Tan Sri Muhiddin Yassin kelihatan relaks saja semasa berbual dengan beberapa orang pemimpin UMNO Selangor depan dewan Hotel Sheraton, Subang Jaya semasa menunggu ketibaan Datuk Seri Najib Tun Razak petang Rabu. Dari tempat Muhiddin berdiri tidak jauh di luar kelihatan beberapa sepanduk bertulis mahukan peralihan kepimpinan kepada Najib dan beliau.
Timbalan Perdana Menteri bersama-sama ahli jawatankuasa Pengurusan UMNO Malaysia lainnya mengadakan pertemuan tertutup dengan para pemimpin UMNO Selangor untuk berdailog mengenai hal-hal parti dan keputuan pilihanraya umum 8 Mac.
Kelihatan berdiri bersama-sama sepanduk-sepanduk itu ialah beberapa orang pengendali laman web mykmu.net yang diketahui umum penyokong kuat Tun Dr Mahathir Mohammad dan Datuk Mukhriz Mahathir.
“Saya tak tahu apa-apa pasal tu,”kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu merujuk kepada sepanduk-sepanduk itu sewaktu Agendadaily menyapa dan bertanya beliau mengenainya.
Sejurus selesai sidang akhbar yang diberikan oleh Najib diakhir pertemuan dengan para pemimpin UMNO Selangor, Agendadaily menemui beliau semula untuk mendapat reaksinya mengenai pandangan sesetengah pihak bahawa kenyataan-kenyataannya mengenai peralihan pimpinan kebelakangan ini bunyinya agak ‘ lain macam’ .
Ini diperkuatkan lagi dengan interbiunya di Mingguan
Muhyiddin yang dikenali sebagai salah seorang ahli politik yang cool dalam serba serbi keadaan bersungguh-sungguh menjelaskan beliau tidak ada sebarang motif politik yang tersirat disebalik kenyataan-kenyataan panas itu.
Katanya, “saya cuma menyatakan sesuatu yang saya rasa penting kerana saya melihat pada senario politik, sentimen rakyat,isyarat-isyarat yang jelas…kita tak boleh pandangan ringan.Saya nak bagitau supaya mereka ini semua sedar dalam keadaan yang sangat meruncing apa cara nak bangkitkan kesedaran...jadi saya terpaksa berkata yang benar.
“Niat saya ikhlas bukan tujuan saya nak bertanding lawan (jawatan) Presiden Pak Lah..bertanding lawan Datuk Seri Najib…itu bukan niat saya…niat saya ialah untuk menjelaskan sesuatu yang penting ..ini soal kritikal...ini mustahak.
“Ini bukan soal main-main …ini soal amat serius...kita berada dalam zon bahaya... when it come to crisis …masa krisis perlembagaan…saya ke depan ,saya hadapi krisis perpecahan UMNO 1998, mengadakan perhimpunan UMNO Johor…saya di depan. “Saya lihat keadaan kritikal…saya tidak mahu orang Melayu tidak terjerumus masuk gaung sampai tak bangun lagi...saya perlu bercakap ...setidak-tidaknya saya sudah lepas tanggongjawb saya.- 16/4/2008
0 comments:
Post a Comment