KLpos
| | |
Oleh Agendadaily |
Khamis, 17 April 2008
|
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menolak andaian kerajaan akan ditumbangkan dalam waktu terdekat ekoran ‘perang saraf’ yang dijalankan oleh pihak pembangkang yang kononnya ada kalangan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan melompat parti. Katanya, sehingga kini tidak ada bukti atau petanda perkara berkenaan akan berlaku.
“Ini adalah permainan perang saraf mereka tetapi kita tidak mengambil mudah mengenai perkara ini, kita tidak akan ditumbangkan, saya tidak percaya itu akan berlaku,” jelasnya kepada para pemberita ketika ditanya mengenai dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang begitu yakin kerajaan BN akan ditumbangkan kerana ada ahli-ahli Parlimen BN yang akan menyertai mereka tidak lama lagi.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengetuai Jawatankuasa Pengurusan UMNO mengadakan pertemuan dengan UMNO Selangor di Subang Jaya petang Rabu.
Ditanya adakah kerajaan akan mengadakan pilihan raya mengejut jika keadaan tersebut berlaku Najib dengan pantas berkata, perkara itu tidak timbul.
Menjawab soalan tentang Anwar begitu yakin dengan kenyataanya, Najib berkata, itu adalah kenyataan politik.
“Itu kenyataan politik…awak tidak boleh menyalahkannya dengan membuat kenyataan itu,” ujarnya. |
0 comments:
Post a Comment