Ditulis oleh WanKay & SM Noor |
Sunday, 23 March 2008 |
Kuala Terengganu, 23 Mac – Dato’ Ahmad Said selamat menerima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar Negeri Terengganu di Istana Tamu(Al-Muktafi BiLlah Shah) Majlis perisytiharan dan penyampaian watikah ringkas disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.
Ahmad Said menerima watikah tersebut pada jam 8.15 pagi dan kelihatan meninggalkan istana pada jam 8.30 pagi, tanpa menemui pemberita.
Sebelum dari itu, Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu menyerahkan memeorandum 23 Adun BN kepada setiausaha MPPR Shafie Ali pada jam 7.55 pagi. Dalam perkembangan lain, penyokong-penyokong Idris yang kebanyakkan datang dari Besut dilaporkan berhimpun di kediaman Idris dan juga Seri Iman di Batu Burok.
Sekitar jam 9.45 pagi, Rosol telah mengadakan satu sidang akhbar di perkarangan Seri Iman. Rosol menyatakan, selain boikot, mereka juga merancang mengusulkan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN)
Beliau juga memberitahu pihak media bahawa wakil-wakil rakyat berkenaan juga sedia meletakkan jawatan jika diperlukan berbuat demikian.
Bagaimanapun, apabila pemberita memaklumkan kepada beliau bahawa mereka yang telah meletakkan jawatan, tidak boleh bertanding semula, Rosol menjadi tersentak dan spontan menjawab "tengok dulu". Selepas sidang media tersebut, kira-kira 100 penyokong Idris berarak keluar dari Seri Iman dan menyeberangi jalan menuju ke Taman Awam Batu Burok, sambil mengangkat kain rentang berbunyi "Kami menyokong penuh kepimpinan Dato’ Seri Idris Jusoh" dan “Terengganu masih diperlukan Dato’ Seri Idris Jusoh” |
0 comments:
Post a Comment