+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, April 22, 2008

PAS Terengganu sokong Menteri Besar minta Pusat kembalikan royalti.

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh SM Noor
Tuesday, 22 April 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita/saman090301.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Kuala Terengganu - Tindakan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said meminta Wang Royalti Petroleum sebanyak lima peratus diserahkan kembali sepenuhnya kepada kerajaan negeri Terengganu walaupun agak terlewat, namun bertepatan dengan apa yang diperjuangkan oleh PAS.(Foto:Tun Salleh bersamaExco Terengganu meneliti dokumen sebelum memfailkan saman pada 2001) Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Haji Yahaya Ali menyatakan demikian sebagai respon kepada kenyataan Dato’ Mad Said berkaitan perkara tersebut kelmarin.

Belia u berkata sejak royalti petroleum di tarik balik pada 5 September, 2000, PAS yang memerintah Terengganu ketika itu telah menjadikan usaha 'tuntutan wang royalti' sebagai agenda negeri.

Beliau berkata pada 12 September, 2000, Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu telah meluluskan usul tergempar, mengutuk sekeras-kerasnya pencabulan prinsip demokrasi dan sistem kerajaan berpersekutuan yang dilakukan oleh kerajaan Pusat berikutan tindakannya membatalkan royalti minyak kepada negeri Trengganu.

Beliau berkata, PAS berusaha mendapatkan semula hak Wang Royalti dan Kerajaan Negeri Terengganu ketika itu telah memfailkan saman terhadap Petronas dan Kerajaan Pusat berhubung isu penarikan balik pada 8 Mac, 2001.

Walau bagaimanapun menurut beliau, permintaan Ahmad Said agak berbanding usaha negeri-negeri lain berhubung dengan soal royalti petroleum..
The image “http://buletinonline.net/images/berita/yaye.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

“Negeri lain, Sabah dan Sarawak sedang berunding untuk menambahkan jumlah wang royalti (kepada lebih tinggi dari lima peratus),
”Terengganu baru dalam peringkat nak menyelesaikan masalah wang Ehsan/ Dana Khas Kerajaan Persekut
uan,” kata Yahaya.

Mengulas tentang penyalahgunaan dan penyelewengan Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP), beliau berkata perkara tersebut telah acapkali disuarakan oleh pimpinan PAS.

Beliau berkata projek-projek ‘ekspres’ terus dari Kuala Lumpur seperti Pembangunan Pulau Duyong, penganjuran Monsoon Cup, pembangunan Plau Wan Man dan Masjid Kristal yang dibuat tidak melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu dan dilaksanakan secara ad-hoc.

Beliau kesal kerana semua projek tersebut memakan belanja yang tinggi dan tidak munasabah serta mengenepikan peluang peluang penduduk tempatan.

Justeru beliau berharap setiap projek negeri pada masa akan datang benar-benar mndatangkan manfaat jepada rakyat Terengganu.

”Utamakan penyelesaian masalah-masalah asas yang dihadapi oleh rakyat Terengganu,
”tumpukan kepada penyelesaian masalah pengangguran, kemiskinan dan perumahan rakyat,” jelas beliau.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |