Harakahdaily Basiron Abdul Wahab Wed | Apr 02, 08 | 11:05:04 am MYT | |
Secara keseluruhannya prestasi PAS dan BA Pahang dalam pilihan raya umum ke�12 ini lebih baik berbanding pilihan umum ke-11 (2004) tetapi gagal menyamai rekod kejayaan dalam pilihan raya umum ke-10 (1999). Pada pilihan raya umum kali ini, PAS memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) daripada 15 kerusi sasaran. Dalam pilihan raya ke-10 (1999), PAS menang enam kerusi Dun. PAS bertanding 22 kerusi Dun, Keadilan (13) dan DAP (7). Bagi kerusi parlimen PAS bertanding di enam kerusi, KeADILan (6) dan DAP (2). KeADILan menang di dua kerusi Parlimen manakala PAS dan DAP gagal memenangi sebarang kerusi. DAP bagaimanapun menang di dua kerusi Dun, Tras di Raub dan Triang di Bera. Dua kerusi Dun yang dimenangi PAS adalah Beserah di Inderamahkota dan Kuala Semantan di Temerloh. Beserah di wakili Syed Mohammed Tuan Lonnik manakala Syed Hamid Mohamad mewakli PAS di Kuala Semantan. Dalam pilihan raya kali ini PAS mensasarkan matlamat untuk menjadi pembangkang yang kuat dan menafikan majoriti 2/3 BN. Antara strategi yang digunakan pembangkang adalah memastikan perlawanan satu lawan satu dengan BN. Kejayaan stategi pakatan pembangkang kali ini nampak berkesan apabila tidak berlaku pertandingan tiga penjuru di semua kerusi pilihan raya. Pertandingan tiga penjuru hanya membabitkan calon Bebas di empat kawasan Dun iaitu Dong, Tanah Rata, Damak dan Mentakab. Bagaimanapun hanya calon bebas Dun Tanah Rata, Ho Yip Kap menang mengalahkan calon BN, Chai Kok Lim dan Go Mong Nging (DAP) dengan majoriti 575 manakala tiga lagi calon bebas tewas. perubahan mood Pilihan raya umum kali ini menyaksikan perubahan mood pengundi bukan Melayu di bandar seperti Kuantan yang memberi sokongan kepada pembangkang berbanding pilihan raya sebelumnya. Fenomena ini menyebabkan calon KeADILan bagi kawasan Parlimen Kuantan, Fauziah Salleh dan Azan Ismail (Inderamahkota) menang. Dengan sokongan daripada pengundi tradisional Melayu di kedua-dua kawasan Parlimen itu ditambah dengan undi kaum Cina membolehkan calon KeADILan menang dengan majoriti lebih 1000. Fauziah menang dengan majoriti 1836 mengalahkan Fu Ah Kau manakala Azan menang dengan majoriti 1027 undi mengalahkan Salomon Ali Rizal Abdul. Parlimen Kuantan dan Inderamahkota mempunyai jumlah penduduk Cina di antara 25-35 peratus. Bagaimanapun kemenangan KeADILan di Parlimen Kuantan turut dibantu faktor balas dendam daripada penyokong Ti Tian Ker, bekas Adun Teruntum yang disingkirkan. Ini dapat dilihat apabila calon KeADILan Teruntum, Siew Fook Chan tewas kepada Chang Hong Siong (BN) dengan majoriti kecil 293 undi. Lian Ker pada 2004 menang dengan majoriti 8,362 undi. Adalah jelas masyarakat bandar (Melayu/Cina) cenderung membuat perubahan dengan menyokong pembangkang tetapi masyarakat Melayu di kawasan luar bandar serta mendiami kawasan miskin masih menjadi penyokong setia BN. Buktinya BN utuh di kawasan majoriti penduduk Melayu luar bandar seperti Tahan (96%), Pulau Tawar (98%), Muazam (93%) dan Tioman (90%); Jengka (97%), Inderapura (93.54%), Chenur (98.02%), Muazam Shah (93%), Pulau Manis (93%), Peramu jaya (93%) dan Cini (96%). Di kawasan bandar memperlihatkan kecenderungan pengundi (Melayu dan Cina) untuk menyokong calon BA dan DAP. Ini memberi kemenangan kepada PAS di Beserah dan Kuala Semantan. Kedua-dua kerusi tersebut berada di kawasan bandar dengan jumlah pengundi bukan Melayu diantara 18-20 peratus. Beserah mempunyai (72%) penduduk Melayu manakala Kuala Semantan (77%). Najib tabur janji Bagi kawasan yang mempunyai penempatan Felda seperti Dun Jengka, Guai, Kuala Sentul dan Kemayan, kecenderungan peneroka menyokong BN disebabkan janji yang ditabur Timbalan Presiden Umno, Dato� Seri Najib Razak. Antara janji yang ditabur Najib termasuklah skim Takaful, pinjaman membaiki rumah, skim perumahan untuk generasi kedua dan sebagainya. Janji-janji itu walaupun hanya mengulangi janji-janji lama tetapi sudah cukup menarik hati peneroka menyokong BN, kini dan selamanya. Kesimpulannya, PAS dan BA perlu mempertingkatkan usaha ke arah meningkatkan penghayatan Islam dan kefahaman politik kepada penduduk terutama kepada penduduk luar bandar supaya mereka mempunyai kesedaran politik yang tinggi. Dengan kefahaman dan kesedaran politik, mereka tidak mudah termakan dengan janji dan propaganda media yang dikuasai Umno dan BN. - tajdid |
Sunday, April 6, 2008
Pakatan Rakyat perlu rangka strategi tawan luar bandar
Posted by
Sang Pemantau
at
12:36 PM
Labels: Harakahdaily, Pakatan Rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment