+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, April 17, 2008

Harga roti Gardenia naik 10 peratus

KUALA LUMPUR 16 April - Harga roti, kek snek, ban dan rol jenama Gardenia naik antara 10 hingga 40 sen berkuat kuasa hari ini.

Pengurus Besar Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., Koh Chin Huat berkata, kenaikan harga produk syarikat itu tidak dapat dielakkan dan perlu dilakukan bagi memastikan syarikat terus beroperasi.

Menurutnya, harga tepung gandum berprotein tinggi telah meningkat daripada RM1,385 satu tan metrik pada Ogos tahun lalu kepada RM2,685 satu tan metrik ketika ini.

''Selain daripada tepung, kos lemak sayuran atau lemak doh juga telah meningkat sebanyak 92 peratus, iaitu RM2.29 sekilogram pada bulan Ogos 2007 kepada RM4.40 sekilogram sekarang,'' katanya dalam satu pekeliling yang dikeluarkan syarikat itu kepada para peruncit baru-baru ini.

Roti Breakthru MultiWholegrain Fibremail merupakan yang paling tinggi naik iaitu hampir 10 peratus, daripada RM4.10 kepada RM4.50.

Ini diikuti peningkatan sebanyak 30 sen bagi roti Summerset Cottage Wholegrain Fibremail, Toast'em Raisin Oatmeal, Toast'em Apricot Raisin Wheatgerm dan Frankfurter Rolls.

Sementara itu, lima jenis kek snek meningkat sebanyak 10 sen.

Kek snek tersebut ialah Quick Bites Double Chocolate, Quick Bites Banana, Quick Bites Muffin, Twiggies - Cream Dream dan Twiggies - Choc A Lot.

Ban Squiggles Choco Malto dan Squiggles Funky Strawberry turut melonjak 10 sen.

Chin Huat yang menandatangani pekeliling bertarikh 8 April itu memberitahu, kos pengeluaran produk Gardenia telah meningkat secara mendadak walaupun semua pendekatan dan usaha meningkatkan produktiviti dan kecekapan dibuat.

Sehubungan itu, beliau berharap peruncit dan pembeli produk Gardenia memahami situasi sebenar yang dihadapi syarikatnya.

Pada November tahun lalu Gardenia telah menaikkan harga roti sandwich putih sebanyak 20 sen daripada RM1.90 kepada RM2.10.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |