+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, June 26, 2008

Projek monorel, PORR ditangguhkan

Malaysiakini

Jun 26, 08 2:57pm

Projek monorel bernilai RM2 bilion dan Jalan Lingkaran Luar (PORR) di Pulau Pinang telah ditangguhkan, kata Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri.

Menurut Bernama, projek-projek projek pembangunan akan disusun semula dengan memberi keutamaan kepada projek mesra rakyat.

penang outer ring road bm versionProjek-projek lain yang turut terbabit termasuklah pembinaan tugu peringatan di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Pagi ini, perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa kerajaan pusat akan meneruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan di semua negeri.

Katanya, projek-projek pembangunan bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dirancang dan dilaksanakan untuk meningkatkan kemakmuran rakyat dan ekonomi negara.

Keutamaan, katanya, akan diberikan kepada projek mesra rakyat yang menyediakan kemudahan asas dan memberi faedah secara langsung kepada rakyat seperti bekalan air, elektrik, kemudahan kesihatan, membasmi kemiskinan, pendidikan, perumahan kos rendah dan keselamatan awam.

Abdullah menegaskan demikian ketika membentangkan kajian separuh penggal RMK9 di Dewan Rakyat.

Beliau juga tidak menyentuh tentang peruntukan bagi projek monorail dan PORR yang ditangguhkan itu.

Dalam rancangan asalnya, yang diancarkan pada 2006, dua projek tersebut adalah antara yang dijanjikan oleh kerajaan bagi mengurangkan masalah kesesakan lalulintas di negeri tersebut.

Sementara itu, Abdullah mencadangkan peruntuan bagi RMK9 ditambah sebanyak RM30 bilion, menjadi RM230 bilion.

Katanya, pertambahan peruntukan tersebut diperlukan bagi menampung kenaikan kos pelaksanaan projek ekoran kenaikan harga bahan binaan, serta keutamaan baru seperti pembangunan koridor ekonomi dan pengeluaran makanan yang mencukupi untuk negara.

Menteri: Bukan diskriminasi

Sementara itu, Bernama memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Amirsham A Aziz sebagai berkata, keputusan menangguhkan dua projek mega Pulau Pinang dalam RMK9 tidak bererti kerajaan persekutuan mengamalkan diskriminasi terhadap negeri tersebut.

"Kita tidak mempertimbangkan (projek itu) buat masa ini sebab ada kekangan tertentu. Sesetengah projek mungkin dipertimbangkan semula, mungkin dalam RMK10," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat.

Katanya, kerajaan akan meneruskan projek yang memberi manfaat kepada rakyat dan menjana pertumbuhan ekonomi.

"Bagi kita, tiada diskriminasi. Kita memberikan pertimbangan atas dasar projek-projek ini adalah bagi kepentingan rakyat dan menjana pertumbuhan ekonomi," katanya.

Tentang defisit fiskal dalam RMK9, Amirsham berkata: "Seperti yang disebut oleh Perdana Menteri, kita mahu mengekalkannya. Malah, kita mahu mengurangkannyakepada 3.1 peratus".

Beliau berkata negara akan dapat mencapai sasaran defisit fiskal itu dalam RMK9 meskipun ada peruntukan tambahan dalam rancangan itu.

Amirsham berkata Abdullah akan mengumumkan sasaran defisit fiskal itu Ogos depan semasa membentangkan Bajet 2009.

Guan Eng kecewa

Sementara itu, kerajaan negeri Pulau Pinang kecewa dengan keputusan kerajaan persekutuan menangguhkan projek monorel dan projek Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) yang dijadual dijalankan semasa Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata pendapat kerajaan negeri patut ditanyasebelum kerajaan pusat membuat sebarang keputusan untuk menangguhkan projek inikerana ia akan menjejaskan ekonomi negeri.

"Ia keputusan yang amat tidak bertanggungjawab apabila kerajaan persekutuantanpa berunding dengan kerajaan negeri Pulau Pinang memutuskan untukmenangguhkan dua projek mega ini," katanya kepada pemberita selepasmempengerusikan mesyuarat agung PBA Holdings Berhad (PBAHB) hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri bersedia membuat penyesuaian terhadap penjajaranPORR jika kerajaan persekutuan merujuk kepadanya terlebih dahulu, demikian menurut laporan Bernama.

Lim juga berkata kerajaan negeri tidak mampu untuk membiayai projek monorelkeranan projek itu terlalu mahal.

Unit Perancang Ekonomi dalam kajian separuh penggal RMK-9 (2006-2008) berkatakerajaan akan membelanjakan RM160 bilion bagi projek rakyat yang akan memberikanmanfaat ketara dan memperbaiki kualiti kehidupan rakyat bagi tempoh akhir RMK-9dari 2008-2010.

Projek yang memberi manfaat kepada rakyat di bawah rancangan asal itu akanditangguhkan atau ditunda ke RMK-10. Ini termasuk projek monorel Pulau Pinang, ORR dan pembinaan memorial di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Ksenian dan Warisan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah yakin keputusan kerajaan pusat itu dibuat berdasarkankemampuan kewangannya.

"Kerajaan persekutuan perlu memberi keutamaan kepada projek yang mendesakdan mana-mana projek yang dianggap kurang perlu, ditangguhkan dahulu.

"Jadi tindakan kerajaan pusat itu adalah tepat dan tidak berhasrat untukmenghukum mana-mana pihak mahupun bermotifkan politik," katanya ketika dihubungi.

Komen Tsu Koon

Sementara itu, pemangku presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang juga pengerusi Barisan Nasional negeri berkata mekanisme penyampaian haruslah ditingkatkan untuk lebih berkesan.

"Walaupun kadar kemiskinan menurun pada 2007, kenaikan baru-baru ini dari segi kos bahan api yang tinggi, makanan dan barangan, akan pastinya memburukkan lagi keadaan kemiskinan. Kumpulan pertengahan turut mengeluh merasakan bebannya," kata Dr Koh dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menggesa kerajaan persekutuan supaya memberikan lebih penekanan dan memberikan lebih peruntukan untuk bidang perumahan, pengangkutan awam, penjagaan kesihatan dan kebajikan.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |