Malaysiakini |
Apr 16, 08 4:48pm |
Kementerian Dalam Negeri mengharamkan akhbar popular Makkal Osai selepas memberikan liputan muka depan perhimpunan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin. Hari ini (foto bawah), akhbar berbahasa Tamil tersebut turut memuatkan liputan siasatan polis terhadap presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua lagi pemimpin kanannya susulan perhimpunan itu. Sebelum ini ia memuatkan artikel-artikel panjang tentang parti itu, termasuk bekas timbalan perdana menteri itu, dan gerakan pembangkang. Akhbar harian berpengaruh itu menghadapi masalah memperbaharui permit sejak Oktober tahun lepas. Ia bagaimanapun terus beroperasi dengan harapan permit penerbitan tahunannya akan diperbaharui selepas pilihanraya umum 8 Mac, seperti nasib sebuah harian berbahasa Cina, Oriental Daily. Pengurus besar Makkal Osai S M Periasamy mengesahkan kementerian telah mengeluarkan surat hari ini yang menyebut permohonannya "tidak akan dipertimbangkan." Surat itu tidak menyatakan sebarang sebab pengharaman tersebut. |
Thursday, April 17, 2008
Akhbar 'suara rakyat' diharamkan
Posted by
Sang Pemantau
at
9:20 AM
Labels: malaysiakini, media bebas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment