skip to main | skip to sidebar

Tau Takpe

memantau biarlah seperti burung....

  • Laman Utama
  • Catatan OK
  • Koleksi Video
  • Koleksi gambar
  • Pautan laman
  • E-mail OK
+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, May 9, 2008

Pak Lah nafi halang

Posted by Sang Pemantau at 4:24 AM


Agenda Daily

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan dakwaan bahawa beliau telah menghalang timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak daripada berjumpa bekas Perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, beliau tidak pernah membuat tindakan sebegitu.

"Tak ada halangan...tak ada," katanya kepaa para pemberita hari Khamis.

Penafian ringkas Abdullah itu sebagai menjawab dakwaan Dr. Mahathir hari Rabu bahawa Abdullah telah menghalang perjumpaan beliau dengan Najib.

Dr Mahathir dilaporkan sebagai berkata bahawa adalah sesuatu yang teruk jika Perdana Menteri tidak percayakan timbalannya.

Dr Mahathir berkata beliau tidak bercakap mengenainya sebelum ini kerana ia satu perkara peribadi tetapi memutuskan untuk mendedahkannya kerana semakin meningkat percubaan untuk menutup mulut mereka yang tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan parti. - 8/5/2008


---------------------------

Tidak demokratik...BN hadapi 'bahaya lompat'

UMNO sudah tidak demokratik dan kemungkinan hilang kuasa sebagai kerajaan dalam waktu terdekat adalah dua isu besar yang dilontarkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Melambangkan hilangnya kebebasan di dalam UMNO, beliau mengambil contoh bagaimana hasratnya untuk bertemu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi membincangkan isu-isu semasa selepas pilihan raya umum ke-12 tidak mendapat keizinan Perdana Menteri sekarang.

''Dia (Najib) kata dia akan datang jumpa saya tetapi perlu mendapat kebenaran dahulu daripada Perdana Menteri. Rupanya dia tidak mendapat kebenaran, jadi, sampai sekarang dia tidak berjumpa saya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada majlis siri wacana Perdana bertajuk Kedaulatan Negara di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari Rabu.

Selain itu, larangan kepada UMNO Bahagian-Bahagian mengadakan Mesyuarat Agung Khas (EGM) juga menjadi bukti katanya, tiadanya amalan demokrasi dalam parti berkenaan.

Katanya, UMNO seharusnya tidak menghalang EGM diadakan bagi membolehkan ahli-ahli parti membuat cadangan terhadap sistem kuota untuk pencalonan bagi bertanding jawatan di dalam parti.

''Jika tidak dapat mengubah syarat kuota tersebut, dengan sikap ketua-ketua bahagian sekarang, tidak ada satu bahagian pun yang akan mencalonkan orang lain kecuali Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi).

''Jadi, jika tidak ada 60 bahagian UMNO yang mencalonkan sesiapa kecuali Pak Lah, maka pada Disember ini, beliau akan menang tanpa bertanding... (kerana) orang sungguh takut dan amalan cium tangan telah bermula,'' katanya.

Sementara itu, Dr. Mahathir turut memberikan amaran kepada kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bahawa mereka tidak boleh memandang remeh ancaman akan berlakunya ‘penghijrahan’ Ahli-Ahli Parlimen BN menyertai pakatan pembangkang.

Katanya, walaupun beliau pada awalnya tidak yakin dengan dakwaan-dakwaan yang dibuat tetapi berdasarkan kepada perkembangan semasa kemungkinan perkara itu berlaku tetap ada.

''Saya fikir ini ada kemungkinan pertukaran kerajaan yang tidak boleh kita abaikan. Pada masa ini, ahli-ahli politik menunjukkan minat tentang berapa banyak yang boleh mereka peroleh dan mereka tidak betul-betul berminat untuk berkhidmat kepada negara,'' katanya

Ditanya sama ada pembangkang akan mampu menarik 30 Ahli Parlimen bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan baru, bekas Presiden UMNO itu berkata, kemungkinan itu ada.

Alasannya menurut beliau, selain mengharapkan akan mendapat sesuatu daripada kerajaan yang baru, kemungkinan mereka yang hendak melompat itu mahu terus berada dalam kerajaan tetapi kerajaan yang baru.

Selain itu beliau turut memberikan hujahnya kemungkinan perkara itu berlaku berdasarkan kepada senario politik di Sabah dan Sarawak.

"Jika kita ambil UMNO, MCA dan MIC, akar umbi mereka di sini (di Semenanjung) dan bukan di Sabah dan Sarawak. Walaupun ada UMNO di Sabah, ia dipindahkan dari sini ke sana. Mereka sebelum ini merupakan parti-parti kecil. Jadi dapatkah kita pastikan yang mereka akan kekal setia kepada UMNO? Saya fikir tidak," katanya.

Beliau berkata, malahan di Semenanjung, mungkin akan ada Ahli Parlimen yang akan melompat parti kerana mereka tahu yang mereka akan berada dalam kerajaan baru pimpinan pembangkang.

Dr Mahathir berkata, tindakan lompat parti itu tidak akan menimbulkan masalah jika BN telah menang dengan majoriti dua pertiga di Parlimen dan malahan jikapun ada Ahli Parlimen yang lompat parti, mereka tidak akan dapat banyak faedah kerana anggota Parlimen itu masih dengan kelompok pembangkang.

"Tetapi sekarang jika mereka lompat parti, mereka akan menyertai kerajaan lain, mereka tidak akan rugi, malahan mereka boleh buat duit," katanya.- 7/5/2008

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: agenda daily, dr det, Pak Lah undur

Dr M: PM halang Najib jumpa saya

Posted by Sang Pemantau at 4:19 AM

Malaysiakini

Andrew Ong | May 7, 08 1:50pm

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pendedahan yang mengejutkan bahawa penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menghalang perjumpaannya dengan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

dr m national sovereignity talk 070508 01"Ini bukan lagi Umno demokratik [...] saya mahu bertemu Najib. Beliau kata beliau akan datang dan berjumpa dengan saya," katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

"Beliau (Najib) kata beliau perlu mendapatkan kebenaran perdana menteri terlebih dahulu. Nampaknya beliau tidak mendapat kebenaran tersebut. Jadi, hingga sekarang, beliau tidak bertemu dengan saya.

"Adalah sesuatu yang teruk jika perdana menteri tidak percayakan timbalannya. Pada masa saya (menjadi perdana menteri), saya percayakan timbalan saya sehinggalah dia melakukan sesuatu yang pelik. Jika tidak, saya percayakan timbalan saya," kata mantan perdana menteri itu.

Mahathir berkata, beliau telah cuba untuk mengadakan perjumpaan dengan Najib "sejurus selepas pilihanraya umum" untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan hal ehwal semasa.
"Saya memandang berat terhadap apa yang berlaku dalam Umno," katanya.

Menang tak bertanding

mahathir pak lah and najibDr Mahathir berkata, beliau tidak bercakap mengenainya sebelum ini kerana ia satu perkara peribadi, tetapi memutuskan untuk mendedahkannya kerana semakin meningkat percubaan untuk menutup mulut mereka yang tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan parti.

Tetapi keadaan menjadi semakin serius sekarang. Rakyat tidak dibenarkan bercakap. Saya difahamkan bila Tengku Razaleigh (Hamzah) pergi ke peringkat cawangan, ahli Umno diberitahu jangan hadir (majlisnya).

Parti apakah ini? Anda dibenar mendengar dari satu sumber sahaja. Saya fikir ia adalah punca kekalahan (BN) dalam pilihanraya lalu. Rakyat tidak dibenar bercakap dan pucuk pimpinan tidak tahu apa yang difikirkan oleh rakyat," katanya.

Mengenai gesaan Abdullah supaya bahagian-bahagian Umno tidak mengadakan mesyuarat khas perwakilan (EGM), Dr Mahathir berkata, langkah itu bertujuan untuk menjamin Abdullah dipilih semula sebagai presidenUmno dan perdana menteri dalam pemilihan parti Disember depan.

"Tanpa EGM, anda tidak boleh mengubah sistem kuota pencalonan 30 peratus. Jika anda tidak boleh ubah kuota...maka tidak ada bahagian yang akan mencalonkan orang lain selain daripada Abdullah...beliau akan menang tanpa bertanding," katanya.

Pada masa ini, untuk layak bertanding jawatan presiden, calonnya mesti mendapatkan pencalonan daripada 30 daripada 191 bahagian Umno, atau 58 pencalonan.

dr m national sovereignity talk 070508 03Kuota tersebut diperkenal sewaktu pentadbiaran Dr Mahathir. Bagaimanapun, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, beliau turut mengkritik sistem kuota tersebut.

Sebelum ini, Abdullah telah meminta bahagian-bahagian Umno supaya jangan mengadakan EGM memandangkan pemilihan parti akan diadakanpada Disember ini.

Pujuk ketua bahagian

"Saya tidak tahu mengapa. Mereka begitu takut sekali. Malah, yang telah adakan EGM pun tidak (mendesak) tuntutan mereka - iaitu sistem kuota disemak semula dan presiden harus meletak jawatan - tidak ada lagi! Anda tidak dengar apa-apa lagi pun," katanya.

Menjawab soalan, Dr Mahathir berkata, beliau percaya wujud usaha memujuk ketua-ketua bahagian supaya berhenti menyerang pucuk pimpinan.

Ramai pemimpin veteran Umno, termasuk Dr Mahathir, telah menyalahkan Abdullah ekoran kekalahan teruk BN dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Mereka juga mendesak perdana menteri supaya menyatakan pelan peralihan kuasa untuk membolehkan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih secepat mungkin.

Pada masa yang sama, bekas presiden Umno, Tengku Razaleigh secara terbuka menyatakan kesediaannya untuk mencabar Abdullah bagi jawatan presiden Disember ini.


Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: dr det, malaysiakini, najib razak, Pak Lah undur

Baru dua bulan memerintah Pakatan Rakyat Selangor tunai janji

Posted by Sang Pemantau at 4:09 AM

Harakahdaily

Saidah Hairan | Foto Wan Zahari Wan Salleh

Thu | May 08, 08 | 2:31:49 pm MYT

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Hrkh) - Kepimpinan BN negeri dan Pusat perlu mengambil ikhtibar terhadap kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat yang berjaya menunaikan janji memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan walaupun baru dua bulan memerintah.

ImageBekalan air secara percuma itu akan dilaksanakan pada 1 Jun sebagaimana diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun usaha kerajaan Pakatan Rakyat bagi merealisasikan konsep negara berkebajikan ini cuba dipolitikkan parti pembangkang yang mendakwa kononnya kerajaan negeri gagal merealisasikan janji-janji manifesto pilihan raya lalu, walaupun pada hakikatnya Pakatan Rakyat baru memerintah Selangor selama dua bulan.

Dakwaan itu dibuat berikutan keputusan kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan pengurangan bayaran cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 peratus dan premis komersial 10 peratus.

Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Sallehen Mokhyi berkata, pemberian air percuma 20 meter padu pertama itu membuktikan tindakan segera dan serius kerajaan Pakatan Rakyat untuk melaksanakan tawaran yang dijanjikan dalam manifesto.

Beliau yakin kerajaan Pakatan Rakyat akan melaksanakan janji-janji pilihan raya secara berperingkat.

Katanya, adalah mustahil untuk kerajaan baru melakukan perubahan secara drastik kerana setiap keputusan yang diambil perlu melalui kajian dan mematuhi peraturan sedia ada.

Image"Jika rakyat Selangor boleh bertahan dan bersabar berada di bawah pemerintahan BN selama 50 tahun mengapa tidak boleh menunggu sedikit masa untuk menanti perubahan yang bakal dilaksanakan kerajaan Pakatan Rakyat," katanya.

Menurut beliau, adalah mustahil untuk janji-janji manifesto pilihan raya dapat dilaksanakan dalam tempoh 100 hari sedangkan sidang DUN masih belum berlangsung.

"Baru 60 hari Pakatan Rakyat memerintah, sebahagian janji pilihan raya telah pun dipenuhi, saya yakin BN sendiri tidak mampu melaksanakannya," tegas Sallehen.

Sallehen yang juga bekas calon PAS DUN Sabak berkata, Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika hari pertama dilantik PM berjanji untuk menghapuskan rasuah, tetapi setelah dua penggal menerajui kerajaan janji itu belum terlaksana.- tajdid

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: bela rakyat, Harakahdaily, PR Selangor

S'gor lulus RM1 juta bantu mangsa di Burma

Posted by Sang Pemantau at 4:08 AM

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | May 7, 08 9:57pm

Kerajaan negeri Selangor telah meluluskan bantuan RM1 juta untuk membantu mangsa bencana alam di Burma.

Bantuan kemanusiaan itu akan disalurkan melalui Yayasan Amal Malaysia untuk diagihkan terus kepada pihak yang memerlukan di negara itu.

Yayasan Amal Malaysia juga dilantik sebagai koordinator untuk menyelaraskan pungutan sumbangan peralatan, pakaian dan bantuan lain, dengan pertubuhan bukan kerjaan (NGO) dan individu lain yang ingin menyumbang.

Perkara ini diumumkan oleh menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media selepas mesyuarat exco petang tadi. Hadir sama ialah ahli exco, Dr Halimah Ali, Rodziah Ismail dan Teresa Kok.

Dr Halimah berkata, kerajaan negeri memilih Yayasan Amal berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini membantu mangsa bencana alam di Jogjakarta, Kashmir, Acheh, Sri Lanka dan India.

"Yayasan ini mempunyai biro perubatan dan kesihatan serta biro bantuan kemanusiaan. Sewaktu berlaku banjir besar di Johor dulu, kerajaan Kelantan menyalurkan bantuan kemanusiaan mereka dengan jumlah yang sama (RM1 juta) juga melalui yayasan ini," katanya.

Pusat pungutan

Rodziah pula berkata, pusat pungutan akan dibuka di dua tempat iaitu ibu pejabat yayasan ini di Shah Alam dan di pejabat setiausaha kerajaan negeri (SUK), dekat Dataran Shah Alam.

"Kita akan buka dalam masa terdekat dan ada seorang pekerja akan menunggu di situ," katanya.

Teressa Kok pula berkata: "Setiap kali berkali bencana alam, kita lihat persatuan-persatuan agama, persatuan perubatan dan lain-lain tampil membantu. Kali ini kami mengalu-alukan mereka menghubungi kami."

Sementara itu, ketika mengulas tentang ‘kegagalan' kerajaan negeri menunaikan janji mereka dalam pilihanraya lalu, menteri besar berkata: "Ada yang boleh buat sekarang, ada yang tak boleh buat sekarang.

"Saya sebagai menteri besar Selangor, sebagai ketua eksekutif kerajaan Selangor mesti memutuskan bila benda ini akan dilaksanakan.

"Dalam manifesto kita tidak ada sebut bila akan dibuat. Kita baru dua bulan memerintah. Selepas rakyat menilai kita selepas 100 hari, kita akan senaraikan mana perlu dibuat. Sekarang kerja masih dalam proses," tambahnya.

Ditanya tentang kemungkinan cukai pintu diturunkan di negeri itu, Khalid menerangkan bahawa kerajaan mempunyai dua pilihan sama ada mengurangkannya (cukai pintu) atau memberikan fasiliti yang lebih baik untuk kadar yang dibayar.

Janji pilihanraya

"Keputusanan akan dibuat selepas kita sediakan belanjawaan untuk tahun depan. Lepas itu kita boleh tetapkan," kata Khalid yang juga Adun Ijok itu.

Khalid juga menegaskan komitmen kerajaan negeri tentang janji-janji lain.

"Soal air, contohnya, akan tetap berjalan 1 Jun ini. Saya lihat banyak negeri-negeri lain mula cemburu kepada kita. Ini contoh bagaimana kita mulakan usaha kebajikan kita," tambahnya.

Pada masa ini, menurut Khalid lagi, usaha yang lebih penting adalah bagaimana pendapatan negeri mesti dipertingkatkan.

Beliau berkata, kerajaan negeri mendapat respons positif dari pelabur dan kerajaan negeri mensasarkan Selangor menjadi destinasi pelaburan.

Buat masa ini, tegasnya, pelabur dari Timur Tengah, China dan India telah menunjukkan minat mereka.

Teressa Kok mengumumkan bahawa pagi ini, sebuah syarikat telah melawat beberapa tapak di Selangor dan menunjukkan minat melabur di negeri ini dengan jumlah pelaburan berbilion ringgit.

Khalid berkata: "Kita mempunya dua tugas iaitu hendak meningkatkan pembangunan Selangor dan memastikan bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada rakyat.

"Pakatan Rakyat mempertingkatkan potensi pertambahan pelabur di Selangor. Ini menunjukkan bahawa kami mampu memberikan keyakinan kepada rakyat," tambahnya.

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: bencana alam, malaysiakini, PR Selangor

Kerajaan yang lemah tidak baik bagi negara berbilang kaum seperti Malaysia - DrM

Posted by Sang Pemantau at 4:02 AM

Chedet

Wednesday, May 7, 2008


Saya ucapkan terimakasih kepada pelawat yang sudi melayari chedet.com. Saya minta maaf kerana tidak berkesempatan mengeluarkan artikel baru buat masa ini.

Tetapi sebagai menyahut permintaan pembaca, saya telah mengalih bahasa penulisan yang sebelumnya untuk paparan kali ini, sementara saya sediakan artikel yang baru.

Saya akan cuba menulis sekerap mungkin. Dua artikel pertama sebelum ini telah ditulis di dalam bahasa Inggeris. Saya akan tulis di dalam kedua-dua bahasa, Malaysia dan Inggeris, mengikut kesesuaian.

Saya mengalu-alukan maklumbalas pembaca sebagai cara untuk mengetahui pendapat yang berlainan daripada pendapat saya sendiri.

Saya minta maaf kerana tidak mungkin dapat menjawab semua pertanyaan yang diajukan. Bagaimanapun, di dalam penulisan saya yang selanjutnya saya akan cuba menjawab sedikit-sebanyak soalan-soalan yang diajukan.

Sekali lagi saya ingin mengingatkan pelayar web chedet.com supaya kita sama-sama menjaga etika dan mengambil sikap bertanggunjawab serta bertata-tertib dengan tidak menggunakan perkataan kesat di dalam ruang komentar.

Saya terima kritikan dan saya siarkan komen pengkritik-pengkritik yang tidak setuju dengan saya, tetapi saya tidak boleh siarkan kritikan yang mengandungi perkataan-perkataan yang kesat dan kurang sopan samada terhadap saya mahupun terhadap orang lain.

Saya harap semua pelayar laman web ini dapat menghormati permintaan saya ini. Saya mengalu-alukan semua pengunjung dan mengucapkan selamat melayari chedet.com.

Berkenaan dengan rencana saya tentang pelantikan hakim, ramai tidak setuju dengan pendapat saya bahawa apabila Kerajaan terpaksa berkerjasama dengan pembangkang ianya menunjuk kelemahan Kerajaan dan pendapat saya bahawa pembangkang adalah musuh.

Dari segi politik, pihak pembangkang adalah musuh. Terpaksa bekerja dengan pembangkang bukanlah tidak demokratik, tetapi menampilkan kelemahan Kerajaan.

Kerajaan yang lemah tidak baik bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Ianya hanya akan mengundang ugutan terhadap kuasa kerajaan. Kerajaan tidak boleh memuaskan hati semua pihak. Jika Kerajaan tidak tegas dan terpaksa berdolak-dalik, akan timbul masalah kurang keyakinan terhadap Kerajaan. Ini akan menyebabkan polisi dan projek tidak dapat diimplimentasi dengan lancar. Mungkin ada orang yang sudah sedar akan keadaan ini.

Kerajaan yang tidak memerlukan sokongan pembangkang akan lebih berjaya menempuh kritikan dan bangkangan yang semua Kerajaan harus hadapi. Tetapi Kerajaan juga haruslah mengambil maklum terhadap teguran yang dibuat pembangkang dan jika perlu mengambil tindakan berdasarkan teguran tersebut.

Di dalam konteks hari ini, Kerajaan Persekutuan tidak berdaya untuk membawa apa-apa perubahan kepada perlembagaan dan akan terpaksa menghadapi ugutan sepanjang masa. Sokongan pembangkang mungkin bersyarat dan kredit akan diberi kepada mereka.

Salah satu kepentingan memperolehi dua-pertiga majoriti di Parlimen ialah kerana tidak akan timbul masalah lompat parti oleh mana-mana ahli Kerajaan. Sekarang kita dengar tentang masalah ini hampir setiap hari. Kepimpinan Barisan Nasional kini bagai cacing kepanasan. Dan cacing yang kepanasan tidak boleh mencapai apa-apa pun.

Pentadbiran Kerajaan Persekutuan sebelum ini tidak pernah gagal mendapat dua-pertiga majoriti Parlimen. Sebagai ukuran kekuatan, majoriti dua-pertiga membenarkan Kerajaan membuat apa sahaja keputusan yang difikirkan baik tanpa perlu bergantung kepada mana-mana pihak lain.

Mungkin juga cadangan untuk meminta sokongan atau kerjasama dibuat dengan ikhlas di atas semangat demokrasi. Persoalannya kenapa sekarang? Kenapa tidak apabila Kerajaan memperoleh majoriti 90 peratus selepas Pilihanraya Umum 2004? Perubahan kepada cara hakim-hakim dipilih sepatutnya boleh dilakukan selepas kejayaan cemerlang 2004.

Saya berpendapat bahawa negara ini memerlukan satu Kerajaan Persekutuan yang kuat dan tidak perlu bergantung kepada mana-mana pihak, yang boleh berkhidmat kepada rakyat dan negara tanpa perlu rasa takut atau ragu-ragu.

Tetapi saya juga berpendapat akan perlunya pembangkang yang kuat. Ini adalah untuk memastikan yang Kerajaan tidak menyimpang daripada landasan sebenar, ataupun menyalahguna kuasanya.

Gandingan pihak Kerajaan yang kuat dan pembangkang yang mempunyai kekuatan serta keinginan untuk memantau penyalahgunaan kuasa Kerajaan akan membawa kebaikan bagi Malaysia.

Berkenaan cadangan Kerajaan menubuhkan suruhanjaya kehakiman, adakah ini kerana ianya bagus ataupun tindakan tergesa-gesa untuk memenangi sokongan yang hilang?

Berkenaan kritikan saya terhadap kepimpinan Kerajaan sekarang, saya percaya saya mempunyai hak berbuat demikian. Berhenti daripada Kerajaan hanya bermakna menyerahkan kuasa dan kekuatan. Tetapi ianya tidak bermakna saya harus menyerahkan hak kerakyatan saya. Saya mempunyai hak untuk mengambil berat terhadap pentadbiran tunggang terbalik negara ini dan juga parti yang saya tolong pulihkan pada tahun 1987.

Parti ini bukan kepunyaan Dato Seri Abdullah. Ianya bukan untuk menyokong beliau sebagai pemimpin lebih-lebih lagi setelah salah percaturan di dalam pentadbiran serta pilihanraya umum baru-baru ini. Parti juga bukan kepunyaan saya. Ianya adalah kepunyaan semua ahlinya. Buat masa ini ahli parti tidak dibenar mengkritik. Mereka hanya boleh mengiakan apa sahaja yang Dato Seri Abdullah kata atau lakukan.

Memandang yang pihak pembangkang juga menyokong Dato Seri Abdullah, jika saya tidak mengkritik, tidak ada sesiapa yang akan berbuat demikian. Dan tanpa kritikan, Kerajaan dan Dato Seri Abdullah sudah tentu akan menyimpang.

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: dr det, minda pemimpin

Dun Terengganu tolak usul kertas puteh dana khas

Posted by Sang Pemantau at 3:59 AM

Siasah Daily

Thursday, May 8, 2008

KUALA TERENGGANU, 8 Mei: Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu hari ini sekali lagi menolak usul yang dikemukakan oleh wakil PAS untuk menangguhkan persidangan bagi membahaskan cadangan penubuhan jawatankuasa khas bagi mengkaji projek melalui dana khas Persekutuan.


Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (PAS-Ladang) mencadang untuk mengemukakan satu usul di bawah Fasal 30 supaya persidangan dewan ditangguhkan bagi maksud merundingkan satu perkara yang tertentu dan mustahak bagi orang ramai dan perlu disegerakan.

Katanya, perkara itu ialah cadangan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyediakan Kertas Putih – Laporan Kajian Projek-projek Dana Khas Kerajaan Persekutuan di Negeri Terengganu Dari Tahun 2004-2008.

“Datuk Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat dari pembangkang pernah mendedahkan projek-projek Dana Khas Kerajaan Persekutuan di negeri ini dilaksanakan tidak mengikut peraturan dan perbelanjaan tidak dikemukakan untuk diaudit seperti dilaporkan dalam buku Laporan Ketua Audit Negara – Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu tahun 2005 dan 2006,” ujarnya semasa mengemukakan usul itu setelah sesi menjawab soalan lisan berakhir.

Tambahnya, menteri besar telah mengaku wujud salah guna dan penyelewengan Dana Khas Kerajaan Persekutuan yang disalurkan kepada kementerian.

Beliau berkata, banyak projek yang dijalankan tidak dirujuk kepada kerajaan negeri, tidak mengambil kira keperluan dan keutamaan sebenar rakyat negeri ini dan jelas membazir.

“Oleh itu saya mencadangkan kerajaan negeri menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyediakan kertas putih dan dibentangkan kepada Dewan Undangan Negeri yang mulia ini hasil kajian terperinci semua projek-projek Dana Khas Kerajaan Persekutuan di negeri ini,” ujarnya.

Ketika menolak usul itu pada jam 11.04 pagi, Yang Dipertua Dun, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, beliau difahamkan telah sedia ada jawatankuasa antara negeri dan Persekutuan untuk mengurus tadbir dan memantau perkara yang berkaitan.

Tambahan pula, katanya, menteri besar sekarang masih baru mengambil tampuk kerajaan negeri dan adalah lebih adil memberi masa kepadanya untuk mengendalikan isu yang berbangkit demi kebaikan semua pihak.

“Jadi tidaklah perlu disegerakan dan saya buat keputusan menolak usul ini,” ujarnya.
Semalam, beliau yang juga Ketua Umno Hulu Terengganu menolak usul yang dibawa oleh Haji Mohd Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) berhubung royalti petroleum.

Abdul Wahid meminta agar Dun yang bersidang semalam mengambil ketetapan menyokong supaya royalti petroleum dikembalikan semula kepada kerajaan negeri.

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: royalti, siasahdaily, terengganu

Hasil keuntungan Petronas mesti diumumkan di Parlimen

Posted by Sang Pemantau at 3:52 AM

Harakahdaily

Azamin Amin

Thu | May 08, 08 | 9:27:16 am MYT

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Hrkh) - Kerajaan dan Petronas mestilah untuk mengemukakan Laporan Kewangan Tahunan merangkumi keuntungan kasar dan bersih,perbelanjaan supaya rakyat mengetahui kedudukan pengurusan syarikat milik kerajaan itu.

Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata dengan cara itu sahaja rakyat tahu bagaimanahasil bumi Malaysia ini dibelanjakan sama ada secara berhemah atau sebaliknya.

"Kita menggesa agar perincian menyeluruh keuntungan Petronas, termasuklah punca-punca keuntungan dan ke mana ia dibelanjakan juga didedahkan kepada umum melalui Parlimen.

"Secara tidak langsung rakyat boleh menilai keupayaan kerajaan mentadbir urus keuntungan Petronas dengan kredibel," katanya dalam satu kenyataannya baru-baru ini.

AMK katanya berkeyakinan penuh bahawa Malaysia sangat berkemampuan untuk mengawal harga minyak domestik sekiranya pengurusan sumber minyak dan keuntungannya diselenggara dengan baik tanpa sebarang bentuk perbelanjaan boros dan tidak menguntungkan majoriti rakyat.

Sekiranya kerajaan BN masih terus berdolak dalih, penurunan harga minyak ini boleh direalisasikan dengan menyerahkan pengurusan ini kepada yang pakar dan berkebolehan, konotasi jelas merujuk kepada peralihan kuasa daripada BN kepada Parti Pakatan Rakyat, katanya.

Sebelum ini beliau menyanggah kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato' Shahrir Samad yang memandang sinis tekad Pakatan Rakyat (PR) untuk menurunkan harga minyak jika memerintah Malaysia.

"Komitmen KeADILan dan rakan-rakan Pakatan Rakyat lainnya untuk menurunkan harga minyak adalah bersesuaian dengan keuntungan yang diperoleh oleh negara melalui hasil eksport minyak yang turut memberi kesan positif kepada perolehan keuntungan Petronas setiap tahun," katanya.

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: Harakahdaily, PETRONAS

100 hadir MTUC serah memo di parlimen

Posted by Sang Pemantau at 3:50 AM

Malaysiakini

Muda Mohd Noor | May 7, 08 11:38am

Kira-kira 100 orang pemimpin kesatuan pekerja berhimpun di luar pintu masuk utama bangunan parlimen pagi ini ketika wakil Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) masuk menyerahkan memorandum berhubung isu gaji minimum dan bayaran COLA.

mtuc parliament protest 070508 05Presiden MUTC, Syed Shahrir Mohamud menyerahkan memorandum tersebut kepada menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Mohd Nazri Aziz dan ketua pembangkang Datin Seri Dr Azizah Ismail.

Manakala di luar bangunan Parlimen, anggota polis telah mengarahkan mereka yang berkumpul di situ supaya bersurai.

Sementara itu, ketua polis Sentul, Ahmad Soffian Mad Yassin berkata, permit polis tidak diperlukan untuk menghantar memorandum.

Bagaimanapun, katanya, apabila jumlah mereka yang hadir adalah besar, maka permit polis diperlukan.

mtuc parliament protest 070508 03Bercakap dalam sidang akhbar di lobi parlimen selepas itu, Syed Shahir berkata, Nazri berjanji akan memberikan memorandum terbabit kepada perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan anggota kabinet lain.

"Memorandum serupa diserahkan kepada semua ahli parlimen baik kerajaan mahu pun pembangkang," katanya.

Tiada respons positif


Menurut Syed Shahir lagi, kandungan memorandum tersebut sama dengan yang diberikan kepada perdana menteri pada 18 Jun lalu.

Katanya, memorandum kedua itu dihantar kerana pihaknya tidak mendapat respons positif dari kerajaan mengenai tuntutan tersebut.

mtuc parliament protest 070508 07"Di kalangan negara-negara Asean hanya Malaysia yang tidak mengamalkan pembayaran gaji minima, sedangkan negara lain telah berbuat demikian," katanya lagi.

Syed Shahir berkata, hujah bahawa pelaksanaan pembayaran gaji minima dan Cola akan menyebabkan kenaikan harga barangan adalah yang lemah.

Katanya, ini kerana bukan kerajaan yang membayar gaji tetapi adalah majikan.

Beliau berkata, ketika ini kira-kira 1.67 juta pekerja mendapat pendapatan bulanan kurang daripada RM700 sebulan - lebih rendah daripada paras kemiskinan iaitu RM900.

"Ini bukan piket tetapi perhimpunan aman pemimpin-pemimpin pekerja untuk mengetahui sikap perdana menteri dan kerajaan terhadap isu pekerja di negara ini.

mtuc parliament protest 070508 02"Sama ada kami (MTUC) akan buat lagi atau tidak perhimpunan aman yang sama, ia bergantung kepada respons kerajaan. Ini bukan hobi tetapi merupakan satu tanggungjawab.

"Ini bukan mencari kepentingan politik tetapi satu komitmen kepada kaum pekerja di negara ini," katanya lagi.

Kandungan memorandum tersebut turut membantah pindaan akta perhubungan dan akta kesatuan sekerja yang boleh menjejaskan kepentingan pekerja dan kesatuan sekerja.

Ia turut menyatakan kesediaan MTUC mengadakan perbincangan dengan perdana menteri bagi membolehkan kesatuan sekerja itu menjelaskan cadangan dan usul MTUC.

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: malaysiakini, MTUC, perhimpunan rakyat

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

Harga minyak semasa

Harakahdaily

Loading...

Tranungkite Online v10

Loading...

Selatan Online

Loading...

Detikdaily

Loading...

Malaysiakini

Loading...

Utara Online Portal Rakyat Malaysia

Loading...

Buletin Online - Media Informasi Terkini

Loading...

Minda rakyat

Loading...

Malaysia Today

Loading...

The Malaysian Insider

Loading...

Suara KeADILan Online

Loading...

KLPOS.com | Apa Siapa Mengapa

Loading...

MyCen News

Loading...

Malaysia independent news

Loading...

My Sinchew -

Loading...

EMedia News

Loading...

Malaysia News.Net

Loading...

The Malaysian Insider

Loading...

The Star Online : G A L L E R Y

Loading...

Islam Hadhari

Jelmaan Wajah Misteri Masjid Kristal Patrick Lim...
Tiba-tiba je ternampak jelmaan wajah seperti tokong buddha kat masjid kristal....

Bloggers United

Bloggers United

Media rakyat

  • Aliran
  • Buletin Online
  • Detik Daily
  • Harakah Daily
  • KLpos
  • Laman Marhaen
  • Malaysia Today
  • Malaysiakini
  • Newskini
  • Selatan Online
  • Siasah Daily
  • Suara Keadilan
  • Tranungkite Online
  • Utara Online

Media kerajaan

  • Agenda Daily
  • Sinar Harian
  • The Sun
  • The Star online
  • Harian Metro
  • Kosmo Online
  • BERNAMA
  • NST Online
  • Berita Harian
  • Utusan Online
  • Mstar Online

Lain-lain media

  • The Nut Graph
  • Malaysia Insider
  • Other Malaysia
  • Channel News Asia
  • cyberita online
  • Daily Star
  • Malaysian News
  • Inside Malaysia
  • Malaysia Sun
  • Mycen news
  • EIN news
  • Malay mail
  • Borneo post
  • Malaysia post
  • International Herald Tribune
  • Al-Jazeera
  • BBC
  • Asia News Network
  • Mysinchew

TV rakyat

  • Keadilan tv
  • Kelantan tv
  • Malaysiakini TV
  • Terengganukini
  • TV Antara
  • TV ceramah
  • TV PAS
  • webtv PAS
  • wtv8

Video klip best

Andai Ku Tahu pangkah BN jadi begini....
Video klip best...penuh dengan msg kesedaran untuk rakyat yg tido...bangkitlah menentang kerajaan korup!!!Harga barang makin naik...Mat Mongol tak abis2 dgn projek rangsangan ekonomi....

Blog Archive

  • ▼ 2010 (53)
    • ▼ April (49)
      • ▼ Apr 26 (6)
        • Zaid terima kalah, salahkan ‘politik beli undi’.
        • ‘Pengundi hantu’ wujud di Hulu Selangor
        • YB Kamalanathan kotai janji pindah ke Hulu Selangor
        • Najib Habiskan RM64 juta dalam PRK Hulu Selangor
        • Tahniah! walaupun kalah undi Pakatan meningkat di ...
        • Hulu Selangor: BN Menang Tetapi Hilang Sokongan Pe...
      • ► Apr 25 (8)
      • ► Apr 24 (5)
      • ► Apr 23 (6)
      • ► Apr 21 (4)
      • ► Apr 20 (8)
      • ► Apr 19 (4)
      • ► Apr 18 (3)
      • ► Apr 16 (5)
    • ► January (4)
      • ► Jan 03 (1)
      • ► Jan 01 (3)
  • ► 2009 (337)
    • ► November (1)
      • ► Nov 18 (1)
    • ► September (17)
      • ► Sep 08 (3)
      • ► Sep 04 (6)
      • ► Sep 03 (1)
      • ► Sep 02 (7)
    • ► August (4)
      • ► Aug 31 (4)
    • ► July (5)
      • ► Jul 20 (5)
    • ► June (11)
      • ► Jun 02 (5)
      • ► Jun 01 (6)
    • ► May (56)
      • ► May 28 (8)
      • ► May 27 (11)
      • ► May 26 (14)
      • ► May 12 (2)
      • ► May 11 (10)
      • ► May 05 (2)
      • ► May 01 (9)
    • ► April (121)
      • ► Apr 21 (14)
      • ► Apr 20 (10)
      • ► Apr 15 (8)
      • ► Apr 13 (7)
      • ► Apr 10 (10)
      • ► Apr 09 (11)
      • ► Apr 08 (2)
      • ► Apr 07 (17)
      • ► Apr 05 (5)
      • ► Apr 04 (11)
      • ► Apr 03 (8)
      • ► Apr 02 (10)
      • ► Apr 01 (8)
    • ► March (110)
      • ► Mar 30 (3)
      • ► Mar 29 (9)
      • ► Mar 26 (5)
      • ► Mar 25 (11)
      • ► Mar 24 (10)
      • ► Mar 20 (5)
      • ► Mar 08 (10)
      • ► Mar 07 (10)
      • ► Mar 06 (7)
      • ► Mar 04 (7)
      • ► Mar 03 (8)
      • ► Mar 02 (5)
      • ► Mar 01 (20)
    • ► February (8)
      • ► Feb 06 (8)
    • ► January (4)
      • ► Jan 01 (4)
  • ► 2008 (2648)
    • ► December (66)
      • ► Dec 27 (10)
      • ► Dec 20 (4)
      • ► Dec 19 (13)
      • ► Dec 18 (5)
      • ► Dec 15 (18)
      • ► Dec 12 (3)
      • ► Dec 11 (3)
      • ► Dec 06 (6)
      • ► Dec 03 (4)
    • ► November (244)
      • ► Nov 30 (7)
      • ► Nov 29 (11)
      • ► Nov 28 (7)
      • ► Nov 25 (6)
      • ► Nov 24 (1)
      • ► Nov 22 (9)
      • ► Nov 21 (3)
      • ► Nov 18 (8)
      • ► Nov 17 (5)
      • ► Nov 16 (7)
      • ► Nov 15 (12)
      • ► Nov 14 (15)
      • ► Nov 13 (7)
      • ► Nov 12 (11)
      • ► Nov 11 (15)
      • ► Nov 10 (7)
      • ► Nov 09 (15)
      • ► Nov 07 (19)
      • ► Nov 06 (19)
      • ► Nov 05 (15)
      • ► Nov 04 (5)
      • ► Nov 03 (16)
      • ► Nov 02 (13)
      • ► Nov 01 (11)
    • ► October (14)
      • ► Oct 31 (14)
    • ► September (348)
      • ► Sep 29 (6)
      • ► Sep 28 (16)
      • ► Sep 27 (16)
      • ► Sep 25 (24)
      • ► Sep 24 (10)
      • ► Sep 23 (19)
      • ► Sep 22 (8)
      • ► Sep 18 (12)
      • ► Sep 17 (15)
      • ► Sep 16 (27)
      • ► Sep 15 (11)
      • ► Sep 14 (12)
      • ► Sep 11 (10)
      • ► Sep 10 (19)
      • ► Sep 09 (18)
      • ► Sep 08 (23)
      • ► Sep 06 (12)
      • ► Sep 04 (13)
      • ► Sep 03 (27)
      • ► Sep 02 (26)
      • ► Sep 01 (24)
    • ► August (77)
      • ► Aug 24 (8)
      • ► Aug 23 (9)
      • ► Aug 10 (14)
      • ► Aug 07 (22)
      • ► Aug 02 (10)
      • ► Aug 01 (14)
    • ► July (416)
      • ► Jul 31 (6)
      • ► Jul 30 (23)
      • ► Jul 29 (13)
      • ► Jul 24 (10)
      • ► Jul 23 (23)
      • ► Jul 22 (15)
      • ► Jul 21 (25)
      • ► Jul 20 (19)
      • ► Jul 19 (17)
      • ► Jul 18 (6)
      • ► Jul 17 (36)
      • ► Jul 16 (14)
      • ► Jul 15 (15)
      • ► Jul 14 (17)
      • ► Jul 13 (17)
      • ► Jul 12 (17)
      • ► Jul 11 (11)
      • ► Jul 09 (22)
      • ► Jul 08 (11)
      • ► Jul 07 (21)
      • ► Jul 05 (17)
      • ► Jul 04 (22)
      • ► Jul 03 (7)
      • ► Jul 02 (15)
      • ► Jul 01 (17)
    • ► June (435)
      • ► Jun 30 (16)
      • ► Jun 29 (14)
      • ► Jun 28 (18)
      • ► Jun 26 (18)
      • ► Jun 25 (27)
      • ► Jun 24 (22)
      • ► Jun 22 (7)
      • ► Jun 21 (11)
      • ► Jun 20 (22)
      • ► Jun 19 (11)
      • ► Jun 18 (23)
      • ► Jun 17 (12)
      • ► Jun 15 (10)
      • ► Jun 14 (18)
      • ► Jun 13 (15)
      • ► Jun 12 (5)
      • ► Jun 11 (19)
      • ► Jun 10 (20)
      • ► Jun 09 (25)
      • ► Jun 07 (23)
      • ► Jun 06 (13)
      • ► Jun 05 (24)
      • ► Jun 04 (19)
      • ► Jun 03 (16)
      • ► Jun 02 (18)
      • ► Jun 01 (9)
    • ► May (480)
      • ► May 31 (12)
      • ► May 30 (28)
      • ► May 29 (15)
      • ► May 28 (18)
      • ► May 27 (6)
      • ► May 26 (13)
      • ► May 25 (12)
      • ► May 23 (8)
      • ► May 22 (29)
      • ► May 21 (21)
      • ► May 20 (15)
      • ► May 19 (16)
      • ► May 18 (10)
      • ► May 17 (11)
      • ► May 16 (18)
      • ► May 15 (17)
      • ► May 14 (25)
      • ► May 13 (14)
      • ► May 12 (28)
      • ► May 11 (8)
      • ► May 10 (11)
      • ► May 09 (32)
      • ► May 07 (15)
      • ► May 06 (26)
      • ► May 05 (21)
      • ► May 04 (26)
      • ► May 03 (12)
      • ► May 01 (13)
    • ► April (481)
      • ► Apr 30 (15)
      • ► Apr 29 (18)
      • ► Apr 28 (18)
      • ► Apr 27 (13)
      • ► Apr 26 (10)
      • ► Apr 25 (9)
      • ► Apr 24 (29)
      • ► Apr 23 (12)
      • ► Apr 22 (33)
      • ► Apr 21 (26)
      • ► Apr 20 (5)
      • ► Apr 19 (22)
      • ► Apr 18 (22)
      • ► Apr 17 (29)
      • ► Apr 16 (25)
      • ► Apr 15 (16)
      • ► Apr 14 (19)
      • ► Apr 13 (31)
      • ► Apr 10 (6)
      • ► Apr 09 (34)
      • ► Apr 08 (12)
      • ► Apr 07 (6)
      • ► Apr 06 (15)
      • ► Apr 05 (8)
      • ► Apr 04 (18)
      • ► Apr 03 (10)
      • ► Apr 02 (10)
      • ► Apr 01 (10)
    • ► March (87)
      • ► Mar 31 (16)
      • ► Mar 30 (6)
      • ► Mar 29 (6)
      • ► Mar 28 (6)
      • ► Mar 27 (8)
      • ► Mar 26 (4)
      • ► Mar 25 (5)
      • ► Mar 24 (4)
      • ► Mar 23 (14)
      • ► Mar 22 (11)
      • ► Mar 20 (7)

Iklan

Bloggers pimpinan

Berita dari bloggers

Terima kasih kepada pengunjung dan pembaca yang sengaja ataupun yang tidak sengaja melayari blog Tau Takpe ini. Segala berita dan artikel yang disiarkan di blog ini adalah khas untuk rujukan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas segala artikel yang diambil dan disiarkan kecuali dinyatakan ianya adalah pandangan pemilik blog sebagaimana tercatat dalam catatan OrangKita.

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |