Tranungkite
Posted on Wednesday, April 16 @ 15:37:06 MYT by greenboc
Oleh Bukit_Panau
"
Saya baru menerima email daripada seorang kawan lama, mengenai Lim Guan Eng yang ingin menjadikan Khalifah Umar Abd Aziz. Seorang tokoh dan pemimpin islam yang hebat dan sememangnya patut dicontohi oleh orang islam dan bukan islam melalui keperibadian yang begitu mulia.Saya tertarik dengan petikan yang mengatakan Lim Guan Eng ingin memeluk Islam setelah bapanya mati dahulu.
Antara petikan tersebut ialah ; Baru-baru ini Lim Guan Eng (Ketua Menteri Penang) turun dan bertemu rakyat. Dalam ucapannya, dia kata dia nak jadi macam Khalifah Umar Abdul Aziz. Seorang AJK Dewan Ulama' yang turut hadir berkata (dalam hati), "Paklong ni dia hanya pandai sebut Umar Abd Aziz. Dia bukan tau siapa dia Umar sebenarnya. Dia pakai sebut ja kot..."
" Untuk pengetahuan, Guan Eng tak duduk rumah rasmi Ketua Menteri dan dia tak ada rumah sendiri. Dia menumpang di rumah bapanya. Bila Mohd Sabu tanya kenapa tak duduk di rumah rasmi, dia kata, untuk masuk rumah tu, ia perlu di renovate. Kosnya sekitar RM 300,000.00. Saya tak rela duit rakyat dibazirkan untuk kediaman seorang ketua menteri.... Balik semula kpd kisah tadi...
Dalam sessi soal jawab, ada seorang hadirin tanya: Mana tuan tahu kisah Umar Abd Aziz ni. Orang Islampun ramai yang tak tahu.... Guan Eng jawab, dulu semasa saya di penjara, antara orang yang kerap mengunjungi saya ialah Dato' Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS). Dan dialah yang membekalkan kepada saya buku2 berkaitan Islam, termasuk satu buku tentang Umar Abd Aziz. Bermula dari situ saya kenal tokoh yang hebat ini.....
Bagaimana kita orang Islam?.... Dalam pertemuan yang lain, Mohd Sabu kata, "Awak boleh jadi macam Umar Abd Aziz, tapi awak ada satu kekurangan. Umar beragama Islam. awak masih belum Islam." Guan Eng jawab, "Tunggu ayah saya meninggal dunia dulu...." Kesahihan atau tidak cerita ini, sekiranya Ya, Ikhlas atau tidak; itu tidaklah perlu dipersoalkan kerana apa yang yang perlu difikirkan oleh umat Islam hari ini. Adakah umat Islam saat ini Khususnya Melayu Dan UMNO, Adakah mereka ini menunjukkan contoh dan keperibadian yang baik menepati saranan Agama Islam dan pemimpin Islam terdahulu, bukan saja mereka tidak mampu menarik golongan bukan Islam malah menunjukkan contoh yang amat buruk kepada rakyat Islam di negara ini hatta di dunia sekalipun.
Pimpinan Pas menunjukkan contoh yang signifikan sekali, terutama di Kelantan. Masyarakat bukan Islam bukan sahaja menghormati pimpinan Ulama, malah mengagumi cara hidup orang Islam, amalan seharian sehinggakan mereka pandai mengucapkan Kalimah-kalimah tauhid, membaca Al-fatihah dan sebagainya.
Ramai juga telah pun memeluk agama Islam, ada yang mengamalkan cara hidup Islam walaupun belum mendapat hidayah yakni belum memeluk Islam. Ada juga yang menggantikan nama asal mereka kepada nama melayu seperti Quek Aik See kepada Hussin, Tan Hoo Luang kepada Maryam dan sebagainya, mengambarkan mereka suka dengan cara masyarakat melayu.
Pas sentiasa berdakwah dan menerangkan Islam adalah untuk semua kaum, usah lagi kita bermain dengan sentimen perkauman, apa hebat sangat dengan bangsa melayu, yang nampaknya semakin me layu. UMNO sahajakah yang memperjuang bangsa melayu? Betul ke? Atau UMNO yang menghancurkan bangsa melayu?
Fikirkanlah wahai Pemimpin UMNO, janganlah lagi bermain dengan api, bermuhasabah lah diri, dekatlah kepada ALLAH, tirulah PAS, sentiasa melakukan solat hajat, kekadang kekalahan itu adalah mesej penting dari ALLAH supaya sentiasa mengingatinya, JANGAN LALAI, JANGAN SOMBONG, JANGAN ANGKUH, JANGAN RASUAH, JANGAN, JANGAN DAN JANGAN. TAKBIR
Thursday, April 17, 2008
Jadikan PAS sebagai Rujukan, UMNO Perosak Agama
Posted by
Sang Pemantau
at
10:22 AM
Tak semena2, Guan Eng meneruskan ucapannya dan sepanjang ucapan itu dia hanya bercerita kisah kehebatan Umar Abd Aziz. Umar tak ambil duit rakyat. Umar pulang balik peruntukan kerajaan kepada dia. Umar padam lampu kerajaan kerana anak dia datang nak tanya urusan peribadi dan berbagai2 lagi. Dan Guan Eng kata, sejak sekian lama, Umar Abd Aziz menjadi idolanya. Dan dia berazam nak jadi pemimpin macam Umar. "Kini saya sudah jadi Ketua Menteri dan saya berazam akan mengotakan janji saya untuk menjadi Umar Abd Aziz.
" Labels: KM PPinang, minda rakyat, tranungkite
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment