+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, April 22, 2008

Exit plan: Selain pandangan 3 juta ahli Umno, pandangan 16 juta umat Melayu juga harus diambil kira - Khir Toyo

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Mohamad Khir Toyo
Selasa, 22 April 2008

DUA catatan terakhir saya mengenai peralihan kuasa mendapat respon yang pelbagai. Apa yang saya cuba tulis ialah satu analisis senario politik semasa mengikut pandangan dan pemerhatian sebagai seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Saya hanya merayu agar satu exit plan dikemukakan segera. Ini juga selari dengan pengakuan YAB Pak Lah sendiri kepada UMNO Johor untuk mengadakan peralihan kuasa.
Tujuan saya ialah supaya pimpinan tertinggi UMNO dapat memikirkan secara positif isu pergelutan politik ini dan mengambil langkah-langkah proaktif. Sekurang-kurangnya bagaimana untuk mengelak perkara tersebut dari menjadi kenyataan.

Untuk melaksanakan peralihan kuasa, sama ada sekarang, akan datang atau pun tiada peralihan langsung, itu adalah hak YAB Perdana Menteri.

Saya hanya merayu agar satu exit plan dikemukakan segera. Ini juga selari dengan pengakuan YAB Pak Lah sendiri kepada UMNO Johor untuk mengadakan peralihan kuasa.

Selain itu, ahli-ahli UMNO juga mempunyai kuasa dan hak menentukan kedudukan kepimpinan parti.

Saya hanya berharap jika ada exit plan dikemukakan awal, maka tiada satu pertandingan yang terlalu sengit sehingga memecah belahkan parti akan berlaku dalam Perhimpunan Agung UMNO akan datang.

Jika ada pihak mengatakan ini merupakan satu desakan daripada saya terpulanglah kepada pemahaman masing-masing. Saya cuma menyampaikan suara akar umbi yang menyatakan pandangan mereka kepada saya.

Selain pandangan ahli UMNO yang lebih 3 juta orang, pandangan orang Melayu seramai 16 juta juga perlu diambil kira bagi memastikan UMNO terus relevan.
Saya fikir pandangan-pandangan ini amat relevan dan saya bertanggungjawab untuk menyampaikannya kepada kepimpinan parti dan negara.

Selain pandangan ahli UMNO yang lebih 3 juta orang, pandangan orang Melayu seramai 16 juta juga perlu diambil kira bagi memastikan UMNO terus relevan.

Sebab itu dalam catatan pertama saya mengenai peralihan kuasa (ini juga saya sebut dalam forum mykmu.net di Hotel Singgahsana), UMNO, BN dan Kerajaan harus datang dengan satu formula baru bagi memastikan ia terus relevan kepada orang Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum lain di Malaysia.

Semua ini, sama ada cakap-cakap mengenai perubahan kepimpinan mahu pun perubahan pendekatan dalam kerajaan dan parti, adalah bertujuan mengukuhkan UMNO sebagai parti yang menjadi tunggak Barisan Nasional dan juga kepimpinan negara.

Penulis merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Selangor; pernah menjadi Menteri Besar Selangor selama dua penggal dan Pengerusi Barisan Nasional & Badan Perhubungan UMNO Selangor. Mempunyai Ijazah Pembedahan Pergigian dari Universiti Malaya dan pernah menjadi Presiden, Majlis Belia Malaysia. Blog beliau boleh dilayari di drkhir.blogspot.com - Pengarang

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |