+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, May 12, 2008

Khairy Takut Beri Laluan, Dewan Rakyat Kecoh 25 minit

Suara Keadilan

Isnin, 12 Mei 2008

Parlimen, 12 Mei (SK) – Dewan Rakyat hari ini kecoh selama hampir 25 minit apabila Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang telah mengasak dan menyerang pihak Pakatan Rakyat dalam ucapan perbahasannya bertindak enggan memberi laluan kepada Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat untuk mencelah bagi menyoal dan meminta penjelasan.

Dalam ucapan tersebut, menantu kepada Perdana Menteri itu telah diberi masa selama 30 minit dan dalam ucapan tersebut beliau telah mengasak dan menyerang pemimpin serta parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Ini termasuklah tindakan beliau yang menuduh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan dakwaan bahawa tindakan pemimpin tersebut tidak menaikkan minyak disebabkan harga dunia bagi bahan mentah tersebut berada di paras yang rendah ketika itu. Khairy juga turut menuduh betapa tokoh politik tersebut adalah punca kepada kegagalan negara ketika menghadapi krisis kewangan 1997.

Tuduhan Khairy ini telah menyebabkan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bangun untuk mencelah namun tidak diberikan peluang untuk meminta penjelasan dalam sesi perbahasan tersebut. Berikutan daripada tindakan tersebut beberapa suara kedengaran yang menyahut ‘Takut ke?’. Namun pemimpin tersebut mencabar untuk berdebat di luar dewan. Keadaan menjadi tenang seketika selepas Yang di-Pertua Dewan Rakyat segera menenangkan ahli-ahli dewan. Khairy kemudiannya menyambung semula ucapan beliau.

Beliau kemudiannya telah menyerang parti-parti dalam Pakatan Rakyat di mana beliau melabelkan PKR sebagai mengaitkannya sebagai Projek Khinzir Raksasa sekalipun kemudiannya menafikan niatnya itu, Pakatan Rakyat (PR) sebagai Public Relation dengan dakwaan parti-parti Pakatan Rakyat yang sering berpura-pura berpakat dihadapan rakyat. Khairy turut menyerang PAS dalam isu Negera Islam yang kini tidak menjadi agenda utama PAS hanya semata-mata mahu ‘menjaga hati’ DAP.

Khairy juga telah menyifatkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah dan Kelantan sebagai dengan Islamic State, Kerajaan Pulau Pinang sebagai dengan Malaysian Malaysia, dan Kerajaan Perak sebagai ‘Kerajaan Boneka’.

Tunduhan melampau tersebut sekaligus telah menyebabkan kebanyakan Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat telah bangkit untuk memohon celah tetapi Khairy tetap enggan untuk memberikan lalu. Tindakan sekatan untuk bersuara tersebut mengakibatkan dewan kecoh apabila Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berdiri bersuara kerana tidak berpuashati dengan tindakan Khairy yang bacul untuk memberi laluan untuk disoal.

Kekecohan ini berlaku selama 25 minit dengan ditambahkan dengan suara-suara sumbang ahli parlimen BN yang sukar dikawal oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat sehinggakan Khairy sendiri akhirnya tidak dapat meneruskan ucapan tomahannya kepada pihak Pakatan Rakyat. – Zuwairi Zakwa

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |