+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, September 16, 2008

"Pembangkang telah gagal hari ini, BN masih terus berkuasa" Abdullah

KLpos

16 Sep 2008 11:41AM

PUTRAJAYA: Setelah pembangkang gagal untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara hari ini seperti yang digembar-gemburkan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan yang ada teguh dan masih meneruskan tugas, peranan dan kuasa yang diberikan oleh rakyat.

Sambil meminta rakyat supaya tidak terpesong dengan dakyah pembangkang terutamanya ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya mereka akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara, Perdana Menteri berkata kerajaan akan melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat dan menjalankan tanggungjawabnya kepada rakyat.

"Kerajaan akan terus memberi khidmat kepada rakyat dan membangunkan ekonomi negara," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini selepas mengadakan mesyuarat dengan semua Ketua Setiausaha kementerian.

Abdullah berkata rakyat hendaklah menumpukan usaha kepada kerja mereka manakala kerajaan berusaha mengatasi masalah rakyat.

Abdullah berkata rakyat tidak perlu kelam-kabut dengan pembohongan Anwar itu sehingga merugikan masa dan semua usaha mereka tergganggu.

Beliau menyifatkan hasrat Anwar hendak mengambil alih pemerintahan negara dan menjadi Perdana Menteri pada hari ini sebagai "suatu impian Anwar" sahaja.

Sebelum ini, Anwar telah beberapa kali berkata bahawa hari ini 16 Sept adalah tarikh untuk Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara kerana ramai Anggota Parlimen daripada Barisan Nasional akan menyertai pembangkang.

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS kini mempunyai 81 Anggota Parlimen manakala BN pula menguasai 140 kerusi. Seorang lagi adalah wakil Bebas.

Mengenai dakwaan Anwar kononnya pembangkang sudah mempunyai senarai Anggota Parlimen BN yang akan menyertai mereka, Abdullah berkata Anwar boleh bercakap apa sahaja yang dia mahu.

"Memang sudah menjadi lumrah Anwar dari dahulu sehingga sekarang suka memperkatakan sesuatu untuk menarik perhatian umum," katanya.

Perdana menteri berkata beliau pasti bahawa selepas ini Anwar akan mengubah pula tarikh mengambil alih tampuk pemerintahan negara setelah gagal hari ini.

Ditanya mengenai kebimbangan rakyat terhadap perkembangan politik semasa negara, beliau berkata tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana semuanya adalah satu pembohongan politik Anwar.

"Akhbar pula terlampau asyik mengutarakan berita-berita politik sehinggakan satu hari sampai 10 muka surat disediakan untuk tujuan itu," katanya. / Bernama

2 comments:

Unknown said...

Pembangkang memang telah gagal pada hari ni. Nampaknya Anwar cuba bermain psikologi dengan Pak Lah dengan menghantar surat kepada Pak Lah. Dan jam 2 ptg td, Anwar telah membuat sidang media yang nampaknya lebih kepada menceritakan isi kandungan suratnya kepada umum. Tetapi beliau tidak menyebutkan nama-nama MP katak yang nak melompat itu...

Sang Pemantau said...

bro afnan,

kalau gagal arini, takpe....masih ada lagi hari esok, lusa, tulat ,tubin, minggu depan, bulan depan, tahun depan......yang penting, kerajaan BN sekarang perlu ditukar.....Takkan la DSAI nak bgtau Pak Lah sapa yg nak lompat tu, alamatnya Pak Lah akan gunalah kuasa dia nak tahan geng2 yang nak lompat tu bro.....

politik ni, kena cerdik bro...Pak Lah je kuat tido...mimpi jadi asakar gamaknya...tetiba bangun nak pegang menteri pertahanan....huhuhu...hampeh....

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |