+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, April 16, 2008

Anwar tak gelojoh jadi Ahli Parlimen

Sinar Harian

Kampung Baru - Walaupun halangan untuk bertanding dalam pilihan raya tamat semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu penyokongnya beliau tidak tergesa-gesa untuk menjadi Ahli Parlimen.

“Saya sanggup menunggu hingga pilihan raya akan datang," kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu ketika berucap pada perhimpunan 'Black 14' di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baharu di sini, malam tadi.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang telah membuat pilihan tepat pada pilihan raya bulan lalu dengan menolak Barisan Nasional.

"Kita akan membuat sejarah baru buat Malaysia," katanya dengan merujuk kejayaan Pakatan Rakyat menawan lima buah negeri pada pilihan raya umum lalu.

Perhimpunan yang dihadiri oleh ribuan penyokong Anwar diadakan sebagai memperingati tamat tempoh halangan bekas Timbalan Perdana Menteri untuk berpolitik yang dikuatkuasakan sejak lima tahun lalu.

Beliau memberitahu hadirin tempoh halangan berpolitik yang dilaluinya adalah detik-detik yang amat menyedihkan dalam hidupnya, dan hari ini adalah hari bersejarah buatnya.

Turut hadir pada perhimpunan tersebut ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pada ucapannya yang diselang seli dengan teriakan 'reformasi' dari hadirin itu, Anwar mengajak seluruh rakyat supaya membantu dalam membongkar salah laku pemimpin.

"Kita perlu sama-sama memerangi rasuah dan menghentikan salah lagu di kalangan pemimpin," tegas beliau.

Pemimpin reformasi itu mengulangi azamnya untuk memerangi sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin.

Ketika Anwar sedang hangat berucap pihak polis menghampiri beliau dan meminta supaya majlis ditamatkan tepat jam 10.30 malam.

Hadirin yang mengetahui arahan polis itu telah menyatakan rasa tidak puas hati dengan menjeritkan 'reformasi', tetapi Anwar mematuhi arahan tersebut dengan menamatkan ucapannya.

Beliau malah mengucapkan terima kasih kepada pihak polis atas kerjasama mengawal perhimpunan malam tadi, dan berjanji akan menaikkan elaun polis sekiranya Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah negara.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |