+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, March 23, 2008

MAMPUKAH Kabinet Baru Anak Badawi BERTAHAN?

sanggahtoksago


Inilah barisan kabinet baru anak Badawi yang terus mencetuskan rasa tidak puas hati kepada para pemimpin Umno dan lain-lain parti komponen yang dilihat tidak "memahami" signal rakyat pada PRU 12 yang lalu!

By ANALISA AGENDADAILY

DATUK Seri Abdullah Ahmad Badawi Selasa mengumumkan barisan kabinet yang antara lain menyaksikan kemasukan dua 'orang lama' iaitu Tan Sri Muhammad Muhd. Taib sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Datuk Shahrir Samad sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Seperti yang diramalkan kebanyakan pemerhati politik sebelum ini Naib Ketua Pemuda dan ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin serta Exco Pemuda Umno dan ahli parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir tidak ada dalam senarai.

Tidak kurang menarik ialah perlantikan tokoh kontroversial bekas ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim dan bekas CEO Maybank, Datuk Amirsham Abdul Aziz sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Abdullah kekal memegang jawatan Menteri Kewangan tetapi melepaskan jawatan Menteri Dalam Negeri kepada Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Kementerian itu telah disatukan balik setelah dulu dipecah dua jadi Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri.

Apa yang agak mengejutkan banyak pihak ialah pengguguran bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Jamaluddin Jarjis dan bekas Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Namun, bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid memang diduga besar kemungkinan digugurkan.

Begitu juga halnya dengan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Effendi Norwawi.

Parti MIC pula kehilangan jawatan tradisinya iaitu Menteri Kerjaraya. Datuk Zin Mohamad, ahli Parlimen Sepang yang dulunya Timbalan Menteri di situ, dinaikkan pangkat jadi menteri penuh.

Parti MIC, sebaliknya diberi jawatan Menteri Sumber Manusia kepada Datuk S Subramaiam.

MCA kekal memegang jawatan Menteri Pengangkutan menerusi Datuk Ong Tee Keat.

Di samping itu, ia ada tiga menteri lain iaitu Datuk Liow Tiong Lai sebagai Menteri Kesihatan, Datuk Ong Ka Chuan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Datuk Dr. Ng Yen Yen Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Dalam pengumuman yang dibuat dalam sidang akhbar di Jabatan Perdana Menteri itu Abdullah juga 'melupuskan' jawatan Setiausaha Parlimen.

Sementara Pahang mendapat pengganti dalam kabinet berikutan pengguguran Jamaluddin yang juga ahli Parlimen Rompin. Beliau ialah Datuk Ismail Sabry, ahli Parlimen Bera yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Ismail melalui peningkatan karier politik yang menarik kerana naik terus dari ahli parlimen biasa ke jawatan menteri. Kali ini beliau baru masuk penggal kedua sebagai ahli parlimen.

Johor terus muncul dengan jumlah ahli kabinet paling ramai iaitu enam orang.

Selain Shahrir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Syed Hamid Albar, Azalina Othman Said, Menteri Pelancongan, Datuk Khaled Nordin Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien, Menteri Pelajaran dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Selangor yang sebelum ini ketiadaan ahli kabinet kini ada tiga. Selain Muhammad Taib dan Zin Mohamad seorang lagi ialah Datuk Noh Omar sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Korperasi.

Kedah kali ini tiada menteri tetapi hanya tiga Timbalan Menteri. Mereka ialah Datuk Johari Baharom yang dulunya di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri ditukar ke Jabatan Perdana Menteri.

Datuk Dr Masitah Ibrahim pula yang tidak bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Baling kekal di Jabatan Perdana Menteri.

Seorang lagi wakil MCA, Datuk Chor Che Hueng diletakkan di Kementerian Dalam Negeri.

Terengganu pula menampilkan Datuk Ahmad Shabery Cheek, ahli Parlimen Kemaman yang sebelumnya adalah Setiausaha Parlimen di Kementerian Luar jadi Menteri Penerangan.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |