malaysia.
Namun apa kaitannya dengan Terengganu? Ah…. Apa yang dihairankan, Khairy mempunyai kaitan disemua tempat di Malaysia, bahkan bukan sahaja di Malaysia, sampai menyeberang tambak Johor. Khairy diberitakan Kahwini Cucu Lee Kuan Yew
Jadi, Khairy mempunyai sebuah helikopter peribadi? Itulah yang dituliskan dan diperkatakan oleh ramai orang. Dia bukan Menteri dan bukan juga seorang ahli perniagaan, namun siapakah dia?
Dia menantu Pak Lah, ‘pencatur’ semua urusan Paklah. Bermakna dia menyusun segalanya. Mengatur apa yang ada dan mengambil bahagian. Bahagian apa? Bahagian pengurusan dan pentadbiran Pak Lah! Termasuk bahagian yang menjadi ‘komisyen’ kepada Pak Lah
Bab 3
Beberapa orang yang terlibat dengan pembangunan Pulau Wan Man dan Taman Tamadun Islam (TTI berkumpul untuk berbincang dan sembang-sembang sewaktu awal pembangunan TTI dibuat.
Sebagaimana pembangunan Pulau Duyong, begitulah juga pembangunan Pulau Wan Man. Nama Khairy dan Patrick Lim tidak berpisah dari dua projek itu
Ramai yang melihat Patrick Lim duduk di baris hadapan. Seolah-olah menjadi pengurus kepada kedua-dua projek tersebut.
Namun seperti yang di tulis didalam Loony Malaysia Today (Kemudian diulang dalam Angin Perubahan (Piala) Monsun) Patrick Lim hanya satu petak dari cantuman petak-petak yang membentuk rangkaian. Umpama sarang lelabah.
Bosnya duduk belakang, nun jauh di Putra Jaya. Patrick Lim duduk dihadapan kerana dia orang ‘business’, jadi pergerakannya adalah business. Kalau Khairy atau Wan Hisham didepan, maka ia tampak seperti projek kerajaan, tak ada wajah business.
Kalau tidak ada wajah business bagaiman rakyat dapat diyakinkan (dibodohkan) bahawa projek bilionan ringgit Pulau Duyong dan Pulau Wan Man adalah benar-benar projek perniagaan yang tulin. “Semuanya ditukar, tidak ikut spesifikasi. Sejak dari projek-projek Pulau Duyong lagi, wajah atas pelan tidak sama atas apa yang berlaku atas tanah,” ujar seorang kontraktor “Pusat Konvensyen di TTI yang besar, yang nampak hebat itu, ada tiga jenis bata yang digunakan, ”mula-mula bata biasa, kemudian bata simen, akhirnya bata ringan, ”Bata (batu blok) yang digunakan untuk buat rumah PPRT.” Ujar kontraktor itu lagi.
Yang berkumpul disitu termasuk pegawai Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT), badan yang menjadi ‘Wok Yeh’ atau ‘Pak Sanggup’ dalam rangkaian konspirasi Pak Lah, Patrick Lim, Wan Hisham dan Idris Jusoh. “Macamana tak tukar spect (spesifikasi), duit dah tak ada” ujar pegawai berkenaan. “Eh… kan dah masuk payment?” Tanya kontraktor seorang lagi. “Memang dah masuk, awal-awal lagi Khairy dah sapu RM 70 juta”, kata pegawai tersebut. Semua yang ada menggeleng kepala. Bab 4
Oh… begitu. Sebab itulah dia boleh tinggalkan jawatanTimbalan Ketua Setiausaha Sulit di Jabatan Perdana Menteri.
Jawatan disitu menjadi penghalang baginya.
Macamana dia nak gerakkan pemuda, kalau asyik duduk di tingkat 4 Jabatan Perdana Menteri. Hisham terlalu sibuk dengan Kementerian Pelajaran.
Kes bahasa pengantar bagi matapelajaran Sains dan Matematik pun tak pernah selesai, macaman Hisham nak mencorakkan pemikiran pemuda sekarang. Pemuda sekarang pulak lain dari zaman Hisham dulu.
Sekarang zaman generasi X, generasi ICT, semuanya ada dalam pemuda UMNO. Mat Rempit ada, Mat Gian ada, Mat Bapok ada, Mat Pondan ada, Mat Gay ada. Artis ada, pelakun ada, pelawa(o)k pun ada ! Bab 5 Jadi persoalan bagaimana Khairy boleh membeli sebuah helikopter sudah ada jawapan. Jawapan kepada persoalan mana perginya RM 150 juta lagi, dari keseluruhan RM 300 juta perbelanjaan yang diisytiharkan bagi pembangunan TTI dan Pulau Wan Man, pun sudah ada!
Kenapa, Tak percaya ???? Catatan hujung :
Khairy dilaporkan menggunakan sepenuhnya helikopter untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat semasa kempen PRU 12 di Rembau.
”The Kelantan police are in a dilemma. Menteris Besar and Chief Ministers need to be escorted by a retinue of police outriders and bodyguards. Even Khairy Jamaluddin is flying around in a helicopter while campaigning in Rembau. And Khairy is just the son-in-law of the Prime Minister and holds no government post. But still he is surrounded by 50 Mat Rempit who will not allow anyone close lest their boss gets in harm's way. Nik Aziz, however, refuses a police escort because it will be the rakyat that pays for it. At times, he walks around the kampong all alone, unescorted.” - http://malaysia-todays.blogspot.com/2008_03_02_archive.html
Sebab itu kita lihat sekejap statementnya keluar di Kelantan, kemudian tiba-tiba tak berapa jam kemudian dia keluarkan kenyataan lain di Rembau atau ditempat-tempat lain semasa PRU 12 ! |
0 comments:
Post a Comment