Harakahdaily Azamin Amin Thu | Jun 26, 08 | 12:47:55 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Hrkh) - Perbelanjaan negara oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dianggap membazir semakin terdedah, apabila satu demi satu senarai telah disingkap secara tidak langsung dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini. Terkini Menteri Wilayah Persekutuan Dato' Seri Zulhasnan Rafique dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) memberitahu penyelenggaraan bulanan landskap di Putrajaya menelan belanja mencecah RM1.5 juta atau RM18 juta setahun. Katanya sejumlah 29 kontraktor landskap yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi Projek Seni Taman telah dilantik bagi menjalankan penyelenggaraan landskap mengikut pembahagian zon penyelenggaraan. Zon penyelenggaraan lanskap di Putrajaya dibahagikan kepada taman-taman, Jalan-jalan Protokol, Persiaran Perdana, Sisiran Putrajaya dan Presint-presint Kejiranan, katanya dalam jawapan bertulisnya itu. Sementara itu, berikut adalah senarai jumlah yang dianggap sebagai 'pembaziran' projek mega oleh kerajaan BN yang pernah disiarkan oleh beberapa laman web dan blog sebelum ini antaranya ialah: 1. Pembangunan Wilayah Iskandar RM240 bilion Menurut laporan sepanjang 22 tahun mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed telah berbelanja sejumlah RM350 bilion untuk kos pembangunan, sebaliknya Abdullah Ahmad Badawi yang baru empat tahun sudahpun berbelanja lebih RM700 bilion. Jumlah pembaziran dan penyalahgunaan wang rakyat yang telah dilakukan sepanjang era Abdullah menjadi Perdana Menteri sebelum rakyat memilih sekali lagi BN dalam pilhan raya umum akan datang:- 1. Pembelian 3 lukisan untuk syarikat MAS - RM1,550.000.00 |
Thursday, June 26, 2008
Antara senarai projek pembaziran kerajaan BN
Posted by
Sang Pemantau
at
11:24 PM
Labels: Harakahdaily, kerajaan BN, pembaziran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment