+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, April 17, 2008

Mohamad Sabu, 9 PAS ditangkap

Malaysiakini

Apr 16, 08 8:45pm

Naib presiden PAS Mohamad Sabu dan sembilan penyokong parti itu ditahan polis selama dua jam di mahkamah selepas dilepaskan daripada tuduhan menghalang tugas polis.

bersih memo to suhakam 130907 mat sabuSemua mereka yang ditangkap mula jam 1 tengah hari dituduh semula atas dakwaan yang sama, lapor laman web Star Online hari ini.

Mohamad dituduh menghalang Supt Mohd Nasir Salleh menangkapnya di plaza tol Bukit Tambun pada 7.45 malam 9 Disember lalu, manakala sembilan lagi menyekat anggota-anggota polis daripada membawa tokoh pembangkang itu ke balai.

Mereka didakwa bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman penjara maksiumum tiga bulan, atau denda atau kedua-duanya.

Menurut laporan itu lagi, penyokong-penyokong PAS didakwa: Zamarul Aini Abdul Malek, Zairul Azrun Zainal Abidin, Abd Rahim Mat Ariff, Md Lazim Osman, Mohd Biyamin Ishak, (semuanya dari Perak), Faudzi Saharat (Pulau Pinang) dan Abdul Razak Ramli, Mohd Subri Mohd Said, dan Mohamad Salleh (Kedah).

Mohamad dibebaskan selepas ikat jamin RM3,000 di mahkamah majistret Jawi, Seberang Prai selatan petang tadi. Manakala para penyokongnya dibenarkan ikat jamin RM2,500 setiap seorang.

Menurut Harakahdaily.net pula, kesemua tertuduh diikat jamin oleh bendahari PAS negeri Khalid Man kecuali Mohamad yang dijamin oleh Hasbullah Shafiee.

Pendakwaan terhadap mereka dilakukan semula kerana terdapat kekurangan bukti di pihak pendakwa dalam kes pertama.

Menurut Faudzi, menurut laporan itu lagi, mereka terpaksa berehat seketika dalam lokap polis sementara menanti penjamin tiba.

Majistret Mohd Izham Ali menetapkan tarikh perbicaraan pada 8 Jun.

Peguam-peguam beka tertuduh: Mohamed Hanipa Maidin, Asmawi Alwi, Aminuddin Zulkifli, Yusnita Mohd Yusuf dan Damina Khaira Darsyan Singh.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |