Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sejak seminggu kebelakangan ini, kita dapat dengarkan berita kenaikan harga barang semakin menjadi-jadi selepas PRU-12 ini. Bermula dengan kenaikan harga mi , selepas itu naik pula harga beras dan yang terbaru kenaikan harga besi keluli seolah-olah rakyat menyambut kemenangan BN ini dengan pesta kenaikan harga barang secara besar-besaran. Walaupun pada realitinya harga barang keperluan ini memang sudah naik tanpa ada berita dari media kerajaan. Rakyat sendiri merasakan kesan kenaikan harga barang secara senyap-senyap ini ditambah lagi dengan kenaikan yang diumumkan oleh media. Memang betullah kalau ada pihak melabelkan BN ini sebagai "Barang Naik". Sebab apa perkara ini boleh terjadi dengan berleluasa?? Adakah sebab ianya kesan daripada peningkatan harga barangan ini di peringkat global menyebabkan kerajaan tidak boleh melakukan sesuatu untuk rakyat??Ataupun, kerajaan Pak Lah belum bersedia untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat?? Tak boleh nak kawal ke Pak Lah ???
Kira-kira sebulan lepas, Persatuan pengilang-pengilang Tepung Malaysia mengumumkan kenaikan harga tepung gandum berprotein tinggi dan sederhana disebabkan kenaikan harga tepung gandum dunia. Rentetan daripada kenaikan yang tidak boleh dikawal oleh kerajaan ini, maka harga makanan yang berasaskan tepung gandum juga akan meningkat. Apa kesannya kepada rakyat??rakyat yang bekerja sebagai peniaga bagaimana kesannya???juga kepada rakyat yang umumnya sebagai pengguna???Pak Lah fikirla sendiri dengan kabinet Pak Lah tu. Jangan ada sampai keluarkan kenyataan, rakyat perlu belanja berhemah. Tau tak wahai pemimpin BN, kami rakyat sudah sampai tahap terlebih berhemah. Belum sempat kami nak sesuaikan hidup dengan kesan kenaikan harga minyak yang Pak Lah umumkan naik pula bayaran tol. Kami berhemah lagi. Dari menaiki kereta kami naik motor. Sebab nak sahut saranan pemimpin yang kononnya membela nasib rakyat nilah, kami sanggup berbelanja berhemah, tukar gaya hidup. Sekarang???Semua benda naik. Apa Pak Lah nak kata???Apa Najib nak cakap???Nak suruh ubah gaya hidup lagi ke???Ubah camna lagi Dato'??? Kami rakyat marhain merasa semakin terhimpit.
Bila rakyat bersuara sikit, kerajaan pun memberikan reaksi seperti melepaskan batuk di tangga. "kami akan pantau harga barangan supaya tidak dinaikkan...." Ayat biasa yang kita dengar daripada kerajaan. Pantau apa???pantau je buat apa kalu tak boleh kawal??? Bila kerajaan pantau, maka terjadilah barang tak cukup dipasaran. Kenapa tak cukup???sebab kerajaan pantaulah. Ingat krisis gula??krisis minyak masak....??walaupun kita pengeluar terbesar kelapa sawit...Bagaimana boleh terjadi semua ini??Mungkin kami sebagai rakyat yang berfikiran lurus ini tidak nampak apa yang dimainkan oleh kerajaan. Tapi, kami dapat hidu ketidaktelusan kerajaan Pak Lah dalam membendung kenaikan harga barang ini.
Sebenarnya banyak lagi yang saya nak coretkan di sini tentang kegagalan Pak Lah menangani masalah kenaikan harga barang yang semakin berkemuncak ini. Pak Lah hanya memikirkan untuk mempertahankan kuasa yang semakin rapuh. Pak Lah pernah berkata bahawa rakyat masih lagi memerlukannya mentadbir negara. Dah tu???Pi la buat kerja. Jangan duk pikiaq nak pertahan jawatan, serah jawatan, pasal babi, pasal benda-benda lain yang remeh-temeh tu. Sekarang masa untuk Pak Lah bangkit dari tidur. Bekerja lah untuk rakyat. Tunaikan manifesto BN yang Pak Lah laung-laungkan di seluruh ceruk rantau, di segenap media kerajaan...Selamat, aman dan makmur. Jadikan ianya realiti sebelum Pak Lah ditunjuk jalan keluar oleh kuasa rakyat jelata. Ingat Pak Lah!!!!Bukan semua rakyat boleh diperbodohkan.
-----------------------------------------------------
catatan orangkita : 17 April 2008, 1.00 am
http://sangpemantau.blogspot.com/
-----------------------------------------------------
Thursday, April 17, 2008
Kenaikan harga barang...Pak Lah masih tidur ke???
Posted by
Sang Pemantau
at
12:10 AM
Labels: barang naik, catatan orangkita, Pak Lah undur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment