+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, June 26, 2008

Ketua Penderhaka Hilang Wibawa

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Bullet On Time
Thursday, 26 June 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita6/taklawan-ku%20tera.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Kuala Berang - Ketua ‘penderhaka’ atau lebih dikenali sebagai Ketua Gang 22, Dato’ Rosol Wahid (Rosol) akhirnya mengangkat bendera putih sebagai tanda menyerah kalah kepada Tengku Awang (Ku Tera) bagi perebutan jawatan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu.

Ku Tera, jika diimbas kembali merupakan ‘mantan sifu’ kepada Rosol ketika beliau mula-mula bertatih, menceburi dunia politik Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), YBM Dato’ Tengku Putera sepenuhnya sehingga dicalonkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Ajil.

Namun, memang sudah menjadi lumrah dunia, ada anak didik yang selalu derhaka kepada gurunya kerana mengejar habuan yang lebih banyak.

Oleh itu, tidak hairanlah jikalau selama ini dia sudah pandai menderhaka, maka Rosol, tanpa segan silu pula, melakukan perkara yang sama terhadap pihak Istana Terengganu.

Bukan kisah derhaka Rosol yang menjadi fokus, tapi berkaitan sebahagian besar penyokong Rosol yang kecewa, apabila mereka tahu beliau mengangkat tangan tanda ‘surrender’, dan tidak akan ‘lawan tokey’ dalam pemilihan parti yang dijangka diadakan bulan Disember akan datang.

Pengakuan ‘kalah tanpa bertanding’ ini merupakan satu tamparan bagi team beliau yang dilihat begitu bersemangat dan sudah bersedia melakukan ‘sesuatu’ menjelang pemilihan nanti.

“Saya telah menyatakan pendirian saya, bahawa tidak akan bertanding dalam pemilihan sebagai Ketua Bahagian Hulu Terengganu nanti,
“oleh itu, saya berharap semua cawangan tidak mencalonkan saya untuk bertanding jawatan tersebut,
“walaupun saya tahu ramai yang kecewa dan menaruh harapan penuh terhadap saya untuk bertanding melawan Ku Tera, tetapi saya tetap dengan keputusan sebaliknya,
“dan ini adalah muktamad,” kata Rosol kepada para penyokongnya.

Kenyataan itu bukan sahaja bernada mengalah, namun ia secara tidak langsung telah menyebabkan kem Rosol begitu suram.

Rata-rata yang ditemui melahirkan rasa kecewa di atas tindakan beliau itu.

Seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, beliau begitu kecewa dengan sikap Rosol.

Katanya, pendirian Rosol itu telah memberikan kemenangan moral kepada Ku Tera.

Menurutnya lagi, jika benar keadaan sedemikian, maka Ku Tera telah mendahului Rosol dengan 2-0, termasuk kes Menteri Besar Terengganu.

“Rosol sepatutnya turun menentang Ku Tera,
“beliau mendapat sokongan hampir keseluruhan cawangan di Hulu Terengganu, tapi mengapa beliau mengaku kalah sebelum bertanding?,” katan penyokong setia itu lagi.

Sementara itu kem ADUN Kuala Berang, Haji Zawawi Ismail (Cikgu Zawi) juga kelihatan murung apabila mendapat tahu bahawa Rosol tidak berani menentang Ku Tera.

Mereka menganggap ia merupakan satu permulaan kepada titik noktah karier politik Rosol memandangkan Ku Tera telah mempunyai perancangan licik menyingkirkan kumpulan ‘derhaka’ daripada menjadi calon pada pilihanraya akan datang.

The image “http://buletinonline.net/images/berita6/taklawan-rosol.jpg” cannot be displayed, because it contains errors. Menurut sumber dalaman UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Ku Tera telah merancang strategi menyingkirkan Rosol sebagai ADUN Ajil.

Nasib yang sama bakal diterima oleh ADUN Kuala Berang, Cikgu Zawi.

Walaupun pilihanraya masih jauh, Ku Tera diberitakan telah berkira-kira untuk meletakkan Pembantu Peribadi (PA) beliau, sebagai calon DUN Kuala Berang mengantikan Cikgu Zawi.

Manakala beliau sendiri akan mengambil semula tapak lamanya di Telemong, sekaligus akan menyaksikan Exco Pertanian Negeri, Rozi Mamat terpaksa berpindah ke Parlimen.

Bagi Parlimen Hulu Terengganu, Cikgu Mohd Nor (Cikgu Mad Nong), Ahli Parlimen (MP) semasa, sedang diteliti kecondongannya ke arah mana.

Walaupun diangkat sebagai calon oleh Rosol, Ku Tera tidak ada masalah mencalonkannya semula jika Cikgu Mad Nong sanggup berkompromi dengan beliau dalam segala hal.

Jika sebaliknya, Cikgu Mad Nong juga dijangka ‘balik awal’, kehilangan tampuk sebagai MP Hulu Terengganu.

Riak-riak strategi Ku Tera itu sudah mula nampak sekarang apabila isteri kepada PA beliau yang lebih dikenali ‘Din Botak’ telah bertukar sekolah dan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ajil.

Sebelum ini beliau mengajar di SMK Putrajaya selama empat tahun.

Tinjauan Buletin Online di sekitar bandar Kuala Berang mendapati, rata-rata ahli UMNO mula mengulas dan membuat spekulasi masing-masing, berkaitan masa depan beberapa ahli politik kesayangan mereka.

Namun, di atas kelicikan politik, Ku Tera dilihat mempunyai kelebihan semasa, disebabkan kemampuannya menangani kemelut politik ‘kampungan’ Rosol bersama teamnya.

Amat malang bagi Rosol yang baru saja menikmati keselesaan hidup di puncak kegemilangan politiknya, kini terpaksa berhadapan dengan saat-saat kejatuhan dan akan disingkirkan buat selama-lamanya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |