+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, April 17, 2008

MB sangkal dakwaan Ketua Polis Kuala Lumpur

Sinar Harian

SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyangkal dakwaan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Sabtu Osman bahawa beliau tidak menyatakan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berucap dalam perhimpunan ‘Black 14’ malam kelmarin.

“Majlis itu bukan sekadar makan malam, tetapi ia merupakan satu perjumpaan. Memang kebiasaannya, setiap perjumpaan itu pasti ada sesi ucapan. Saya sendiri pun turut memberikan ucapan dalam majlis tersebut,” katanya pada sidang media Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini, semalam.

Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur mengenai perhimpunan ‘Black 14’ yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baharu, malam kelmarin.

Dalam perhimpunan itu, Anwar terpaksa memberhentikan ucapannya kerana mendapat arahan daripada pihak polis.

Menurut Abdul Khalid, penganjur tidak perlu mendapatkan permit untuk menganjurkan perjumpaan tersebut kerana diadakan di tempat tertutup.

“Perjumpaan di dalam kawasan tertutup atau persendirian tidak perlu mendapatkan permit daripada pihak polis. Tambahan pula, sebagai Presiden Kelab Sultan Sulaiman, saya telah membenarkan perjumpaan tersebut didakan di situ. Sebelum itu, saya juga telah menulis surat kebenaran daripada pihak polis untuk memberitahu tentang majlis tersebut,” ujarnya.

Abdul Khalid Ibrahim (kiri) menerima gambar yang dihadiahkan kepada beliau sempena lawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |