Bernama
ALOR STAR, 26 Jun (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak menasihatkan semua pihak supaya tidak panik dengan cadangannya untuk menebang balak di kawasan tadahan air di hutan simpan Ulu Muda.
"Saya baru berhasrat, kenapa semua pihak sudah panik. Saya belum tebang sebatang pokok pun.
"Sebelum tebang balak, saya kena kaji, berbincang dengan pegawai-pegawai dan tunggu keputusan laporan kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dulu," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan ahli-ahli Koperasi Guru-guru Melayu Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Azizan berkata jika keputusan EIA yang dikemukakan negatif, cadangan menebang balak itu tidak akan diteruskan.
"Kalau ada lampu hijau yang mengatakan projek tu tak jejaskan alam sekitar dan bekalan air, baru kita akan teruskan.
"Jangan bimbang sangat la, kertas kerja untuk EIA pun belum hantar lagi," katanya.
Sementara itu, Azizan berkata beberapa syarikat dari Sarawak telah menunjukkan minat untuk terlibat dalam projek pembalakan tersebut.
Azizan berkata pihaknya akan meneliti setiap permohonan yang dikemukakan dan sekiranya mereka menepati kehendak kerajaan negeri, projek itu akan diteruskan selepas mendapat kelulusan EIA.
-- BERNAMA
Thursday, June 26, 2008
Isu Balak: Tidak Perlu Panik Kerana Ia Baru Cadangan - Azizan
Posted by
Sang Pemantau
at
11:18 PM
Labels: bernama, MB Kedah, penjelasan isu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment