Malaysiakini |
Apr 9, 09 2:59pm |
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan senarai 28 orang menteri dan 40 timbalan menteri dalam anggota kabinet pertamanya petang ini. Kecuali ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dua lagi ketua sayap utama dalam parti itu dilantik menganggotai jemaah menteri. Manakala ketua baru Puteri Umno, Datuk Rosnah Rasyid Syirin dilantik sebagai timbalan menteri kesihatan. Tujuh menteri mengekalkan portfolio masing-masing: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (menteri di JPM bagi undang-undang dan Parlimen), Datuk Ong Tee Keat (pengangkutan), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (pengajian tinggi), Datuk Dr Maximus Ongkili (sains, teknologi dan inovasi), Datuk Douglas Uggah Embas (sumber asli dan alam sekitar), Datuk Liow Tiong Lai (kesihatan) dan Datuk Dr S Subramaniam (sumber manusia). Barisan kabinet yang diumumkan juga menyaksikan jumlah kementerian lebih kecil apabila beberapa daripadanya digabungkan.Kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan, dan kementerian tenaga, air dan komunikasi telah digabung dengan kementerian lain - kini dikenali sebagai kementerian penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan, dan kementerian tenaga, teknologi hijau dan air. Manakala jumlah menteri turut berkurangan daripada 32 kepada 28 orang. Bagaimanapun jumlah timbalan menteri bertambah daripada 38 kepada 40 orang. Muka baru Barisan baru kabinet hari ini hanya membariskan enam menteri baru, termasuk dua timbalan menteri yang dinaikkan pangkat. Jumlah itu merupakan kira-kira 20 peratus daripada anggota kabinet baru. Manakala Gerakan dan MCA juga masing-masing mendapat tambahan wakil dalam barisan kabinet. MCA kini mempunyai empat menteri dan tujuh timbalan mengeri (bertambah satu lagi), manakala Gerakan mempunyai seorang menteri dan dua timbalan menteri (parti itu kehilangan jawatan menteri selepas kalah dalam pilihanraya umum 2008). Najib membuat pengumuman dengan diapit oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai timbalan perdana menteri baru dan juga menteri pelajaran. Selain menggabungkan dua kementerian, satu portfolio baru diwujudkan bagi memantau perpaduan nasional dan prestasi jabatan kerajaan di bawah JPM.Najib juga menyatakan komitmen untuk menilai prestasi para menteri setiap enam bulan. Upacara bersejarah tersebut akan diadakan pada jam 9.30 pagi dan disiarkan secara langsung oleh RTM. |
Thursday, April 9, 2009
Khairy tercicir, Mukhriz masuk kabinet
Posted by
Sang Pemantau
at
9:49 PM
Labels: KJ beruk, malaysiakini, najib razak, parlimen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment