+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, June 28, 2008

"Ayuh bersatu singkir pemimpin yang bawa celaka" Mahathir

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Darwis Said
Jumaat, 27 Jun 2008

KL: Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, sekali lagi mengulangi gesaannya kepada anggota Umno supaya bersatu dan 'menyingkir pemimpin yang telah bawa kecelakaan kepada parti dan negara'.

Gesaan itu seolah-olah ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sambil merujuk kepada prestasi Umno yang mengecewakan dalam pilihan raya Mac lalu.

'Negara Malaysia tidak lagi dianggap sebagai negara contoh oleh negara-negara membangun lain. Wilayah milik negara telah terlepas ke tangan negara kecil di selatan... Ekonomi negara kucar-kacir sehingga pelabur Malaysia pun tidak ingin melabur di Malaysia,' kata beliau.
Ini sedang cawangan-cawangan Umno di seluruh Malaysia bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pemimpinnya tidak lama lagi.

'Umno hari ini tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air.

'Ia berjuang untuk pengekalan kuasa dan kesejahteraan Presidennya. Perpaduan yang dituntut hanya untuk menyokong Presiden,' kata Dr Mahathir.

'Ini baik jika Presiden dapat membawa parti dan negara ke arah kejayaan dan kebaikan. Tetapi apa yang dilihat ialah keburukan dan kehinaan bagi parti dan negara.

'Dibawah kepimpinan Presiden ini Umno dan Barisan Nasional (BN) telah kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum 2008,' tambahnya.

Dr Mahathir berkata demikian dalam ulasan terbarunya dalam bahasa Melayu, yang diisarkan di blognya, www.chedet.com, semalam dengan tajuk 'Perpaduan'.

Menurutnya, perpaduan dalam Umno 'sudah berkecai', parti-parti komponennya juga kalah di Semenanjung Malaysia dan Umno tidak lagi dianggap relevan di kalangan generasi muda di negara itu.

'Negara Malaysia tidak lagi dianggap sebagai negara contoh oleh negara-negara membangun lain. Wilayah milik negara telah terlepas ke tangan negara kecil di selatan... Ekonomi negara kucar-kacir sehingga pelabur Malaysia pun tidak ingin melabur di Malaysia,' kata beliau.

'Jika kita harus ada perpaduan, ianya hendaklah dengan tujuan memulih semula maruah dan kejayaan bangsa dan negara. Tidak ada sebab yang kepimpinan yang ada sekarang harus diperkuatkan dengan perpaduan di belakangnya,' tegasnya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |