+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, April 22, 2008

BN Sabah tolak tawaran pembangkang

Utusan Online


SANDAKAN 21 April – Semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah mempunyai pendirian teguh dan tidak akan termakan tawaran daripada parti pembangkang untuk menyertai pakatan mereka, kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Moktar Radin.

“Jangan memandang rendah terhadap Ahli Parlimen BN di Sabah. Kami mempunyai pendirian teguh dalam BN dan ada baiknya mereka (pembangkang) melupakan hasrat mereka itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu PKR Sabah dan Sarawak, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan semalam yang mengalu-alukan Ahli Parlimen BN menyertai pakatan pembangkang sekiranya mereka mahukan perubahan.

Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan menyelar kenyataan Jeffrey itu dan meminta beliau tidak memandang remeh kesetiaan Ahli Parlimen BN.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazan Dusun Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok ketika dihubungi di Kuala Lumpur malam ini berkata, beliau tidak tahu-menahu mengenai desas-desus kononnya ada pihak cuba menarik beliau melompat parti menyertai pakatan pembangkang.

Katanya, beliau tidak mendengar sebarang berita mengenai perkara tersebut.

“Siapa yang beritahu perkara ini? Esok saya beritahu (perkara sebenar),” katanya.

Ditanya sama ada benar atau tidak wujud usaha untuk membawa UPKO keluar daripada BN, Bernard berkata, beliau telah banyak kali memberikan komen mengenai perkara yang sama.

“Tak payah tanyalah, esok hubungi saya,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu, para pemimpin parti pembangkang menyebarkan khabar angin mengenai kemungkinan Ahli Parlimen BN di Sabah berpaling tadah kepada pembangkang.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |