+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, May 12, 2008

Susulan Pita Lingam - Fairuz orangnya, lapor akhbar

Malaysiakini

May 10, 08 1:04pm

Siasatan suruhanjaya diraja telah mengenalpasati bekas seorang ketua hakim negara sebagai orang yang terbabit dalam klip video yang menunjukkan seorang peguam kanan mengatur pelantikan hakim, demikian menurut laporan akhbar hari ini.

Dalam laporan muka depannya, akhbar berbahasa Inggeris, The Star, melaporkan bahawa panel penyiasat telah mengenalpasti Tun Ahmad Fairuz Sheikh Halim sebagai orang yang bercakap dengan peguam Datuk VK Lingam dalam klip yang dirakamkan pada tahun 2001 itu.

Panel siasatan lima orang itu, yang mengemukakan laporan yang panjang lebar kepada Yang di-Pertuan Agong semalam, mendapati klip dan perbualan tersebut adalah tulen, lapor akhbar tersebut yang memetik sumber-sumber dari suruhanjaya tersebut.

Pengerusi suruhanjaya diraja itu, Tan Sri Haidar Mohamed Noor telah menyarankan agar laporan penuh siasatan terhadap klip video tersebut diumumkan kepada awam, tetapi perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau belum membacanya dan oleh itu belum memutuskan mengenainya, lapor akhbar itu lagi.

Mabuk atau cakap besar

Para pegawai suruhanjaya tersebut tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan mengenainya.

Bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendedahkan klip video tersebut tahun lalu.

Kerajaan kemudiannya menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat klip video tersebut, dengan memanggil saksi-saksi terkemuka termasuk mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, seorang menteri kabinet dan beberapa bekas ketua hakim, untuk memberi keterangan.

Lingam enggan mengesahkan yang beliau adalah individu yang bercakap dalam video tersebut, dan berkata, jika beliaulah orangnya, sudah pastinya beliau sedang mabuk atau sengaja bercakap besar.

Skandal tersebut telah mencalarkan ime badan kehakiman Malaysia dan persoalan telah ditimbulkan berhubung penghakiman dalam kes-kes yang membabit mereka yang dikaitkan dalam skandal tersebut.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |