Buletin Online | | | |
Ditulis oleh SM Noor | |
Saturday, 22 March 2008 | |
(Foto: Mad Said(kiri) dan Idris, seiring tak sehaluan) Pejabat Sultan Terengganu hari ini, telah mengeluarkan kenyataan melantik Ahmad Said, 51, anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kijal sebagai Meneteri Besar dab akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Tamu di sini jan 8 pagi esok. Sehubungan dengan itu 23 anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) Terengganu yang dianggap kumpulan Idris Jusoh bertindakbalas mengugut pihak istana, akan memboikot majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar di Istana Tetamu di sini, pagi esok jika Dato’ Seri Idris Jusoh tidak dilantik semula untuk memegang jawatan itu. Kumpulan tersebut yang diketuai oleh Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata kesemua wakil rakyat terbabit kecuali wakil rakyat Kijal Datuk Ahmad Said, hanya menyokong Idris Juosh dan akan membuat bantahan jika nama lain diumum sebagai Menteri Besar. Dalam sidang akhbar tersebut mereka mendakwa telah dihubungi oleh seseorang yang mendakwa wakil kepada Ahmad Said dan telah ditawarkan wang sebanyak RM 300,000.00 serta jawatan Exco kerajaan. Dalam perkembangan lain, desas desus dari Kemaman mengatakan bahawa beberapa pegawai BPR telah menyoal siasat Ahmad Said pada petang ini. Kiriman SMS juga telah melayang-layang keudara yang mendedahkan beberapa kes rasuah yang dikatakan melibatkan Ahmad Said. Beberapa penerima SMS berpendapat bahawa SMS tersebut dikeluarkan oleh kumpulan yang menyokong Idris Jusoh. ADUN Wakaf Mempelam, Hj Mohd Abdul Wahid Endut ketika diminta mengulas perkara diatas menyatakan bahawa pihak istana tidak membuat jemputan kepada wakil-wakil rakyat untuk hadir ke majlis angkat sumpah Menteri Besar esok. “Saya telah menghubungi pihak Istana dan mereka mengesahkan tidak ada jemputan dibuat, Sehubungan itu, beliau yang juga Bendahari Perhubungan PAS Terengganu berkata PAS akan mengikuti rapat isu terbaru ini dan akan melihat perkembangan lanjut setelah majlis angkat sumpah Menteri Besar esok. |
0 comments:
Post a Comment