+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, April 17, 2008

MB Selangor putar belitkan kenyataan, dakwa Ketua Polis KL

Mstar Online

16-04-2008 05:08:53 PM

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman mendakwa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah memutar belitkan fakta apabila menyatakan bahawa nama penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk dalam senarai awal yang diserahkan kepada polis.

Muhammad Sabtu berkata nama Anwar hanya tersenarai sebagai antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut tetapi tidak sebagai tetamu yang akan berucap pada perhimpunan "Black 14" di Kelab Sultan Sulaiman (KSs) Kampung Baru, Kuala Lumpur, Isnin lepas.

"Surat yang diberikan kepada polis kirakira seminggu sebelum majlis itu berlangsung, nama Anwar hanya ditulis sebagai antara tetamu yang hadir dan bukan sebagai penceramah. Kenyataan beliau itu hanyalah pembohongan sematamata," katanya kepada pemberita selepas majlis perbarisan Kor Kadet Polis ke38, di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Abdul Khalid dalam kenyataannya semalam berkata beliau telah menyenaraikan nama Anwar dan isterinya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, dalam suratnya itu, sebagai antara pemimpin yang akan berucap pada malam berkenaan.

Muhammad Sabtu yang menyangkal dakwaan Abdul Khalid itu berkata, hanya nama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Abdul Khalid dan Timbalan Pengerusi KSS Datuk Mokhtar Ahmad saja yang tersenarai akan berucap.

Azmin, Abdul Khalid, Wan Azizah dan pegawai khas Menteri Besar Selangor Yahya Shahri sepatutnya hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam untuk memberikan keterangan berhubung majlis itu.

"Pemimpin PKR itu tidak sepatutnya menghantar surat melalui peguam masingmasing menggunakan faks meminta polis datang ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor untuk diambil keterangan mereka," tegas Muhammad Sabtu.

Memandangkan mereka gagal untuk menghadirkan diri, maka polis kini mahu mereka hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini untuk diambil keterangan.
"Kita (polis) bagi tempoh hari ini untuk mereka beri keterangan di IPK Selangor.

Jika mereka gagal berbuat demikian, kita akan sabitkan mereka di bawah Seksyen 111 (2) Kanun Prosedur Jenayah (KPJ)," tegas Muhammad Sabtu.

Beliau berkata melalui seksyen itu, waran kehadiran akan dikeluarkan melalui perintah mahkamah untuk mereka menghadirkan diri di mahkamah bagi diambil keterangan dalam usaha membantu siasatan polis berhubung perkara itu.

Pada majlis "Black 14" itu, polis hanya memberi kebenaran kepada penganjur (PKR) untuk mengadakan majlis jamuan malam tetapi majlis tersebut bertukar kepada satu perhimpunan tanpa permit yang dihadiri hampir 10,000 penyokong parti berkenaan.
BERNAMA

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |