+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, April 16, 2008

Buka unit pendidikan Cina pada semua

Malaysiakini

Apr 16, 08 4:26pm

Cadangan penubuhan sebuah unit penyelaras hal ehwal pendidikan Cina antara kementerian pelajaran dan Dong Jiao Zong (DJZ) harus diperluaskan meliputi bahasa ibunda yang lain, kata ahli parlimen Klang, Charles Santiaga.

charles santiagoSambil mengalu-alukan penubuhan unit tersebut, Charles berkata ia harus dibuka kepada penyertaan semua badan bukan kerajaan (NGO) pendidikan bahasa ibunda, termasuk Yayasan Tamil dan wakil-wakil masyarakat yang lain.

Isnin lalu, akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau melaporkan pengumuman DJZ bahawa Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Wee Ka Siong akan menubuhkan unit penyelaras tersebut bersama badan gerakan pendidikan Malaysia itu.

"Ia menjadi tanggungjawab timbalan menteri pelajaran untuk mendapatkan pandangan semua anggota masyarakat yang telah dipinggirkan oleh dasar pendidikan," kata Charles dalam satu kenyataan hari ini.

"Mekanisme rundingan ini adalah penting dan harus digubal undang-undang untuk mengukuhkan kedudukannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, banyak masalah yang dihadapi oeh sekolah Cina dan Tamil adalah akibat kurangnya rundingan yang berkesan sehingga menimbulkan salahfaham, malah bantahan.

Tambah SJK

"Kementerian Pelajaran telah mengambil satu pendekatan yang baik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sekolah jenis kebangsaan melalui perbincangan dan permuafakatan, dan bukannya membuat keputusan sebelah pihak," katanya.

Di samping itu, beliau menggesa kementerian pelajaran supaya mengawalselia mekanisme rundingan tersebut yang beliau percaya terletak dalam bidangkuasa kementerian tersebut.

"Unit penyelarasan yang dicadangkan itu janganlah terlalu tertumpu kepada hal-hal pengurusan konflik dan campurtangan.

"Tugas utamanya ialah untuk membina jumlah sekolah jenis kebangsaan yang mencukupi, menyediakan peruntukan yang cukup, menghapuskan diskriminasi dalam pemberian bantuan subsidi - penuh ataupun separuh penuh - mengkaji semula dasar pengajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris, dan membuka semula SRJK (C) Damansara," katanya.

machap chinese school hall 040407 hallCharles berkata, penyertaan masyarakat adalah amat penting seperti masyarakat Cina di Johor Bahru, Kulai dan Lembah Klang.

"Menurut laporan DJZ, garispanduan perancangan sekolah yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menunjukkan bahawa Lembah Klang kekurangan 98 sekolah rendah Cina.

Pakatan Rakyat

"Di Klang sahaja, tujuh sekolah rendah Cina dan sekurang-kurangnya dua sekolah Tamil perlu dibina untuk menampung jumah pelajar yang semakin bertambah," katanya.

Sebagai ahli parlimen Klang, Charles sedia turut sama dalam unit penyelarasan tersebut sebagai wakil dari Klang.

Menurutnya, ciri-ciri kepelbagaian kaum dan budaya merupakan satu aset terpenting Malaysia.

"Kerajaan mesti menghargai legasi tersebut dengan mempromosikan kepelbagaian budaya," katanya.

Menurutnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu mengambil iktibar daripada keputusan pilihanraya umum ke-12 di mana rakyat menerima kerajaan alternatif yang memperjuangkan masyarakat majmuk, kebebasan dan keterbukaan seperti yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat.

"Kerajaan Barisan Nasional perlu mengubah dasar-dasarnya dengan merombak semula dasar pendidikan dan mengamalkan kepelbagaian budaya untuk kebaikan masa depan negara," katanya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |