| Harakahdaily Azamin Amin Tue | May 06, 08 | 2:52:31 pm MYT | |
|
Demikian bicara santai Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin ketika menceritakan soal harga pakaian atau uniform Parlimen yang lebih dikenali sebagai baju istiadat (No. 1 Dress) dalam blognya. Menurut blognya itu, harga sepasang pakaian itu bagi seorang ahli Parlimen berjumlah RM1,500 dan Parlimen membelanjakan kira-kira RM333,000 untuk tujuan itu bagi pakaian sejumlah 222 ahli Parlimen. Harga bagi baju dan seluar sahaja membabitkan harga RM700 manakala 'appollete & geogette' yang terletak di bahu dan kolar baju berharga kira-kira RM600.00. "Kalau beli songkok kosong di Mydin harganya hanyalah RM13 tetapi bila tambah riben kuning dengan lencana Parlimen..praappp..jadi RM120," katanya secara berseloroh dalam blognya itu. "Saya ingat kalau makcik-makcik yang keluar dalam rancangan 'BersamaMu' itu tau harga uniform ni mau dia 'tempeleng'...," katanya. Berikut adalah senarai harga baju parlimen terbabit:- 1.- Baju RM 450 Bagi waterlily yang mengahantar komen dalam blog beliau menyatakan rasa sungguh kecil hati berhubung harga pakaian terbabit. "Gaji saya juga bawah paras RM600 tanpa KWSP.Alahai YB.Bukan salah YB pun. Sekadar ikut protokol yang direka-reka," katanya. Manakala Hanif Amran memuji tindakan Zulkifli yang mendedahkan hal terbabit. "Bestla YB cerita 'detail' hal parlimen ni sampai ke baju yang selama ni orang tak tau. Mahal betul baju tu...," katanya. Malah ada pemberi komen secara sinis mempersoalkan pihak mana yang mendapat keuntungan besar hasil kontrak membuat baju parlimen terbabit. Dalam pada itu Zulkifli kini menyedari kewajaran Almarhum Tun Zahir membina mini zoo sebelum ini di Parlimen. "Dulu saya ingat membazir..tapi saya ingat Almarhum ada maksud tersirat..dia nak peringatkan Ahli Parlimen jangan jadikan Parlimen macam zoo," katanya. - mks. |
Tuesday, May 6, 2008
'Harga Uniform Parlimen RM1,500' - Zulkifli Noordin
0 comments Labels: Harakahdaily, pemimpin rakyat
Amy Search: Dari rockers ke pusat tahfiz
Siasah daily
Tuesday, May 6, 2008
KUALA LUMPUR, 6 Mei: Percaya atau tidak, penyanyi rock terkenal Amy Search, akan membuka sebuah maahad tahfiz bernilai RM3 juta di Johor tidak lama lagi?
Tetapi itulah yang sedang dirancangkan oleh Amy sekarang.
Bagi mempastikan ia menjadi kenyataan, Amy telah memberikan penerangan secara sepintas lalu kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkunjung ke kedai makannya, Restoran makanan Cina Islam Cheng Ho di Wangsa Maju baru-baru ini.
Amy menunjukkan kepada Nik Aziz model pelan pusat tahfiz yang beliau rancangkan itu.
"Mana masjidnya?" tanya Tok Guru Nik Aziz.
"Ini dia pelannya tok guru," kata Amy memberikan penerangan tentang reka bentuk pusat tahfiz yang bakal dibina melalui yayasan yang beliau tubuhkan itu.
Selepas melihatnya, Nik Aziz membacakan doa, moga-moga cita-cita penghijrahan Amy berjaya.
Amy mula berubah selepas menunaikan umrah tahun lalu. Beliau ke sana selepas berjaya dalam samannya terhadap sebuah syarikat rakaman.
Selepas itu, perlahan-lahan Amy dilihat berubah dan pembukaan kedai makanan Cina Islam Cheng Ho antara titik penting perubahan Amy.
Sebelum ini, Amy berduet dengan kumpulan Rabbani merakamkan lagu ketuhanan.
Kini, perubahan lebih besar sedang dirancang Amy bersama isterinya yang merasakan cinta mereka berdua semakin mantap sepanjang di tanah suci walaupun sudah beranak dua ketika itu.
0 comments Labels: artis, siasahdaily, TGNA
Siapa sebenarnya tentukan harga beras negara?
| Harakahdaily Roy Rasul Tue | May 06, 08 | 8:05:04 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Persoalan penting yang ditimbulkan Salahuddin Ayub (PAS - Kubang Kerian) dalam menangani kenaikan harga beras ialah siapakah yang sebenarnya menentu harga beras negara? Beliau yang berucap dalam satu usul tergempar di Dewan Rakyat petang ini berkata ini disebabkan Bernas diberi tanggungjawab antaranya lesen atau pun keizinan untuk megimport beras daripada luar negara. "Dato' Yang Di-Pertua berdasarkan kepada pengwujudan Bernas ini ini saya ingin memberikan satu soalan yang penting dalam dewan yang mulia ini. "Siapakah yang sebenarnya menentukan harga beras dalam negara kita, adakah Bernas telah menunaikan tanggungjawab besar ini ataupun Bernas menjadi sebuah badan korporat yang berorentasikan keuntungan semata-mata dan melupakan tanggungjawab asal penubuhaan mereka iaitu untuk menjaga memelihara dan menentukan bekalan beras yang cukup dalam negara kita supaya rakyat dalam negara ini mampu untuk membeli makanan asas atau ruji dalam negara kita," katanya. Katanya rakyat berhadapan dengan isu kenaikan harga beras di pasaran dan tentu menjejaskan kedudukan mereka yang berada di luar bandar dan mereka yang berpendapatan rendah. Tegasnya kerajaan tidak boleh mengambil faktor global, pemanasan global, berlakunya bencana alam di peringkat global sebagai alasan paling kukuh untuk mengelakkan diri daripada memantau harga beras di pasaran. Hujah itu katanya, tidak mungkin melahirkan kerajaan yang cukup berintegriti dan kreadibiliti untuk menjawab persoalan besar yang dihadapi rakyat. "Saya ingin mendapat kepastian adakah Bernas yang bersama dengan syarikat dikenali sebagai CBUD difahamkan ada satu ratus satu syarikat. "Kemudian seratus bukan bumiputera dan hanya satu adalah bumiputera yang mewujudkan edaran beras nasional menunaikan tanggungjawab sosialnya untuk menentukan harga beras ini dapat dikekalkan atau diselaraskan berdasarkan kemampuan rakyat dan juga memastikan bekalan ini cukup atau tidak pada masa hadapan," katanya. Beliau berkata jika hanya menjadikan alasan pemanasan global, bencana alam dan sebagainya ia hanya alasan untuk mengelakkan diri. Bagaimanapun katanya, Bernas tidak pernah melakukan suatu tindakan yang proaktif untuk menjangka apakah kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku. Malah tambahnya, masyarakat tidak menyedari bahawa stok dalam negara sebagaimana dilaporkan hanya mampu bertahan tiga bulan saja sekiranya negara-negara pengeksport beras dunia tidak lagi mengeksport beras ke dalam negara. "Oleh itu sebagaimana saya jelaskan sebentar tadi pertanyaan yang penting dijawab kementerian apakah sistem pengeluaran dan sistem pengedaran tidak dipantau sebelum isu kenaikan harga beras ini berlaku. "Jika sebelum ini sistem itu wujud apakah pihak kerajaan tidak dapat mengenal pasti masalah kenaikan harga akan berlaku dan bekalan mencukupi atau disebaliknya," katanya. Beliau juga persoalkan mengapa kerajaan tidak menyelaras pelbagai kementerian penting seperti Kementerian Perdangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal pengguna, Miti, Kementerian Pertanian dan Asas Tani dalam urusan bekalan dan harga beras negara. Selain itu katanya, kerajaan telah umumkan stok pengimbal makanan tetapi di manakah stok itu disimpan dan berapa banyak stok simpanan beras diwujudkan bagi setiap masa. Katanya, pergerakan dan keperluan beras di setiap negeri sepatutnya sudah diketahui. Beliau juga meminta kerajaan menyiasat dengan serius punca sebenar kenaikan harga beras dan isu kekurangan bekalan sama ada berpunca dari sindikit menyorok. Ini katanya, pengguna sudah mula panik dengan membeli bekalan melebihi dari sepatutnya jadi bagaimana kerajaan akan menangani isu tersebut. Sementara itu pagi tadi Yang Di-Pertua Dewan Rakyat menerima usul Salahuddin yang mencadangkan mesyuarat ditangguhkan bagi membolehkan dewan merundingkan dan membincangkan isu berkaitan harga beras di seluruh negara apabila mencatatkan kenaikan mendadak antara 15 peratus hingga 40 peratus baru-baru. - mks. |
0 comments Labels: barang naik, Harakahdaily, parlimen, PAS
Moggie told: Why coal when Sabah has gas?
Kota Kinabalu: Deputy Chief Minister Datuk Raymond Tan Shu Kiah believes natural gas is the best alternative to coal to meet the rising demand for power supply in Sabah.
Responding to remarks by Tenaga Nasional Berhad (TNB) Chairman Tan Sri Leo Moggie that there was no other choice than but coal to produce power, Tan insisted that natural gas was still the best bet.
"The Federal Government is aware of the situation here in Sabah and there is general consensus that gas is still the preferred choice," he said, in a statement here, Monday.
"Petronas has piped gas on shore for Sabah and their views to provide gas for the State to generate power should be given due consideration."
He pointed out that even if plans for the coal plant went ahead, it would not be ready to supply power by 2010, as the plant will take a longer time to be implemented. "We have to address immediate needs."
Tan, who is also Infrastructure Development Minister, said apart from new technologies, the Sabah Government has to take into account other aspects, especially locations, as the State is earmarked for development under the Sabah Development Corridor (SDC).
"TNB need not engage themselves in a debate in the press on the use of coal as fuel for power plants.
"It will be better to invite the views of NGOs like Sabah Environmental Protection Association (Sepa) and engage them in the deliberation of clean coal technology," he said.
He stressed that TNB should assist the State Government to provide assurances to visitors and investors on sufficient power supply in Sabah.
"In the short term, there is need to ensure supply is reliable both in the West and East Coast of Sabah. We may need additional IPPs (Independent Power Plants) and better if powered by gas," Tan said.
"The Federal Minister concerned, Datuk Shaziman Abu Mansor had made the announcement but it was not adequately highlighted. Surely the East-West grid is important to enable supply to be sent to the East from the West Coast."
"TNB has made assurances in the past that this grid will help to provide additional supply to the East and over the last six months, not much complaints were heard in the East Coast," he explained.
He reiterated that it is TNB's responsibility (through its subsidiary Sabah Electricity Sdn Bhd) to ensure that distribution and not just production is reliable.
"In fact, quite a lot of fund is used to improve the distribution network in the East Coast. SESB needs to reduce the rate of interruptions, which in Sabah has been abnormally high," Tan said.
"TNB has a more important role to play in building public confidence now.
TNB together with the State and Federal governments shall address the supply of power in Sabah as envisaged in the SDC."
0 comments Labels: media bebas, Sabah
Apa jadi dengan Khairy dan 'Beruk'?
| Harakahdaily Wan Nordin Wan Yaacob Tue | May 06, 08 | 12:02:01 pm MYT | |
| Menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin kini sudah bergelar Yang berhormat yang mewakili Parlimen Rembau di Dewan Rakyat berikutan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu. Di Dewan Rakyat kini tempatnya untuk beliau menunjukkan aksinya yang akan diperhati ramai ahli Parlimen terutamanya dari Pakatan Rakyat yang sebelum ini 'bosan' dengan sikap menantu Perdana Menteri ini sebelum menjadi Yang Lebih-lebih lagi seingat penulis pada tahun 2007 ketika heboh rakyat bercakap tentang Himpunan Aman anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mendapat gelaran 'beruk' dari Khairy. Khairy membuat kenyataan tersebut ketika menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap perhimpunan Bersih yang diadakan tiga hari selepas perhimpunan agung tersebut. "Saya cabar pembangkang, jangan jadi beruk-beruk di jalan raya tetapi bertanding dalam gelanggang pilihan raya umum," kata Khairy ketika berucap menggulung perbahasan di perhimpunan Pemuda Umno di PWTC tahun lalu. Kini Khairy berhadapan dengan satu realiti dalam hidup sebagai seorang wakil rakyat. Pentas Dewan Rakyat adalah pentas terbuka yang mendedahkan beliau kepada perkara-perkara yang pernah diperkatakan terhadapnya sebelum ini. Sebagai menantu perdana menteri, sebelum ini beliau dilihat cukup mudah mencari 'escapisme' untuk lari dari apa yang pernah diucapkan dengan bapa mertuanya membelanya. Ini termasuk sokongan yang diterimanya daripada kenyataan bapa mertuanya itu berhubung himpunan Bersih yang mana Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika itu turut terheret dengan bahasa kesat dengan berkata 'saya pantang dicabar'. Kesannya, rakyat turun beramai-ramai dalam himpunan Bersih bagi membuktikan bahawa 'rakyat pantang dicabar oleh seorang Perdana Menteri yang mengikut telunjuk menantunya'. Lebih 100,000 membanjiri sekitar jalan raya dari Masjid Jamek hingga ke Masjid Negara menuju ke Istana Negara dalam himpunan aman anjuran Bersih. Bermula daripada detik itu, beberapa siri himpunan aman termasuk Hindraf dan sebagainya mendapat sokongan padu dari rakyat jelata terutama yang terhimpit dengan sistem yang diamalkan kerajaan BN. Dalam pada itu Khairy terus-menerus disebut sebagai pihak yang banyak mempengaruhi Abdullah dalam membuat keputusan, termasuk dalam hal-hal yang membabitkan dasar dan kepentingan negara. Hal ini ditegaskan berulang kali oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadikan Khairy 'seteru' utamanya hingga kini. Dalam hal-hal yang membabitkan keputusan menetapkan calon-calon BN bagi pilihan raya umum lalu Khairy juga disebut-sebut antara pihak yang memainkan peranan menyumbang kepada kemerosotan teruk undi BN. Mana tidaknya, topik utama perbincangan ahli-ahli Umno dan BN selepas mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya 8 Mac lalu ialah, hubung kait antara perancangan Khairy dan bapa mertuanya yang menjadikan Umno/BN semakin hancur. Gelodak politik yang diakibatkan oleh dua insan ini adalah sesuatu yang perit kepada Umno sendiri memandangkan kini Umno semakin berpecah kerana dua faktor ini. Orang yang menjadi sasaran dari dalam dan luar Umno hanyalah Khairy dan Abdullah hingga ramai yang mahu mereka berdua secara jujur mengakui kesilapan perancangan semasa pilihan raya umum lalu. Kini Khairy menjadi fokus terhadap permasalahan sekeliling yang melingkari Umno.Fokus tertumpu kepada Khairy, dan isu pertama yang dihadapi antaranya ialah menjawab beberapa kenyataan 'pedas' nya dahulu hingga melabel rakyat sebagai 'Beruk'. Di Dewan Rakyat minggu lalu, Khairy telah diserang oleh Gobind Singh Deo (DAP Puchong) yang mencabar Khairy memohon maaf terhadap kenyataan yang dibuatnya itu pada 7 November tahun lalu di perhimpunan Pemuda Umno. Namun Khairy dalam jawapannya semasa bertemu wartawan semalam (5 Mei)tidak mahu memohon maaf sebaliknya hanya mengucapkan 'tiada komen dan terima kasih'. Mungkin beliau merasakan tiada masalah dengan apa yang pernah diperkatakannya kepada rakyat pada 7 November lalu, namun bagi rakyat ia adalah 'luka' yang menjadi nanah yang menyebabkan kerajaan BN tumbang di lima negeri pada pilihan raya umum lalu. Ataupun Khairy kini mula berfikir bahawa himpunan aman sedemikian rupa sebenarnya wajar dalam negara Demokrasi tatkala sesuatu parti menjadi parti pembangkang di sesebuah negeri atau negara. Hakikat di Pulau Pinang, berlaku himpunan aman anjuran NGO dan Umno negeri yang menentang beberapa dasar yang dilakukan oleh kerajaan negeri yang dikepalai DAP di sana. Namun tiada singgah pun perkataan 'beruk' daripada mulut Khairy terhadap kelompok ini hanya kerana mereka adalah kelompok Umno yang hilang kuasa di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum lalu. Secara sedar atau tidak tindak tanduk Khairy sedikit sebanyak sebenarnya menyumbang kepada faktor kekalahan itu dan ia disebut berulang kali oleh Dr Mahathir dan beberapa tokoh lain dalam Umno/BN. Hari mendatang di Dewan Rakyat bukan satu jaminan kepada Khairy untuk sentiasa selamat selagi bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri. Khairy mungkin akan berhadap dengan lagi kecaman, dan teguran berikutan sikapnya sebelum ini.Awas banyak mata yang memerhatikan pergerakan beliau termasuk kalangan media dan pemerhati politik. Mungkin selepas ini perkataan 'Beruk' yang pernah dilontarkannya kepada rakyat yang berhimpun, akan dipulangkan semula kepadanya di Dewan Rakyat oleh kalangan ahli Parlimen. - mks. |
0 comments Labels: Harakahdaily, KJ beruk
Pembelian Sukhoi Dan Scorpene Ikut Tatacara Kontrak, Kata Najib
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rundingan perolehan bagi pesawat Sukhoi SU30MKM dan kapal selam Scorpene oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapat kelulusan daripada semua peringkat serta mematuhi Tatacara Pelaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.Katanya rundingan mengikut prosedur itu melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian dibuat bagi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan ATM.
"Semuanya telah diperiksa oleh agensi pusat sebelum kita menandatangani kontrak tersebut.
"Janganlah kita membuat tuduhan melulu, (sebaliknya) mesti fokus pada fakta sebenarnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Pekerja dan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pertahanan di sini, Selasa.
Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Dewan Rakyat semalam yang meminta kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Bebas bagi menyiasat rundingan perolehan kapal selam Scorpene dan pesawat Sukhoi.
Sementara itu Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media berhubung perolehan kapal selam Scorpene dan pesawat Sukhoi berkata rundingan perolehan itu turut dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa-klausa kontrak tersebut.
Menurut kementerian itu semua terma-terma dan kelulusan untuk rundingan terus telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan kontrak hanya ditandatangani selepas kelulusan Kementerian Kewangan.
Kenyataan itu berkata dakwaan Dr Wan Azizah bahawa kerajaan membayar komisen sebanyak RM540 juta kepada penganalisis politik Abdul Razak Baginda berhubung pembelian kapal selam Scorpene adalah tidak berasas kerana tiada sebarang komisen dibuat.
"Ini kerana perolehan kapal selam dibuat secara rundingan terus selaras dengan tatacara perolehan kerajaan dengan syarikat pembuat iaitu ARMARIS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing," katanya.
Kementerian Pertahanan turut menjelaskan Syarikat Perimekar Sdn Bhd yang didakwa menerima komisen sebenarnya hanya diberikan kontrak menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi untuk tempoh enam tahun dan nilai kontrak sebanyak EURO 114.96 juta itu dibayar secara berperingkat mengikut kemajuan pelaksanaan projek.
"Syarikat ini adalah kerjasama dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan akaun syarikat itu diaudit dan semua pihak boleh melihat akaun syarikat tersebut," katanya.
Mengikut kenyataan itu, skop sokongan Perimekar ialah menyediakan kemudahan dan kelengkapan serta insurans kesihatan bagi 27 keluarga pasukan projek di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh enam tahun.
Katanya syarikat itu juga menyediakan pejabat urusan dan kediaman beserta kelengkapan bagi krew kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia seramai 156 orang untuk tempoh empat tahun di Perancis, menyediakan insurans kesihatan bagi anggota serta keluarga yang terlibat, membayar elaun harian dan krew kapal selam sebanyak EURO 50 sehari seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO 60 sehari seorang pula untuk tiga tahun kedua.
Perkhidmatan kordinasi pula antaranya melibatkan tanggungjawab memastikan penyertaan Syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat-syarikat Malaysia berpotensi untuk menyertai "off-set" dan menyelaras latihan krew kapal selam.
Mengenai perolehan pesawat Sukhoi SU30MKM pula, Kementerian Pertahanan berkata perolehan dibuat secara rundingan terus dengan Rosoboronexport, syarikat milik negara Rusia.
"Syarikat Rosoboronexport telah melantik sebuah syarikat tempatan untuk memudahkan urusan mereka di negara ini dan kementerian ingin menegaskan urusan perniagaan antara syarikat Rusia dan syarkat tempatan yang dilantik adalah merupakan urusan perniagaan biasa semata-mata dan sama sekali tidak melibatkan kerajaan Malaysia."
-- BERNAMA
0 comments Labels: bernama, najib razak, pertahanan
Poster Hari Ini - Walking Tall with RPK!
Mob's Crib
Tuesday, May 06, 2008Walking Tall with RPK!

From the AWESOME RESPONSE I witnessed this morning at Malaysia-Today.
HIDUP RPK! HIDUP RAKYAT!
0 comments Labels: bloggers united, poster, RPK
Full telecast will cost govt RM100,000 a day
FULL telecasts of Parliament sittings will cost the government RM100,000 a day, Information Minister Datuk Ahmad Shabeery Cheek said yesterday.

He said this in a written reply to questions by Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) and Dr Mohd Hatta Md Ramli (Pas-Kuala Krai).
Shabeery said the move to telecast the proceedings of the Dewan Rakyat starting from April 30 without any vetting was proof of the openness and transparency of the government in line with the country's democratic practice.
"The current 30-minute live telecast during the question and answer session was also broadcast by Radio Klasik and is streamed live through the ministry's web portal," Ahmad Shabeery said.
He added that his ministry was prepared to extend the live telecast to cover the debates provided there was positive feedback from the people. Ahmad Shabeery said he was pleased with the way the Members of Parliament had conducted themselves yesterday during Question Time compared to the much maligned session last Wednesday.
The Information Ministry last week threatened to stop the telecast when only three questions were dealt with in the one and half hours allotted for the question and answer session, which was overshadowed by shouting and name calling among the MPs. Shabeery said it was too early for the government to decide to extend the live telecast based on a single day's sitting that went smoothly.
"For the time being, the trial run is still on going. "There is still another two or three weeks for the sitting to go on. "We will decide after that," he said.
He said the criteria for continuing the live telecasts was that it must be for the betterment of the country and the people. "We do not mind the elected representatives being rowdy when it comes to debating or discussing issues which are relevant. "Not like last time (last Wednesday) where, they were only discussing standing orders and trivial matters."
Meanwhile, Liew in a separate statement said the decision to broadcast parliamentary proceedings should be left to MPs to decide through the parliamentary select committee. "Ahmad Shabeery should bear in mind that MPs are not schoolboys and should not be treated in a patronising manner. "It is also presumptuous of the minister to denigrate his parliamentary colleagues in such a manner."
Liew suggested that the live telecast be extended to the full one and half hours of the question and answer session. He said the ministry should allocate a dedicated radio frequency and Internet portal to carry the entire proceedings.
0 comments Labels: E-media, parlimen
