+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, April 16, 2008

Harga besi meningkat, projek RMK-9 terjejas

Utusan Online

KUALA LUMPUR 15 April - Projek pembinaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) akan terjejas jika harga besi keluli yang kian meningkat tidak diatasi segera oleh kerajaan.

Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Senator Datuk Roslan Awang Chik berkata, kerajaan harus segera mengambil tindakan mengharamkan eksport besi dan membenarkan import bahan itu menerusi pasaran terbuka sekiranya bekalan berkurang.

"Pihak kontraktor hari ini terpaksa menanggung kos tambahan antara RM900 sehingga RM1,000 setiap tan daripada harga kawalan kerajaan iaitu RM2,225 hingga RM2,419 untuk mendapat bekalan besi keluli", katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Roslan, kenaikan itu menyebabkan banyak kontraktor mengalami kesulitan dalam menyiapkan projek-projek terutama yang ditawarkan oleh kerajaan di bawah RMK-9.

"Ketidakmampuan membayar harga yang terlalu tinggi untuk besi dapat mengakibatkan tindakan penamatan kontrak oleh kerajaan," tambahnya.

Kenaikan itu, menurut beliau disebabkan oleh kekurangan bahan mentah yang di pasaran dan sikap sebahagian pengeluar yang ingin meraih keuntungan berlebihan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Ng Sieng Liong mendesak pihak berkuasa dan Persatuan Industri Besi Keluli Malaysia (MISIF) menyiasat dan menjelaskan tentang perbezaan harga besi dari China yang 30 peratus lebih murah daripada harga bahan binan itu di pasaran tempatan.

"Kita perlu tahu dengan jelas kenapa perbezaan harga tersebut boleh terjadi.

"Untuk sementara ini, kami meminta supaya kerajaan membenarkan import besi dari luar negara dan mengharamkan eksportnya bagi menyeimbangkan harga pasaran bahan binaan itu," katanya.

2 comments:

ray said...

ini akan menyebabkan ramai pemilik besi buruk menghadapi kesukaran and kerugian.
perniagaan besi buruk akan terjejas
dan boleh menyebabkan ramai lagi pengangur

ray said...

kerana keturunan harga besi
pemilik besi buruk mangalami kesukaran dan kerugian.
pemilik besi buruk yang membeli dengan harga tingi (menyimpan stok) tidak dapat jual sekarang
akan kerugian berpuluh ribu.
bila harga besi akan stabil

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |