Tranungkite
Posted on Tuesday, April 15 @ 20:44:59 MYT by alghaib
Oleh : PakLang
Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan selama 6 hari di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.
Beliau keluar meninggalkan HSNZ jam 5.30 petang tadi.Beliau kelihatan sihat sepenuhnya dan sangat ceria ketika ditolak dengan menggunakan kerusi roda.
Beliau dimasukan ke hospital pada 10 April 2008 yang lalu,Tuan Guru Abdul Hadi menyedari kesihatannya terganggu ketika bangun untuk bersahur jam 5.00 pagi hari tersebut dan dibawa ke HSNZ oleh ahli keluarga pada jam 7.30 pagi.Beliau diserang stoke ringan .
Sebelum itu beliau telah menerima kunjungan Tengku Seri Paduka Raja, iaitu bapa saudara kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Selepas itu beliau juga telah diziarahi oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan YB Hajjah Wan Ubaidah Wan Omar dan ADUN Tanjung Mas YB Ruhani Ibrahim
Selepas itu beliau di benarkan keluar dari Wad untuk pulang ke rumah.
Wednesday, April 16, 2008
Tuan Guru Presiden di benarkan Pulang
Posted by
Sang Pemantau
at
10:33 AM
Labels: PAS, TGHA, tranungkite
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment