+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, June 28, 2008

Polis mungkin ambil tindakan terhadap Raja Petra

Mstar Online

27-06-2008 09:22:37 PM

KUALA LUMPUR: Tindakan mungkin akan diambil terhadap penulis blog Raja Petra Kamarudin sekiranya Peguam Negara mendapati terdapat unsur fitnah yang menjejaskan kredibiliti negara dalam akuan berkanunnya yang dibuat pada 18 Jun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan Datuk Bakri Zinin berkata dakwaan yang dibuat oleh pengendali laman web MalaysiaToday itu dalam akuan berkanunnya itu adalah serius.

"Kita sedang jalankan siasatan dan sudah ambil beberapa keterangan kecuali seorang.Kita tunggu tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau enggan mengulas siapakah seorang lagi yang belum diambil keterangan.

Sehingga kini antara mereka yang telah diambil keterangan ialah isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, yang juga anggota Parlimen Rembau.

Raja Petra dalam akuan berkanun yang difailkannya di Mahkamah Tinggi di sini pada 18 Jun, menamakan tiga individu, termasuk Rosmah, yang didakwanya berada di tempat kejadian pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Akuan berkanun itu turut mendakwa bahawa Khairy menyimpan laporan perisikan tentera mengenai kehadiran Rosmah selain pakar bom, pemangku Kolonel Aziz Buyong dan isterinya Norhayati, yang juga pengawal pengiring Rosmah, di tempat Altantuya diletupkan di Puncak Alam, Shah Alam pada Oktober 2006.

Dalam perkembangan lain, Bakri berkata polis sedang mengesan empat lelaki bagi membantu siasatan beberapa kes 'culik untuk tebusan' membabitkan sindiket antarabangsa.

Mereka adalah Chin Kam Onn, 38, alamat terakhir No. 8, USJ 20/1C, Subang Jaya, Selangor, Wong Chee Ming, 35, alamat terakhir No. 6885, Jalan Sri Putri 12/3, Taman Sri Putri, Kulai, Johor.

Oo Chee Hwa, 34, alamat terakhir di No. 61, Kampung Baru Triang, Temerloh dan No. 10, Jalan Triang 7, Taman Triang Maju, Triang, Pahang dan Suresh Kumar a/l Ramanmuthi, 38, alamat terakhir di No. 19, Jalan 49, Selayang Baru, Batu Caves dan No. 405, Lot 6279, Jalan Kota Raja, Kampung Jawa, Klang, Selangor.

Orang ramai yang mengenali dan mempunyai maklumat mengenai mereka diminta menghubungi Bilik Gerakan JSJ di talian 03-27184428. BERNAMA

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |