Harakahdaily Wan Nordin Wan Yaacob Sat | Jun 28, 08 | 11:12:37 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) sebuah entiti perniagaan yang merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor. Sebagai sebuah entiti perniagaan KDEB bertanggungjawab penuh kepada pemegang saham dan menguruskan urusan perniagaan sebaik mungkin demi tanggungjawab terhadap pemegang saham. Kewujudan jawatan sebagai penasihat kepada Presiden mana�mana syarikat bukan satu yang asing dan begitu jugalah kepada Presiden KDEB, kata satu kenyataan badan itu hari ini. Kenyataan itu dibuat oleh Penasihat Khas Presiden KDEB, Ahmad Rusli Ibrahim. Sejak September 2004, sebaik sahaja selepas dilantik menerajui KDEB, cabaran Dato� Karim Munisar selaku Presiden KDEB cukup besar, katanya. Sasaran presiden baru pada ketika itu ialah menaikkan daya saing dan produktiviti KDEB dan entiti di bawahnya yang sememang dalam keadaan tidak memberansangkan, katanya. Akaun syarikat dan pelaburan syarikat perlu disusun untuk itu telah dilantik penasihat kewangan kepada Presiden KDEB untuk menyusun semula perancangan strategik berkaitan kewangan, katanya. Selain itu demi mendepani perbagai masalah berkaitan undang� undang maka penasihat undang undang korporat kepada Presiden KDEB juga telah dilantik, ujarnya. "Ternyata tindakan dan pemilihan penasihat yang betul telah membantu Presiden KDEB memacu syarikat sehingga KDEB dan entiti di bawahnya khususnya. "Kumpulan Peransang Selangor Berhad dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad telah berjaya menjadi entiti perniagaan yang berdaya saing dan disegani semula," kata kenyataan itu. Dunia perniagaan perlu bergerak seiring dan berubah segera sebagai respon terhadap persekitaran untuk mengekalkan daya saing, katanya. "Seiring dengan perubahan dan meneliti impak PRU 12 maka beberapa perubahan perlu dilakukan. Seperti KDEB perlu memainkan peranan besar dalam membantu memenuhi tanggungjawab terhadap pemegang saham utama iaitu kerajaan negeri yang telah berjanji untuk memberikan air percuma kepada rakyat Selangor," ujarnya. Maka sudah tentu Presiden KDEB memerlukan satu penasihat khas untuk meneliti ke arah merialisasikan perkara ini, katanya. "Pada April 2008 saya telah dinamakan sebagai Penasihat Khas kepada Presiden KDEB. "Maka kenyataan yang menyatakan saya sebagai Penasihat KDEB ialah fitnah dan tidak berasas. Saya merupakan kakitangan KDEB yang bertanggungjawab terus kepada Presiden KDEB. "Saya tidak punya kuasa eksekutif dan bukan ahli lembaga pengarah mana�mana syarikat dibawah KDEB. Selain saya seorang penasihat Ekonomi juga telah dinamakan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada KDEB," katanya. Ahmad Rusli menjelaskan bahawa bidang tugasannya ialah untuk mengukuhkan dan membina hubungan dan jaringan kerja baik antara pemegang saham, pengursan sumber, pelabur juga sektor korporat dan awam. "Saya juga diberi amanah untuk memerhatikan dan menasihati Presiden KDEB perubahan strategik khususnya untuk Kumpulan Peransang Selangor Berhad dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad. Dengan pengalaman dan hubungan baik dengan pelbagai pihak di dalam dan luar negara khususnya Timur Tengah Ahmad Rusli berkata beliau juga diamanahkan untuk menasihatkan Presiden KDEB mengenai peluang pelaburan baru dan mempertingkatkan keuntungan pelaburan sedia ada. "Lantikan saya dalam KDEB ini adalah tanpa pengetahuan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Khalid Ibrahim. "Kemasukan saya demi mempertingkatkan keuntungan syarikat dan memastikan KDEB akan terus menyumbang seiring dengan aspirasi kerajaan negeri di bawah Pimpinan Parti Keadilan Rakyat," katanya. "Namun setelah desas desus fitnah dan manipulasi jahat ini timbul dan saja juga telah berbincang secara mendalam dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim saya telah mengemukakan surat perletakkan jawatan pada 25 Jun 2008, 3 petang kepada Presiden KDEB," ujarnya./wann _ |
Saturday, June 28, 2008
Tiada campur tangan Anwar dalam lantikan KDEB - Ahmad Rusli
Posted by
Sang Pemantau
at
6:12 PM
Labels: DSAI, Harakahdaily, penjelasan isu, selangor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment